Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all 1621 articles
Browse latest View live

Kenyataan Akhbar KPK 28 Ogos 2016 – Situasi Terkini Virus Zika di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan berdasarkan maklumat terkini yang dilaporkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dari tahun 2007 hingga 24 Ogos 2016, terdapat sebanyak 70 buah negara yang telah melaporkan jangkitan virus Zika. WHO juga melaporkan sehingga tarikh 24 Ogos 2016, tiada kes virus Zika dikesan pada individu yang dikaitkan dengan acara Sukan Olimpik Rio 2016 yang telah berakhir pada 21 Ogos 2016. Jangkitan virus Zika adalah dikaitkan dengan komplikasi seperti microcephaly serta Guillain-Barre Syndrome (GBS) dan kini sedang menular di rantau Amerika.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 11.55.11 AM

KKM juga mengambil perhatian laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura dan National Environment Agency, mengenai satu jangkitan tempatan virus Zika yang telah dilaporkan di Singapura pada 27 Ogos 2016 melibatkan seorang wanita warganegara Malaysia berumur 47 tahun yang menetap di Blok 102 Aljunied Crescent dan bekerja di negara tersebut. Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan kes ini adalah kes jangkitan tempatan di mana pesakit tersebut tidak mempunyai sejarah melawat ke negara yang mempunyai jangkitan Zika. Selain itu, terdapat tiga (3) kes disyaki Zika di kalangan mereka yang tinggal dan bertugas di kawasan yang terlibat di Singapura.

KKM sentiasa berhubung rapat dengan Kementerian Kesihatan Singapura untuk lebih memahami situasi dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai jangkitan virus Zika tempatan yang pertama ini bagi menyelaras tindakan pencegahan dan kawalan bagi kedua-dua buah negara. Memandangkan Malaysia juga mempunyai vektor pembawa virus Zika iaitu nyamuk Aedes maka kejadian kes Zika boleh berlaku, sekiranya terdapat rakyat negara ini melawat negara yang telah berlaku jangkitan virus Zika dan tidak mengambil tindakan pencegahan awal. Sebagai langkah kesiapsaagaan, KKM telah meningkatkan pemantauan di dua pintu masuk utama di Johor Bharu dan mengedarkan risalah mengenai pencegahan jangkitan Zika. Kesiapsagaan pemantauan ini termasuk menyediakan kumpulan Paramedik di pintu masuk tersebut bagi menguruskan selanjutnya sekiranya terdapat pelawat yang menunjukkan tanda-tanda jangkitan Zika.

Capturezika

Sumber: Channel News Asia

Bermula Februari 2016, KKM juga telah mempergiatkan  pemantauan serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan vektor di semua pintu masuk antarabangsa negara bagi pelawat asing dan rakyat Malaysia yang kembali dari negara yang mempunyai jangkitan virus Zika. Ini termasuk pintu masuk jalan darat dari negara jiran. Bagi pelawat-pelawat yang tiba dari negara-negara yang telah dijangkiti virus Zika, Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) akan diberikan sebagai panduan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya mengalami gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika setelah kembali dari negara tersebut. Selain itu, pemasangan bunting dan risalah kesihatan juga diedarkan di pintu masuk antarabangsa yang mempunyai nasihat kesihatan mengenai virus Zika. Pada tahun ini sehingga Ogos 2016, lebih dari 2 juta pelawat telah disaring di pintu masuk udara, laut dan darat melibatkan dari 155 negara yang melaporkan jangkitan virus Zika. Sehingga kini masih tiada pelawat ke Malaysia yang disyaki dijangkiti virus Zika.

Selain itu, KKM telah mengambil langkah proaktif sebagai inisiatif dalam mencegah penularan jangkitan Zika di negara ini dengan mengedarkan “Zika Alert dan Arahan Pentadbiran Untuk Pemantauan dan Pengurusan Jangkitan Virus Zika” kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri, persatuan, hospital dan makmal swasta pada 4 Februari 2016.

Click to view slideshow.

KKM juga sedang memantau jangkitan virus Zika melalui survelan makmal secara berterusan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) di mana dari bulan Jun 2015 sehingga 26 Ogos 2016, mendapati sebanyak 784 sampel darah daripada pesakit yang menunjukkan gejala seperti virus Zika dan setakat ini semua keputusan ujian adalah negatif.

Individu yang dijangkiti virus Zika akan menunjukkan tanda tanda seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis (mata menjadi merah, mengalami keradangan atau gatal pada mata). Namun 80% daripada individu yang dijangkiti Zika tidak menunujukkan tanda-tanda jangkitan ini. Lebih membimbangkan pesakit yang membawa virus Zika di dalam badan mereka ini boleh menyebarkan virus tersebut kepada individu lain apabila nyamuk Aedes mengigit mereka.  Oleh itu, KKM menasihatkan orang ramai untuk mengambil serius isu ini dan membersihkan persekitaran setiap minggu samada di luar atau di dalam rumah serta memastikan tiada pembiakan Aedes seperti jentik-jentik hidup di sekeliling mereka. Keutamaan mengamalkan perlindungan diri daripada gigitan nyamuk seperti menggunakan repelan dan memakai pakaian yang menutup anggota serta berwarna terang, bagi individu yang berkunjung ke Singapura terutama ke kawasan di mana berlakunya kes yang telah dilaporkan atau apabila mereka keluar dari rumah. Bagi mereka yang pulang daripada melawati negara yang mempunyai jangkitan Zika, perlu mengamalkan hubungan seks yang selamat sekurang kurangnya 8 minggu bagi mengelakkan komplikasi microcephaly atau kecacatan pada otak bayi, sekiranya mereka atau pasangan mereka mengandung.  Dapatkan rawatan di klinik ataupun hospital serta nasihat dari doktor segera sekiranya mengalami tanda-tanda jangkitan Zika.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 11.47.26 AM.jpeg

KKM juga memohon semua pengamal perubatan sama ada di fasiliti kesihatan kerajaan ataupun swasta hendaklah mempunyai “high index of suspicion” dan melakukan saringan ke atas pesakit yang disyaki menghidap gejala dan tanda-tanda virus Zika terutama bagi mereka yang pulang daripada negara-negara yang dijangkiti virus. Jika terdapat kes yang disyaki, pengamal perubatan perlulah melaporkan kepada Pejabat Kesihatan yang berdekatan dengan kadar segera. KKM memerlukan kerjasama dan tindakan bersepadu dari semua pihak terutamanya pihak masyarakat dalam usaha untuk mengawal dari terjadinya jangkitan virus Zika di negara ini.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

28 Ogos 2016



Press Statement DG of Health 29 August 2016 – Launching of the Clinical Practice Guidelines on Management of Cervical Cancer (Second Edition)

$
0
0

WhatsApp Image 2016-08-26 at 11.20.22 AM

According to World Health Organization (WHO) 2015, cervical cancer is ranked fourth commonest cancer among women globally, after breast, colorectal and lung cancer.

In Malaysia, National Cancer Registry (NCR) 2007 reported cancer of the cervix as the third most common cancer among women and fifth most common cancer in the entire general population. There were a total of 847 cervical cancer cases in 2007 registered at NCR. Cervical cancer incidence rate increased after 30 years old and peak at ages 65 – 69 years. Compared among the major races, Indian women had the highest incidence for cervical cancer followed by Chinese and Malay. The age standardisation rate for Indian females was 10.3 per 100,000 populations. The percentage of cancer cervix detected at stage I and II is 55%.

WhatsApp Image 2016-08-26 at 11.20.23 AM

Malaysia has been recognised to be the first South-East Asian country to implement National Human Papilloma Virus Vaccination programme to reduce the incidence of cervical cancer. There are 20 gynae-oncologists serving Ministry of Health while eight specialists are undergoing gynae-oncology fellowship programme. Five main referral centres for gynae-oncology services throughout the country have been established. Future development of the service includes setting up a centralised centre such as National Cancer Institute in Putrajaya.

In view of recent advances in management of cervical cancer both surgically and in chemotherapy and the first edition of the CPG was more than 13 years ago, it is thus appropriate that the CPG on Management of Cervical Cancer be revised and updated.

WhatsApp Image 2016-08-29 at 12.14.55 PM (1)

This second edition CPG is the first evidence-based CPG on cervical cancer to be produced in Malaysia and will replace the first edition which was consensus-based. It covers various aspect of managing the disease ranging from diagnosis and staging, treatment, referral and follow-up. There are many algorithms and appendices to provide better understanding in managing cervical cancer and a quick reference was developed to enhance the CPG utilisation.

MOH is always supportive of any effort aimed at improving delivery of healthcare services. This includes the various implementation strategies of the CPG which helps to equip healthcare providers with relevant knowledge and skills when managing patients with cervical cancer. In relation to that, training of core trainers nationwide based on the CPG training module will be conducted soon after this launching.

Thank you.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Director-General of Health Malaysia

29 August 2016

WhatsApp Image 2016-08-26 at 11.20.20 AMWhatsApp Image 2016-08-29 at 12.14.55 PM


“ZIKA ALERT” DAN ARAHAN PENTADBIRAN UNTUK PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN JANGKITAN VIRUS ZIKA (SURAT EDARAN KPK 4 FEBRUARI 2016)

$
0
0

Sila rujuk Surat Edaran Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 4 Februari 2016 No. Rujukan: KKM-600-29/4/56 Jld.2(89) yang dilampirkan seperti di bawah sebagai garis panduan bagi pemantauan dan pengurusan jangkitan Virus Zika. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus, sila rujuk kepada senarai lampiran berikut :

Lampiran 1: Definasi kes jangkitan Virus Zika.

Lampiran 2A dan 2B: Carta alir ujian pengesahan Virus Zika.

Lampiran 3 dan 4: Borang Notifikasi jangkitan Virus Zika dan Microcephaly.

Lampiran 5: Carta alir notifikasi penyakit Zika

Lampiran 8 & 9: Carta alir saringan di pintu masuk antarabangsa

Lampiran 10: Senarai Institut Penyelidikan, Hospital, Makmal Kesihatan Awam/Swasta dengan perkhidmatan Real Time PCR.

13937886_526012950924727_7715521500588123371_o13996300_526012940924728_3746436637342571727_o13996052_526012930924729_9130478337772134068_o13995512_526012914258064_2775458240722975687_o13925793_526012897591399_4861377777881473186_o13909121_526012894258066_3934114824542397793_o13975549_526012867591402_3201307847494127552_o13913630_526012830924739_4714597485985327799_o13996099_526012837591405_4614328718753009385_o13920283_526012787591410_8919603184828306101_o13995668_526012767591412_3840982468430167629_o13908875_526012744258081_6730472049111133931_o13920111_526012740924748_8919244585529506751_o13667740_526012707591418_5683404520121580281_o13988081_526012697591419_3554225146549191888_o13987369_526012687591420_822252441411700703_o13988008_526012664258089_1328411152197451406_o13909146_526012667591422_8915584617557221659_o13913551_526012647591424_1249224719940259219_o13987417_526012610924761_5611580861350113488_o13988223_526012607591428_5660668676227610472_o13987570_526012590924763_5357086631679124139_o13938014_526012554258100_6265082652565517706_o13913867_526012544258101_4234001903863642960_o13680474_526012537591435_7269360604947868704_o13909268_526012494258106_8392276054359246219_o13923249_526012487591440_4600500187124664365_o13987540_526012497591439_4444577410841179757_o13962870_526012410924781_5402816431781868867_o13909040_526012404258115_8591804995653791587_o (1)13937753_526012354258120_8150903021369359807_o (1)zika lampiran 1013996030_526012400924782_7883191285501676673_o

 


Kenyataan Akhbar KPK 30 Ogos 2016 – Penjualan Sijil Cuti Sakit (MC) Secara Atas Talian (Online)

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sangat memandang serius dan berasa kesal kerana didapati masih terdapat ramai pihak yang mengambil mudah mengenai penjualan sijil cuti sakit (MC), malah ada yang tidak bertanggungjawab dengan mengiklankan penjualan sijil cuti sakit secara atas talian (on-line), sama ada dengan atau tanpa penglibatan pengamal perubatan atau pengamal pergigian berdaftar, di klinik dan hospital swasta, mahupun Kerajaan. Ini kerana penjualan sijil cuti sakit palsu boleh memberi pelbagai implikasi negatif, termasuk kepada produktiviti Negara, isu-isu perundangan dan sebagainya.

card

Dari segi perundangan, sijil cuti sakit yang boleh diterimapakai hanyalah yang dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan berdaftar selaras dengan Seksyen 27, Akta Perubatan 1971 [Akta 50] atau oleh seorang pengamal pergigian berdaftar selaras dengan Seksyen 26, Akta Pergigian 1971 [Akta 51]. Tatacara pengeluaran sijil cuti sakit telah digariskan di bawah Code of Professional Conduct yang dikeluarkan oleh Majlis Perubatan Malaysia (MMC) atau Majlis Pergigian Malaysia (MDC) di mana pengamal perubatan atau pergigian tersebut bertanggungjawab untuk memeriksa pesakit dengan teliti dan hanya mengeluarkan sijil cuti sakit sekiranya didapati pesakit tersebut benar-benar tidak dapat menjalankan pekerjaan mereka.

KKM juga menyedari bahawa pelbagai alasan telah digunapakai untuk menghalalkan penyalahgunaan sijil cuti sakit tersebut, tetapi KKM ingin terus memaklumkan bahawa sijil cuti sakit merupakan satu bentuk dokumen pengesahan yang hanya boleh dikeluarkan oleh seorang pengamal perubatan atau pergigian berdaftar, selepas seseorang pesakit itu menjalani pemeriksaan kesihatan di mana-mana fasiliti jagaan kesihatan, sama ada swasta atau awam, bagi menyatakan bahawa seseorang itu tidak dapat bekerja atau berfungsi kerana tidak sihat pada hari yang berkenaan.

Majikan atau ketua jabatan adalah disarankan supaya bertindak tegas untuk tidak menerima sijil cuti sakit palsu memandangkan majikan atau ketua jabatan adalah pihak yang boleh menerima atau menolak sebarang cuti sakit yang dikemukakan pekerja, berdasarkan kepada kelayakan dan sokongan daripada doktor yang berdaftar dengan MMC bagi pengamal perubatan atau berdaftar dengan MDC bagi pengamal pergigian.

Mengemukakan Sijil Cuti Sakit Palsu

KKM juga ingin menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan rawatan daripada pengamal perubatan atau pergigian berdaftar di fasiliti jagaan kesihatan dan tidak menggunakan perkhidmatan penjualan sijil cuti sakit melalui atas talian, kerana mengemukakan sijil cuti sakit palsu bukan sekadar akan menjejaskan integriti seseorang individu, malah bagi penjawat awam, tindakan tatatertib seperti dibuang kerja juga boleh diambil.

Susulan itu, KKM menyarankan mana-mana majikan, ketua jabatan atau orang perseorangan yang mengesyaki sijil cuti sakit yang dikemukakan diragui kesahihannya, agar membuat laporan polis supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat diambil. Begitu juga sekiranya terdapat mana-mana pihak yang mengetahui wujudnya aktiviti penjualan sijil cuti sakit palsu termasuk pengeluaran sijil cuti sakit oleh sindiket melalui atau tanpa transaksi atas talian (online), boleh dilaporkan kepada polis. Semua yang terlibat boleh disiasat bawah unsur penipuan.

mc

Malah, sekiranya didapati seseorang pengamal perubatan atau pergigian berdaftar terbukti terlibat dalam pengeluaran sijil cuti sakit palsu, pihak majikan atau ketua jabatan juga boleh membuat aduan kepada MMC (bagi pengamal perubatan berdaftar), atau kepada MDC (bagi pengamal pergigian berdaftar).

Aduan terhadap kejadian penjualan sijil cuti sakit palsu yang melibatkan klinik atau hospital swasta juga boleh dikemukakan kepada KKM, dengan mengemukakan maklumat termasuk nama dan alamat klinik atau hospital yang terlibat melalui emel di ckaps.aduan@moh.gov.my. KKM akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya, selaras dengan Akta 586. KKM juga sememangnya menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan ini.

Adalah diharapkan isu penjualan dan pembelian sijil cuti sakit palsu melalui talian (online) ini dapat dihentikan dengan serta merta dan semua pihak boleh bekerjasama bagi memastikan kejadian sebegini dapat dibendung daripada berleluasa dalam perkhidmatan kesihatan di Malaysia.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  

30 Ogos 2016

sijil-palsu


Kenyataan Akhbar KPK 3 September 2016 – Kes Zika Jangkitan Tempatan Pertama di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima laporan satu kes jangkitan virus Zika tempatan yang pertama di Malaysia pada 2 September 2016. Pesakit ini ialah seorang lelaki berbangsa Dusun berusia 61 tahun menetap di Taman Public Jaya Likas, Sabah. Pesakit mula mengalami demam pada 27 Ogos 2016 dan mendapatkan rawatan pada kali pertama di Klinik Kesihatan Luyang pada 30 Ogos 2016. Pada 31 Ogos 2016, pesakit mengalami demam yang lebih teruk, sakit otot serta diarrhea, dan telah mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2.

Memandangkan pesakit juga mempunyai co-morbids iaitu menghidap penyakit tekanan darah tinggi, masalah pembuluh darah jantung, penyakit kronik buah pinggang, masalah batu karang dan penyakit gout, keadaan pesakit didapati agak serius ketika dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma di hospital tersebut. Walau keputusan ujian dari Makmal Kesihatan Awam menunjukkan bahawa darah dan air kencing sampel pesakit didapati positif jangkitan Zika, namun keadaan pesakit yang agak serius kemungkinan bukan disebabkan oleh jangkitan Zika, tetapi disebabkan penyakit-penyakit lain yang dihidapi pesakit.

WhatsApp Image 2016-09-03 at 3.34.36 PM

KKM sedang menyiasat selanjutnya sejarah perjalanan pesakit dalam tempoh kebelakangan ini. Adalah didapati bahawa besar kemungkinan jangkitan Zika ini berpunca dari jangkitan tempatan (memandangkan pesakit tidak pernah ke luar negara dalam tempoh kebelakangan ini dan kemungkinan telah digigit oleh nyamuk Aedes yang dijangkiti Zika). Berdasarkan maklumat terkini penemuan siasatan itu, KKM telah memulakan aktiviti kawalan vektor di kawasan perumahan pesakit dan tempat-tempat lain yang telah dilawati pesakit. Aktiviti kawalan yang dijalankan termasuk menghapuskan tempat pembiakan Aedes, larvaciding dan pengkabutan. Di samping itu, kontak dan kenalan rapat kepada pesakit akan diperiksa sama ada mereka mempunyai demam atau gejala Zika lain.

Maklumat terkini yang diperolehi daripada Kementerian Kesihatan Singapura, menunjukkan pada keseluruhanya terdapat 11 rakyat Malaysia disahkan dijangkiti Zika virus. Sepuluh (10) daripadanya tinggal dan bekerja di Singapura manakala seorang lagi bekerja di Singapura tetapi menetap di Johor.

14211969_10153695115481237_5995585145301575090_n

Memandangkan virus Zika telah pun dikesan di negara ini, dijangkakan peningkatan kes Zika akan berlaku jika tindakan pencegahan tidak dilakukan oleh masyarakat dan semua pihak. Oleh itu, KKM sekali lagi ini menekankan bahawa kebersihan persekitaran tanpa tempat pembiakan Aedes, amalan mencari dan musnah tempat pembiakan Aedes setiap minggu oleh masyarakat dan melindungi diri dari gigitan nyamuk seperti penggunaan repelen adalah kaedah yang berkesan menghalang kejadian kes Zika. Tiada Aedes, tiada Zika dan Denggi .

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

3 September  2016

WhatsApp Image 2016-09-03 at 3.41.06 PM (1)

PRESS STATEMENT DIRECTOR-GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

 FIRST LOCAL ZIKA INFECTION IN MALAYSIA

3rd SEPTEMBER 2016

The Ministry of Health Malaysia (MOH) had received a report for the first local transmission case of Zika virus infection in the country on the 2nd September 2016. The patient is a 61 years old male Dusun residing in Taman Public Jaya Likas, Sabah. The patient developed fever on 27th August 2016 and sought medical attention for the first time in Luyang Health Clinic on the 30th August 2016. On 31st August 2016, the patient had sought further treatment at Queen Elizabeth Hospital (QEH) 2 when he experienced worsening fever, muscle aches and diarrhoea.

The patient also has other co-morbidities, whereby he is suffering from high blood pressure, coronary heart disease, chronic kidney disease, kidney stones and gout. Due to his multiple illnesses, the patient’s condition was quite serious when he was first seen in the Emergency and Trauma Department at the hospital. Although the test results from the Public Health Laboratory showed that the blood and urine samples of the patient were tested positive for Zika, his serious clinical condition is perhaps due to his existing comorbidities and not primarily due to the Zika infection.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 11.47.26 AM

The MOH are investigating further the patient’s recent travelling history. It was found that this Zika infection is most likely from a local source of infection (as the patient did not have any recent travelling history abroad and was probably been bitten by Aedes mosquito infected with Zika). Based on the findings of the investigation, the MOH has immediately initiated vector control activities in residential areas and places that the patient had visited. The control activities that were carried out include eliminating Aedes breeding sites, larvaciding and fogging. In addition, close contacts to the patient will be examined to determine if they have fever or other symptoms of Zika.

The latest information obtained from the Ministry of Health in Singapore noted that there are 11 Malaysians confirmed to be infected with Zika virus. Ten (10) of whom live and work in Singapore, while one (1) person is working in Singapore but is residing in Johor.

Since the Zika virus has been detected in this country, Zika case is expected to increase further, especially if prevention activities for Aedes are not seriously taken up by the community, individuals and other relevant agencies. Therefore, the MOH once again emphasises that a clean environment free from Aedes breeding grounds, proactive search and destroy Aedes breeding sites conducted at least once weekly by the community, and self-protection from mosquito bites such as using repellent is an effective method of preventing the occurrence of Zika cases. No Aedes, no Zika and Dengue.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director-General of Health Malaysia

3rd September 2016

14199210_10153701213166237_2925082376246438343_n


Press Statement DG of Health 4th September 2016 – Medication Must Not Be Sold Without Prescription

$
0
0

sellmed

With regard to the issue entitle “Medication must not be sold without Prescription” on the Star Newspaper, dated 29th August 2016, Ministry of Health Malaysia has been enforcing a strict regulation for dispensing of medications under the Poisons Act 1952. The sale and supply of medications containing controlled substances, such as antibiotics, anti-hypertensive, antidiabetic, sex stimulants and slimming drugs can only be supplied by a registered medical practitioner to the patient for the purposes of medical treatment only. The category of these medicines is under Group B. Thus, these dispensed medicines can only be supplied by registered pharmacists upon prescription by medical practitioner.

All medicines supplied and dispensed must be labelled correctly according to the law. However, for medicines that fall under the category C (as in Poison List), Pharmacist can dispense those medicines without prescription and the particulars must be recorded in the Prescription Book (Sec 24, Poison Act 1952).

Any person guilty of an offence under this Act, shall be prosecuted under the Poisons Act 1952. Upon conviction, this person shall be fined up to RM 3,000 or imprisonment not exceeding one year imprisonment or both.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director-General of Health Malaysia

4th September 2016

 


Kenyataan Akhbar KPK 6 September 2016 – Waspada Pembelian dan Penjualan Ubat Atas Talian

$
0
0

Kepesatan teknologi telah menyebabkan mekanisme perniagaan secara konvensional telah beralih kepada perniagaan atas talian termasuklah penjualan ubat-ubatan. Lebih membimbangkan apabila ada peniaga dalam talian turut mengiklankan ubat-ubatan dengan pelbagai tuntutan perubatan yang diragui kesahihannya termasuklah ubat yang tidak berdaftar, produk dicemari racun, produk tiruan dalam pelbagai platform di Internet termasuklah laman web, media sosial dan sebagainya. Lebih membahayakan lagi, terdapat juga akibat kesan sampingan yang dialami selepas membeli produk atas talian.

Menyedari hakikat itu, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Persidangan Penguatkuasaan Inter-agensi Kebangsaan 2016 yang bertemakan ‘’Rangka Kerja Penguatkuasaan: Memerangi Penjualan Ubat Dalam Talian”. Antara objektif persidangan ini adalah mengukuhkan kolaborasi dalam kalangan agensi penguatkuasaan yang melibatkan jenayah siber farmaseutikal dan memperkukuhkan kapasiti modal insan dalam menangani jenayah siber.

waspada-full

Sehubungan itu, Bahagian Penguatkuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama-sama dengan 193 agensi penguatkuasaan lain dari 103 buah negara di dunia telah mengambil bahagian dalam satu operasi antarabangsa yang telah dijalankan bermula pada 30 Mei hingga 7 Jun 2016. Operasi Pangea IX yang diselaraskan oleh Interpol ini memberi tumpuan kepada laman web yang menawarkan ubat-ubatan yang berbahaya dan ini adalah tindakan penguatkuasaan berasaskan Internet yang terbesar seumpamanya diadakan. Kejayaan yang besar pada operasi kali ini juga adalah kerana adanya penglibatan daripada agensi-agensi swasta yang berkaitan internet dan juga daripada agensi yang mengendalikan pembayaran secara atas talian. Hasil operasi tersebut, sebanyak 12.2 juta ubat-ubatan yang dipercayai boleh membahayakan pengguna bernilai kira-kira RM 212 juta (USD 53 million) telah dirampas di seluruh dunia.

timthumb

Operasi Pangea IX mensasarkan 3 aspek utama dalam permerdagangan ubat haram melalui internet iaitu pembekal perkhidmatan internet (ISP), sistem pembayaran elektronik dan perkhidmatan penghantaran. Operasi itu turut mensasarkan beberapa aspek utama yang dieksploitasi oleh jenayah terancang dalam memperdagangkan ubat-ubatan yang menyalahi undang-undang di atas talian: penipuan pendaftar nama domain, sistem pembayaran elektronik dan perkhidmatan penghantaran ubat-ubatan. Sebanyak 700 siasatan kini juga telah dilancarkan oleh pihak berkuasa negara di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 40 kes yang berkait langsung dengan jenayah terancang. Selain itu, penekanan turut diberikan ke atas aktiviti meningkatkan kesedaran pengguna tentang risiko dan bahaya pembelian ubat-ubatan secara atas talian.

Hasil keseluruhan Operasi PANGEA IX ini sebanyak 4,932 laman web yang terlibat dengan penjualan ubat – ubatan tiruan dan tidak sah telah disiasat dan ditutup di seluruh dunia. Sebanyak 334,000 bungkusan pos dan kurier telah diperiksa oleh agensi-agensi penguatkuasaan di seluruh dunia di mana 170,340 daripadanya telah dirampas.

pang

Di Malaysia, operasi ini melibatkan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Polis DiRaja Malaysia dan Cybersecurity Malaysia (CSM). Sebanyak 244 laman web dan 197 laman sosial telah dipantau, disiasat dan diambil tindakan kerana didapati menjual produk Farmaseutikal yang tidak berdaftar, dicampur racun dan juga kosmetik tidak bernotifikasi. Senarai laman web dan media sosial yang diambil tindakan ini akan dimajukan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan Facebook untuk tindakan penutupan.

Aktiviti penguatkuasaan lain yang dijalankan melibatkan serbuan dan pemeriksaan ke atas penjual dan premis perniagaan yang terlibat. Pemeriksaan turut dijalankan di semua pintu masuk utama di seluruh negara melibatkan pusat mel dan kurier, lapangan terbang, pos sempadan, terminal feri dan sebagainya. Sepanjang tempoh operasi ini, sebanyak 26,949 bungkusan dan 266 premis telah diperiksa dengan nilai rampasan keseluruhan RM 1,374,836.00. Daripada jumlah tersebut 707 bungkusan pos dan kurier bernilai RM 1,310,040.00 turut dirampas. Antara produk utama yang dikesan dan dirampas adalah produk peransang seks, pelangsing badan, ubat untuk pengguguran, kosmetik dan produk tradisional dicampur racun yang kebanyakannya tidak berdaftar dengan KKM. Selain itu, serbuan juga telah dijalankan ke atas 93 premis yang kebanyakannya menjual produk Farmaseutikal secara atas talian di seluruh Negara. Dalam serbuan tersebut, 1,228 produk Farmaseutikal yang menyalahi peruntukan undang-undang telah dirampas untuk tindakan lanjut. Nilai rampasan adalah dianggarkan sebanyak RM 2,142,503.00. Turut dirampas adalah 29 peralatan digital seperti komputer, tablet dan telefon bimbit bernilai RM 37,320 yang digunakan untuk memasarkan produk.

ne_07.1

Kementerian Kesihatan di bawah Bahagian Penguatkuasaan Farmasi juga bakal membangunkan Makmal Forensik Siber bagi mengembangkan lagi aktiviti siasatan siber yang kini dilakukan oleh pasukan siber Farmasi. Makmal ini akan berfungsi untuk menyiasat dan menganalisa kes-kes siber yang melibatkan Farmaseutikal bagi dijadikan bukti untuk pendakwaan. Makmal Forensik Digital Farmasi juga dirancang sebagai nukleus untuk “Centre of Excellent” yang akan menjadi rujukan kepada Penguatkuasa KKM yang lain.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia juga memberi amaran kepada semua penjual ubat-ubat dalam talian supaya sentiasa mematuhi peruntukan undang-undang sediada bagi mengelakkan tindakan undang-undang diambil terdapat mereka. Penjualan ubat di alam maya tidak bermakna mereka boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

netizen-full

Orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa berwaspada apabila membeli ubat secara dalam talian dan sentiasa membuat semakan terdahulu sebelum klik untuk pembelian. Untuk mendapatkan panduan, tips, info, video yang berkaitan dengan risiko pembelian ubat dalam talian, orang awam dinasihatkan untuk melayari laman www.pharmacy.gov.my/v2/website/waspada-belian-ubat-online.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau aduan berhubung penjualan ubat-ubatan, sila hubungi Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-78413200 atau mana- mana pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

6 September 2016


Kenyataan Akhbar KPK 6 September 2016 – Isu “Viral” Kes Zika Di Negeri Pahang

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai satu perkongsian secara “viral’ di laman media sosial tentang dakwaan bahawa terdapatnya kes Zika di Negeri Pahang. Untuk makluman, sehingga kini tiada kes Zika dikesan di Negeri Pahang. Sehingga 5 September 2016, di Malaysia terdapat 2 kes Zika yang telah disahkan iaitu kes pertama di Negeri Selangor dan kes kedua di Negeri Sabah.

Sebagai langkah pencegahan awal, KKM telah mengambil inisiatif untuk memantau mereka yang demam serta telah melawati negara-negara yang dilanda Zika. Setakat ini seramai 22 orang yang telah dipantau di seluruh negara kerana mengalami demam dan pernah melawat negara berkenaan. Kesemua mereka ini telah dibuat ujian Zika, dan mereka disahkan bebas daripada jangkitan Zika. Salah seorang daripada mereka adalah penuntut IPTA dari daerah Kuantan, Pahang yang tersebar di laman sosial. Berikutan daripada aktiviti pemantauan ini, langkah kawalan nyamuk telah diambil sebagai usaha tambahan menghapuskan tempat pembiakan Nyamuk Aedes.

Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus menjalankan pemantauan ini untuk memastikan ancaman Zika dapat ditangani terutamanya mereka yang melalui Pintu Masuk Antarabangsa (PMA).

photo_2016-09-06_19-39-13

Aktiviti kawalan yang paling penting dalam mencegah Zika ialah penghapusan punca pembiakan Nyamuk Aedes, dan ini adalah tanggungjawab bersama. Oleh kerana keadaan Demam Denggi yang semakin meningkat di seluruh negara, langkah kawalan ini secara tidak langsung membantu mengurangkan wabak Denggi dan Zika. Peranan orang ramai dan pelbagai agensi merupakan kunci kejayaan bagi menghapuskan tempat pembiakan Nyamuk Aedes supaya dapat mengekang wabak Demam Denggi dan jangkitan Zika.

Kementerian Kesihatan mengharapkan kerjasama orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak tepat yang diperolehi dari sumber yang tidah sah. Untuk mengatasi masalah ini, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri telah mewujudkan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) sebagai tempat rujukan bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan Zika. Orang awam boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri dan CPRC KKM di talian 03-88810200 / 03-88810700 atau email kepada cprc@moh.gov.my.

Tiada Aedes: Tiada Zika, Denggi dan Chikungunya

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6 SEPTEMBER 2016

photo_2016-09-06_19-39-19



Kenyataan Akhbar KPK 7 September 2016 – Perkhidmatan Pemasangan Pendakap Gigi (Braces) Oleh Pengamal Pergigian Haram

$
0
0

123123144-1231

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius dan berasa kesal kerana masih ramai yang memandang ringan tentang kesan pemasangan pendakap gigi (braces) oleh pengamal pergigian haram. Pendakap gigi (braces) merupakan rawatan untuk membetulkan susunan gigi dan memperbaiki rahang yang tidak sempurna. Walaubagaimanapun, ada sesetengah masyarakat terutamanya golongan remaja yang melihatnya sebagai simbol kemewahan, status dan fesyen.

Oleh kerana permintaan kepada rawatan pendakap gigi (braces) yang tinggi, ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan untuk memberikan perkhidmatan dengan memberi temu janji pemasangan secara atas talian (online) dan menawarkan harga yang rendah serta menjanjikan perkhidmatan yang baik, sedangkan mereka ini tidak berkelayakan. Strategi mereka yang menawarkan rawatan yang cepat dan mudah diperolehi, serta caj yang sangat rendah ini telah berjaya menarik ramai pelanggan (pesakit) sekali gus mengaburi pelanggan (pesakit) itu sendiri untuk menyedari risiko yang mereka bakal hadapi dari aspek keselamatan dan komplikasi rawatan.

whatsapp-image-2016-09-07-at-11-16-21-am

Aktiviti ini dijalankan secara haram dan modus operandi mereka adalah berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain, juga dari satu negeri ke negeri yang lain. Lokasi yang menjadi pilihan mereka untuk menjalankan aktiviti haram ini termasuklah hotel-hotel, rumah-rumah persinggahan, pusat-pusat kecantikan atau spa dan rumah-rumah kediaman. Ia dijalankan adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan sehingga pelbagai janji manis ditaburkan tanpa memberitahu sepenuhnya kesan dan akibat yang bakal berlaku.

whatsapp-image-2016-09-07-at-11-16-20-am

Memberikan perkhidmatan pergigian di premis tidak berdaftar adalah salah di bawah seksyen 4(1) Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586] dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM300,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya. Sehingga kini, terdapat 9 kes yang telah dihadapkan ke mahkamah di bawah seksyen tersebut di mana salah satu daripadanya telah mengakibatkan ‘Orang Kena Tuduh’ (OKT) dipenjarakan kerana gagal membayar denda.

Selain daripada kaedah operasi yang mencurigakan, lebih membimbangkan lagi adalah tahap kebersihan dan pembasmian kuman yang juga meragukan. Antara kesan dan komplikasi dari rawatan pendakap gigi (braces) oleh pengamal pergigian haram adalah pergerakan gigi yang tanpa kawalan, kehilangan gigi serta gusi bengkak dan bernanah. Malah, risiko untuk dijangkiti virus HIV dan Hepatitis adalah tinggi kerana pembasmian kuman ke atas peralatan tidak dilakukan.

img_8627

Rakyat Malaysia diingatkan untuk tidak mendapatkan apa-apa rawatan pendakap gigi (braces) yang diberikan oleh pengamal pergigian haram. Mereka ini adalah individu yang tidak mempunyai kelayakan, tidak layak berdaftar dengan Majlis Pergigian Malaysia (MPM) dan tidak dibenarkan menjalankan apa-apa juga rawatan pergigian. Orang awam boleh membuat aduan terus ke Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia di talian 03-883 4215 atau e-mel kepada ohd@moh.gov.my supaya tindakan undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab serta membahayakan kesihatan awam.

 

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

7 September 2016


Kenyataan Akhbar KPK 7 September 2016 – Tidak Ada Vaksin Homeopati

$
0
0

14183957_1316533995026478_6654565550090837574_n14199444_1316534005026477_5236788461083559791_n14238146_1316534015026476_789939210322390061_n

Merujuk kepada kenyataan dalam akhbar Berita Harian bertarikh 5 September 2016 di muka hadapan dan muka surat 9 yang bertajuk “Waspada Vaksin Palsu”, “Tiada Kilang Hasil Vaksin Homeopati” dan “Alternatif Ibu Bapa Antivaksin”, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyarankan orang ramai agar tidak terpengaruh dengan mana-mana pihak yang menawarkan vaksin homeopati sebagai alternatif kepada vaksin konvensional yang berdaftar dengan KKM.

Satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh KKM bertajuk “Isu Pengambilan “Vaksin Homeopati” bertarikh 3 Disember 2015. Dalam kenyataan akhbar tersebut, telah dinyatakan bahawa istilah “vaksin homeopati” adalah tidak diiktiraf oleh mana-mana badan-badan homeopati antarabangsa. Ini adalah kerana tiada kajian saintifik yang telah dijalankan berkenaan keberkesanan vaksin homeopati untuk mencegah penyakit yang tersenarai dalam jadual imunisasi kebangsaan.

herdimm4

KKM sekali lagi ingin mengingatkan orang ramai supaya mendapatkan imunisasi melalui Program Imunisasi Kebangsaan daripada Klinik Kesihatan KKM dan Klinik Perubatan Swasta yang berdaftar.

 

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

7 September 2016


Kenyataan Akhbar KPK 10 September 2016 – Situasi Terkini Zika di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima satu laporan mengenai kes ke-4 jangkitan Zika pada 7 September 2016. Pesakit berusia 25 tahun dan merupakan suami kepada  kes ke-3 jangkitan Zika yang sedang hamil dan menetap di Taman Desa Harmoni, Johor Bharu. Pesakit hanya mengalami gejala ruam pada 2 September 2016 dan tiada mempunyai gejala-gejala lain, telah disahkan dengan ujian makmal positif untuk Zika. Pesakit telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital kerajaan di Johor untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut. Siasatan KKM menunjukkan pesakit telah berulang-alik setiap hari untuk bekerja di Singapura. Pesakit tidak mempunyai kontak terdekat lain di Malaysia selain ibu mertua dan isteri.

image3 14233260_1083045908409357_7520846427789827600_n

KKM telah melakukan aktiviti kawalan vektor di kawasan kediaman pesakit dan semua kawasan yang pernah dikunjungi pesakit di Johor. Sebanyak 445 buah rumah telah diperiksa, 95 premis telah dijalankan larvasiding, 203 premis dilakukan semburan thermal dan 870 premis dilakukan semburan ULV. Kadar pembiakan Aedes di kawasan tersebut menunjukkan kawasan ini masih mempunyai populasi nyamuk Aedes. Active Case Detection telah dijalankan di lokaliti kediaman pesakit di mana didapati tidak ada sesiapa yang mempunyai simptom Zika berhampiran rumah pesakit.

Sehingga 9 September 2016, jumlah kes Zika yang disahkan di seluruh negara adalah sebanyak empat (4) kes. Selain itu, pemantauan KKM juga mendapati daripada 1 September sehingga 7 September 2016, terdapat sebanyak 39 kes yang mempunyai gejala dan tanda-tanda Zika namun kesemua mereka mempunyai keputusan ujian yang negatif.

14241445_10153711405671237_5901790731658188354_o

Menurut nasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lelaki yang disahkan jangkitan Zika perlu mengamalkan seks selamat atau mengelakkan daripada melakukan hubungan seks sama sekali untuk tempoh 6 bulan dari tarikh diagnosis. Sekiranya lelaki tersebut mempunyai pasangan yang mengandung dan kerap melawat kawasan yang melaporkan jangkitan Zika, maka hubungan seks hendaklah dielakkan sepanjang tempoh kehamilan pasangannya untuk mengelakkan komplikasi microcephaly kepada bayi yang dikandung. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Soares de Araújo J.S. et al  pada tahun 2016 melibatkan 16, 208 kelahiran di Brazil dari 2012 hingga 2015, didapati kejadian microcephaly adalah di antara 2% hingga 8%. Manakala kajian oleh Cauchemez et al pada 2016 di French Polynesia bagi tahun 2013 hingga 2015 mendapati risiko microcephaly yang berkaitan jangkitan Zika adalah 95 kes per 10,000 wanita hamil. Namun begitu, risiko microcephaly bagi jangkitan di Malaysia masih belum tidak diketahui memandangkan jangkitan ini baru mulai melanda Malaysia.

14207670_10153716439116237_2583398011233407785_o

KKM menasihatkan bahawa pencegahan jangkitan Zika dan Denggi adalah amat penting dengan persekitaran yang bersih tanpa pembiakan Aedes. Orang ramai dinasihatkan mengamalkan perlindungan diri dari gigitan nyamuk dengan menggunakan repelen dan memakai pakaian cerah serta menutup anggota. Bersempena dengan cuti perayaan Hari Raya, masyarakat diingatkan supaya memastikan kawasan rumah dan pejabat adalah bebas daripada kawasan pembiakan nyamuk Aedes. Dengan ini, risiko jangkitan terhadap virus Denggi (yang berbahaya dan boleh membawa kematian) juga dapat dikurangkan.

Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

10 September 2016

photo_2016-09-06_19-39-13


“UPDATED ZIKA ALERT” DAN ARAHAN PENTADBIRAN UNTUK PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN JANGKITAN VIRUS ZIKA

$
0
0

“UPDATED ZIKA ALERT” DAN ARAHAN PENTADBIRAN UNTUK PEMANTAUAN DAN PENGURUSAN JANGKITAN VIRUS ZIKA

Sila rujuk Surat Edaran Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 11 September 2016 No. Rujukan: KKM.600-29/4/142 (38) yang dilampirkan seperti di bawah sebagai garis panduan bagi pemantauan dan pengurusan jangkitan Virus Zika. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih khusus, sila rujuk kepada senarai lampiran berikut :

Lampiran 1: Definasi kes jangkitan Virus Zika.

Lampiran 2A1, 2A2, 2A3 dan 2B: Carta alir ujian pengesahan Virus Zika.

Lampiran 3 dan 4: Borang Notifikasi jangkitan Virus Zika dan Microcephaly.

Lampiran 5: Carta alir notifikasi penyakit Zika

Lampiran 6: Panduan Penjagaan Kesihatan Pesakit Luar

Lampiran 10: Senarai Institut Penyelidikan, Hospital, Makmal Kesihatan Awam/Swasta dengan perkhidmatan Real Time PCR.

Muat Turun Updated Zika Alert dan Arahan Pentadbiran Untuk Pemantauan dan Pengurusan Jangkitan Virus Zika

 

Click to view slideshow.

zkl1zkl2zkl3zkl34zkl4zkl5zkl6zkl7zkl8zkl9zkl10


Kenyataan Akhbar KPK 15 September 2016 – Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar ‘Super Resdong Dan Mujarab Resdong Plus’

$
0
0
  1. Pusat Pemantauan Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional dengan nama SUPER RESDONG dan MUJARAB RESDONG PLUS 

resdong

resdong2

 

PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN

  1. Sampel produk-produk tersebut telah diperolehi melalui laporan kesan advers yang diterima oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, NPRA. Hasil ujian yang telah dilakukan oleh NPRA mendapati bahawa kedua-dua produk tersebut mengandungi dexamethasone (sejenis kortikosteroid) dan chlorpheniramine (sejenis antihistamin) yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
  1. Label pada kedua-dua produk tersebut menyatakan bahawa produk-produk ini digunakan secara tradisional untuk melegakan resdong dan tanda-tanda kegatalan hidung. Semakan mengesahkan bahawa kedua-dua produk tersebut adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan merupakan produk yang perlu berdaftar. Nombor pendaftaran yang dicetak pada label kedua-dua produk tersebut adalah sama (MAL06051618T) dan didapati palsu.
  1. NPRA telah menerima sebanyak tiga (3) laporan kesan advers yang melibatkan produk SUPER RESDONG dan satu (1) laporan kesan advers yang melibatkan produk MUJARAB RESDONG PLUS. Antara kesan advers yang dilaporkan adalah keradangan hati (hepatitis), masalah fungsi ginjal, peningkatan berat badan serta ruam pada badan.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL

  1. Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing. Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.
  1. Chlorpheniramine adalah sejenis antihistamin yang digunakan untuk melegakan selesema serta reaksi alahan seperti ruam. Kesan sampingan chlorpheniramine termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan.

netizen-full

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI

  1. Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

 img_5419

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

  1. Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama dinasihatkan supaya tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).
  1. Orang awam digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana tidak  dijamin kualiti dan keselamatannya. Mereka juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya produk tradisional yang memberi kesan dengan cepat.
  1. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk-produk tidak berdaftar ini dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melaui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk ini di pasaran.
  1. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my/ ATAU dengan menghubungi NPRA di talian 03-78835400.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

15 September 2016


Kenyataan Akhbar KPK 20 September 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi Di Malaysia (Bagi Minggu 36/2016 dari 4 hingga 10 September 2016)

$
0
0

Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati sejak dua minggu kebelakangan ini, kes Demam Denggi yang dilaporkan di seluruh negara menunjukkan pengurangan kes. Pada minggu lepas iaitu minggu ke-36 tahun 2016 (dari 4 hingga 10 September 2016), kes Demam Denggi di seluruh negara adalah sebanyak 2,095 kes berbanding 2,143 kes pada minggu sebelumnya iaitu pengurangan sebanyak 48 kes (2.2%). Walau bagaimanapun, terdapat tujuh (7) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Johor 31 kes (21.7%), Sabah 25 kes (25.3%), Negeri Sembilan 23 kes (52.3%), Perak 19 kes (46.3%), Perlis 11 kes (100%), Sarawak 5 kes (10.9%) dan WP Labuan 1 kes (100%).

dng1

Dari Januari sehingga 10 September 2016, jumlah kumulatif kes Demam Denggi di seluruh negara adalah sebanyak 78,077 kes, berbanding 85,488 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 8.7% (7,411 kes). Manakala bagi tempoh yang sama, jumlah kumulatif kematian Denggi turut menunjukkan pengurangan sebanyak 24.8% (58 kematian), iaitu 176 kematian berbanding 234 kematian pada tahun 2015.

Pada minggu lepas terdapat penurunan lokaliti wabak Denggi dari 770 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 716 lokaliti wabak. Begitu juga lokaliti hotspot telah berkurangan daripada 104 lokaliti kepada 98 lokaliti. Lokaliti hotspot ini dilaporkan di lima (5) buah negeri iaitu di Selangor (82 lokaliti), Kelantan (7 lokaliti), Johor (6 lokaliti), WP Kuala Lumpur & Putrajaya (2 lokaliti) dan Sabah (1 lokaliti).

IMG_2015-10-22 08:12:29

Walaupun kes Denggi menunjukkan tren penurunan ketika ini, orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak alpa kerana kes dijangka boleh meningkat semula sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan yang dilakukan  oleh semua pihak.  Sempena cuti sekolah dan cuti perayaan ketika ini,  KKM ingin mengingatkan pihak masyarakat untuk membersihkan kawasan persekitaran rumah masing-masing setiap minggu agar bebas daripada pembiakan Aedes yang bukan sahaja vektor bagi penyakit Demam Denggi tetapi juga Zika. Apabila beriadah bersama keluarga, pastikan amalan perlindungan diri daripada gigitan nyamuk dipraktikkan seperti menggunakan repelen dan memakai baju cerah yang menutup anggota. Marilah kita bersama-sama melindungi diri dan keluarga kita dari ancaman Demam Denggi dan juga Zika. Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

 

20 September 2016

dng2dng3dng4dng5dng6


Kenyataan Akhbar KPK 22 September 2016 – Situasi Terkini Zika di Malaysia

$
0
0

Berdasarkan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia daripada 1 September hingga 21 September 2016, masih terdapat sebanyak enam (6) kes yang disahkan dijangkiti Zika telah dilaporkan di seluruh negara. Selain itu, pemantauan KKM mulai Jun 2015 sehingga kini juga telah mendapati sebanyak 1,058 kes yang mempunyai tanda-tanda Zika telah dilaporkan, namun kesemua mempunyai keputusan ujian yang negatif.

WhatsApp Image 2016-08-28 at 11.55.11 AM

Ujian genom yang telah dilakukan oleh Pakar Virologi di Unit Virologi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas virus Zika bagi lima daripada enam kes yang positif telah menunjukkan ianya dari Asian lineage. Jujukan genom virus Zika bagi kes pertama di Selangor dan kes ketiga yang melibatkan wanita hamil di Johor menyerupai French Polynesia (seperti di Singapura). Manakala jujukan genom bagi kes kedua (di Sabah) dan kes adik-beradik iaitu kes kelima (dari Miri) dan keenam (dari Kuala Lumpur) telah menunjukkan ianya adalah menyerupai jujukan genom setempat (Micronesia). KKM juga menjalankan kajian dan pemantauan terhadap nyamuk daripada kawasan berisiko tinggi di mana sehingga 21 September 2016, terdapat 122 ekor nyamuk yang ditangkap dan diperiksa namun sehingga kini didapati belum ada nyamuk Aedes yang positif untuk Zika.

KKM sentiasa komited dalam menangani ancaman jangkitan virus Zika dan Denggi. Namun begitu, tanggungjawab membasmi jangkitan ini adalah tanggungjawab semua bagi memastikan tiada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes di kawasan persekitaran.Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 September 2016

dgga



Kenyataan Akhbar KPK 26 September 2016 – Isu Madu Capilano Didakwa Toksik dan Beracun

$
0
0

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu yang diviralkan melalui media sosial berhubung laporan yang disiarkan melalui laman web https://kangaroocourtofaustralia.com/2016/09/17/australias-capilano-honey-admit-selling-toxic-and-poisonous-honey-to-consumers/ kebelakangan ini. Laporan tersebut mendakwa bahawa madu Capilano adalah toksik dan beracun serta diperbuat daripada campuran madu yang diimport daripada Negara China, Mexico, Argentina, Hungary dan Brazil.

Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan telah mendapat penjelasan daripada pihak Suruhanjaya Tinggi Australia di Malaysia yang memberi jaminan bahawa semua madu yang dieksport dari Australia adalah selamat. Mengikutnya semua madu yang dihasilkan di Australia dan yang diimport ke Australia adalah tertakluk kepada ujian pemantauan untuk memastikan ia mematuhi Australia New Zealand Food Standards Code.

Selain dari itu, Kementerian Kesihatan sejak 1 Disember 2006 telah mengenakan syarat untuk semua madu yang yang diimport ke Malaysia disertakan dengan sijil kesihatan dari pihak berkuasa negara pengeksport yang mengesahkan  keselamatan madu tersebut. Pada masa yang sama, hasil pemantauan Kementerian Kesihatan ke atas madu Capilano mendapati ia mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan – Peraturan Makanan 1985.

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

26  September 2016


Kenyataan Akbar KPK 27 September 2016 – Isu Gangguan Bekalan Air di Hospital Serdang dan Hospital Kajang

$
0
0

whatsapp-image-2016-09-27-at-1-17-20-pm

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dimaklumkan bahawa akibat daripada penutupan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih oleh pihak SYABAS kerana pengesanan pencemaran di Sungai Semenyih, Hospital Serdang dan Hospital Kajang telah mengalami gangguan bekalan air. Hospital Serdang telah mulai mengalami gangguan bekalan air sejak 23 September 2016 (Jumaat) dan ini telah mengakibatkan sebahagian perkhidmatan telah terganggu sepenuhnya.

Pihak Hospital Serdang telah mengaktifkan “Water Supply Contingency Plan” yang mempunyai beberapa Fasa bagi mengawal keadaan di Hospital Serdang bagi memastikan perkhidmatan terhadap pesakit, terutamanya kes-kes Kecemasan dapat diteruskan. Sehingga kini, Hospital Serdang masih memberi rawatan kes-kes kecemasan yang kritikal. Antara langkah yang telah diambil termasuk merujuk pesakit-pesakit kes separa kecemasan ke hospital lain, menangguhkan kes-kes elektif dan temujanji klinik pesakit luar sehingga bekalan air ke Hospital Serdang ini pulih. Perkhidmatan di Hospital Serdang akan kembali dimulakan secara berperingkat setelah bekalan air pulih sepenuhnya.

Hospital Kajang turut mengalami gangguan bekalan air mulai lewat malam 22 September 2016 (Khamis), namun bekalan air di hospital ini telah pulih sepenuhnya pada 26 September 2016. Gangguan bekalan ini tidak menjejaskan perkhidmatan kritikal di Hospital Kajang dan kini perkhidmatan di hospital ini telah beroperasi sepenuhnya.

Kerjasama, kesiapsiagaan dan pelan komunikasi yang jelas antara pihak-pihak bertanggungjawab mengenai perkara ini adalah amat penting bagi mengurangkan impak kepada pemberian rawatan kesihatan kepada pesakit. Adalah diharapkan masalah bekalan air ini dapat diselesaikan secepat mungkin dan isu ini dapat dielakkan daripada berlaku di masa hadapan.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 September 2016


Kenyataan Akhbar KPK 29 September – Kluster Acute Gastroenteritis di Kedah dan Pulau Pinang

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 28 September 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah melaporkan tujuh (7) kes acute gastroenteritis (AGE). Mereka dalam lingkungan umur 11 bulan ke 10 tahun. Tiga (3) dari kes itu datangnya dari satu keluarga manakala empat (4) lagi kes sporadik. Kesemua mereka mula mengalami gejala pada 26 September 2016 dan telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan. Mereka memberi sejarah melawat taman rekreasi di Bukit Merah pada 24 September 2016.

Semua negeri telah dimaklumkan mengenai kejadian ini supaya meningkatkan pemantauan kes AGE dalam tempoh seminggu ini. Setakat ini, Pulau Pinang melaporkan dua (2) kes AGE dengan sejarah mandi manda di Bukit Merah. Kanak-kanak tersebut masing-masing berumur 3 dan 5 tahun datang dari keluarga berbeza dan telah dimasukkan ke hospital. Walau bagaimanapun beberapa orang sepupu bagi kedua-dua kes ini yang turut serta ke taman rekreasi ini tidak menunjukkan gejala AGE. Kesemua sembilan (9) kes dalam keadaan stabil. Sehingga kini hanya tiga (3) kes sahaja telah disahkan positif rotavirus. Ketiga-tiganya dirawat di Hospital Kulim, Kedah.

Rotavirus adalah penyebab utama cirit-birit teruk di kalangan kanak-kanak, terutama yang berumur 6 bulan ke 3 tahun. Virus ini mudah menjangkiti kanak-kanak melalui makanan, air serta pencemaran akibat persekitaran tidak bersih dan sanitari. Jangkitan menyebabkan cirit-birit teruk, mengakibatkan dehidrasi yang boleh membawa maut.

10898177_10152487330621237_2847896345489996802_n-png

Secara umum, ibubapa dinasihatkan agar tidak menghantar anak-anak mereka yang mempunyai gejala cirit-birit menghadiri taska, tadika, sekolah atau kolam renang bagi mengelak merebakkan jangkitan kepada orang lain. Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas mengendalikan anak yang ada AGE sebelum menyediakan makanan atau sebelum mengendalikan anak-anak lain.

KKM masih menjalankan siasatan ke atas kejadian ini dan akan terus memantau perkembangannya. Pengamal Perubatan swasta diminta untuk melaporkan semua kes cirit birit yang mempunyai sejarah lawatan ke taman rekreasi di Bukit Merah kepada Pejabat Kesihatan yang berhampiran. Ibu bapa pula adalah dinasihatkan untuk membawa anak dengan cirit birit untuk mendapatkan rawatan dan nasihat doktor.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 

28 September 2016


Kenyataan KPK 30 September 2016 – Situasi Terkini Zika di Malaysia

$
0
0

Pada 28 September 2016, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima satu (1) laporan mengenai jangkitan Zika melibatkan seorang wanita berumur 60 tahun yang menetap di Kota Kinabalu, Sabah yang merupakan kes kedua bagi negeri Sabah. Pada 24 September 2016, pesakit hanya mengalami gejala ruam sahaja dan telah mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 25 September sebagai pesakit luar. Pesakit yang disyaki mengidap jangkitan Zika telah disahkan positif untuk ujian sampel darah dan air kencing yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR).

14241445_10153711405671237_5901790731658188354_o

Hasil siasatan lanjut mendapati pesakit ini tidak pernah melawat negara yang endemik jangkitan Zika dalam masa terdekat atau tidak pernah berjumpa dengan mana-mana pesakit Zika. Di samping itu, suami serta anak pesakit yang tinggal serumah juga tidak menunjukkan sebarang gejala dan tanda-tanda penyakit Zika. Aktiviti kawalan iaitu larvasiding, pendidikan kesihatan dan semburan kabus telah dilaksanakan terhadap 258 buah premis di lokaliti kediaman dan tempat-tempat lain yang pernah dilawati pesakit.

Bermula dari 1 September hingga 29 September 2016, terdapat sebanyak tujuh (7) kes yang disahkan positif Zika di seluruh negara. Bagi tempoh sama, pemantauan KKM juga mendapati sebanyak 163 kes yang mempunyai gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika telah dilaporkan, namun kesemuanya menunjukkan keputusan ujian yang negatif.

dgga
Bagi individu yang mengalami demam, ruam, konjunktivitis dan lain-lain gejala Zika serta pernah melawat ke negara endemik Zika atau mempunyai kontak kepada pesakit Zika, hendaklah berjumpa doktor dengan segera. Mereka adalah dinasihatkan untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes dengan menggunakan repelen atau pakaian cerah serta menutup anggota badan. Penggunaan aerosol juga digalakkan di dalam rumah terutama di bawah meja, belakang langsir atau tempat-tempat yang gelap. Semburan aerosol boleh dilakukan pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu di antara 5 hingga 7 pagi dan 5 hingga 7 petang. Apa yang lebih penting, masyarakat diseru untuk melaksanakan aktiviti menghapuskan tempat pembiakan Aedes. Maklumat tentang Zika boleh diperolehi dari laman sesawang KKM iaitu http://www.infosihat.gov.my/infosihat. Tiada Aedes, Tiada Zika dan Denggi.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

30 September 2016


Kenyataan Akhbar KPK 1 Oktober 2016 – Status Terkini Kluster Jangkitan Rotavirus Berkaitan Resort Bukit Merah, Perak

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada 01 Oktober 2016 sehingga jam 12.00 tengahari, sebanyak 11 kes baru dengan gejala acute gastroenteritis (AGE) yang mempunyai sejarah pendedahan di sebuah resort di Bukit Merah telah dilaporkan; iaitu enam (6) dari Kedah, tiga (3) Perak dan dua (2) dari Pulau Pinang. Kesemua kes baru ini berumur dalam lingkungan umur 1 ke 30 tahun. Hanya dua (2) kes baru ini sahaja yang dirawat sebagai pesakit luar, bakinya sembilan (9) orang telah dimasukkan ke wad. Mereka berada dalam keadaan stabil. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes dengan gejala AGE yang mempunyai sejarah pendedahan di resort tersebut pada 24 September 2016 yang dilaporkan adalah sebanyak 46 kes. Dari jumlah 46 kes gejala AGE tersebut, 19 kes telah disahkan positif Rotavirus.

Pecahan kes mengikut negeri adalah Kedah melaporkan 17 kes gejala AGE,  dengan 13 positif Rotavirus, Pulau Pinang melaporkan 10 kes gejala AGE dengan enam (6) positif Rotavirus dan Perak melaporkan 19 kes gejala AGE dan keputusan ujian najis masih belum diperolehi. Tiada kematian dilaporkan berkaitan dengan kejadian ini.

14484918_10153764699161237_5047426769892491305_n

Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah membuat lawatan, pemeriksaan dan perbincangan dengan pihak pengurusan resort tersebut. Tindakan kawalan telah dijalankan bersama pihak pengurusan resort iaitu:

  1. Flushing dilakukan ke atas semua kolam di situ; iaitu penyucian terperinci serta penggantian semula dengan air yang bersih dan selamat untuk digunakan.
  2. Mencadangkan penggunaan klorinator bagi menggantikan pengklorinan yang dibuat secara manual. Tempoh kontak air dengan klorin mesti mematuhi piawai yang ditetapkan.
  3. Menasihatkan pengurusan resort supaya melantik pemantau kualiti air yang berkelayakan. Jika tiada, maka pemantau yang sedia ada perlu diberi latihan secara berkala mengenai pemantauan kualiti air.
  4. Menambahbaik prosedur pemantauan kualiti air kolam dari segi peralatan dan parameter. Dicadangkan peralatan digital portable digunakan dan parameter seperti baki klorin, pH, kekeruhan, potensi redox dan paras nitrate ditambah dalam pemantauan.
  5. Memastikan filter di rumah pam di resot tersebut diselenggara mengikut jadual agar bakteria dan virus tidak terperangkap pada filter.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE ke kolam renang. Ibubapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak-anak kecil tidak memakai lampin pakai buang apabila mandi di kolam mandi. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Orang ramai juga dinasihatkan agar makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat.

KKM akan terus memantau status kejadian ini serta pematuhan kualiti air dalam kolam di resort tersebut sebelum ia boleh dibuka semula kepada orang ramai.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

1 Oktober 2016


Viewing all 1621 articles
Browse latest View live