Hasil aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan pada 11 April 2016 sehingga 12 April 2016 di seluruh negara mendapati, sebanyak 17,181 premis telah diperiksa dan 89 kompoun telah dikeluarkan terhadap premis yang membiak Aedes dengan nilai kompoun RM 44,500. Kesemua premis ini telah dikenakan nilai kompaun maksima iaitu RM 500 bagi setiap kompaun. Sebanyak 2 tapak binaan telah diperiksa tetapi tiada pembiakan Aedes ditemui.
Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes Besar Besaran di seluruh negara yang bermula pada 11 April 2016 melibatkan semua negeri. Bilangan lokaliti yang terlibat dalam operasi ini adalah sebanyak 331 lokaliti iaitu negeri Kelantan (109 lokaliti), Selangor (62 lokaliti), Kedah (51 lokaliti), Terengganu (35 lokaliti), Johor (25 lokaliti), Negeri Sembilan (10 lokaliti), Sarawak (7 lokaliti), Perak (6 lokaliti), Pahang (6 lokaliti), Perlis (5 lokaliti), WPKL & Putrajaya (5 lokaliti), Sabah (4 lokaliti), Pulau Pinang (2 lokaliti), Melaka (2 lokaliti) dan WP Labuan ( 2 lokaliti).
Pemantauan KKM juga mendapati jumlah kumulatif kes Demam Denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 12 April 2016, adalah sebanyak 39,673 kes berbanding 36,065 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, peningkatan sebanyak 10.0% (3,608 kes). Di samping itu, jumlah kumulatif kematian Demam Denggi adalah sebanyak 90 kematian berbanding 113 kematian bagi tempoh sama tahun 2015 dengan peratus penurunan kematian Denggi sebanyak 20.4% (23 kematian).
KKM amat mengharapkan agar pihak masyarakat memberi kerjasama dalam pelaksanaan operasi ini terutama dalam membenarkan anggota penguatkuasa memasuki rumah untuk melakukan pemeriksaan pembiakan Aedes. Di samping itu, KKM juga menasihatkan pihak masyarakat melakukan aktiviti cari dan musnah dan membersihkan kawasan premis masing-masing bagi mengelakkan jangkitan Demam Denggi dan memastikan premis mereka bebas dari pembiakan Aedes.
Pada 13 April 2016 di International Liver Congress 2016, Barcelona, Sepanyol, DNDi telah mengumumkan perjanjian dengan pengeluar perubatan di negara Mesir, Pharco Pharmaceuticals (Pharco) yang meliputi kajian klinikal dan rawatan regimen Hepatitis C pada harga yang kurang daripada USD$300 untuk satu rawatan.
Kerjasama di antara DNDi dan Kementerian Kesihatan Malaysia merangkumi Fasa II/III kajian klinikal untuk kombinasi terapi ubatan baru ravidasvir dan sofosbuvir di kalangan pesakit Hepatitis C di Malaysia. Ravidasvir ialah inhibitor NS5A, salah satu generasi baru direct-acting antivirals untuk rawatan hepatitis C. Dalam Fasa III penyelidikan klinikal di Mesir yang dijalankan oleh Pharco, ravidasvir menunjukkan kadar penawar sehingga 100% untuk Hepatitis C Genotype 4 apabila digunakan secara kombinasi dengan sofosbuvir.
Pada bulan Julai 2016, Fasa II/III penyelidikan klinikal akan bermula di hospital-hospital Kementerian Kesihatan dan hospital universiti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang terpilih di Malaysia. Penyelidikan ini akan mendaftar lebih kurang 400 peserta kajian klinikal dan akan menilai keberkesanan, keselamatan dan farmakokinetik ravidasvir dan sofosbuvir yang merupakan ubatan kombinasi oral untuk pesakit di pelbagai peringkat komplikasi fibrosis hati, genotype dan dengan atau tanpa co-infection HIV. Matlamat awal penyelidikan klinikal adalah untuk menilai regimen rawatan baru untuk Hepatitis C.
Jangkitan viral Hepatitis C di Malaysia merupakan satu beban klinikal dan sosial Kerajaan Malaysia. Rawatan yang lebih berkesan adalah perlu untuk menghasilkan impak kepada jumlah kes yang semakin meningkat. Pada 2009, sebanyak 453,700 orang hidup dengan jangkitan Hepatitis C di Malaysia dengan anggaran beban penyakit ini adalah setinggi 2.5% hingga 3.5%.
Drugs for Negelected Diseases initiative (DNDi) ialah sebuah pertubuhan penyelidikan dan pembangunan yang tidak berasaskan keuntungan dan bertindak untuk menyampaikan rawatan baru untuk neglected disease khususnya leishmaniasis, human African trypanosomiasis, penyakit Chagas, infeksi filarial yang spesifik, pediatrik HIV, mycetoma dan hepatitis C. Sejak penubuhan DNDi pada 2003, DNDi telah menyampaikan enam rawatan: dua fixed-dose antimalarials (ASAQ dan ASMQ), rawatan kombinasi nifurtimox-eflornithine untuk peringkat akhir sleeping sickness, kombinasi terapi sodium stibogluconate dan paromomycin (SSG&PM) untuk visceral leishmaniasis di Afrika, satu set terapi kombinasi untuk visceral leishmaniasis di Asia dan dos pediatrik dalam bentuk benznidazole untuk penyakit Chagas. DNDi telah menubuhkan satu platform penyakit khusus serantau yang membawa bersama rakan kongsi dari negara-negara penyakit endemik untuk mengukuhkan keupayaan kajian klinikal yang sedia ada, serta membangunkan kapasiti baru di mana perlu. Maklumat lanjut mengenai DNDi boleh didapati daripada laman web www.dndi.org
Clinical Research Malaysia (CRM) ialah sebuah syarikat milik Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak berasaskan keuntungan. Ia telah ditubuhkan pada bulan Julai 2012 bertujuan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi industry sponsored research (ISR). CRM juga bertanggungjawab melaksanakan inisiatif untuk meningkatkan keupayaan dan kapasiti kemudahan penjagaan kesihatan awam dan swasta dalam menjalankan ISR. Maklumat lanjut mengenai CRM boleh didapati daripada laman web www.clinicalresearch.my
AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR DONG MAI TAN DAN SEVEN LEAVE GINSENGS
Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional cina dengan nama DONG MAI TAN dan SEVEN LEAVE GINSENGS (gambar produk disertakan dalam LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B).
PERIHAL PRODUK DAN KESAN ADVERS YANG DILAPORKAN
Sampel produk tersebut telah diperolehi melalui laporan kesan advers yang diterima oleh Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, BPFK dan hasil ujian yang telah dilakukan oleh BPFK mendapati bahawa kedua-dua produk ini mengandungi dexamethasone iaitu sejenis kortikosteroid yang dikawal di bawah Akta Racun 1952.
Label pada kedua-dua produk tersebut menyatakan bahawa produk-produk ini digunakan untuk penyakit sengal-sengal tulang, bengkak sendi, sakit tulang belakang, sakit urat, sakit tangan dan kaki. Semakan mengesahkan bahawa kedua-dua produk tersebut adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan merupakan produk yang perlu berdaftar. Nombor pendaftaran yang dicetak pada label produk Dong Mai Tan (MAL20013016T) dan Seven Leave Ginseng (MAL19984210T) didapati palsu.
BPFK telah menerima sebanyak empat (4) laporan kesan advers yang melibatkan produk Dong Mai Tan dan lapan (8) laporan kesan advers yang melibatkan produk Seven Leave Ginsengs. Antaranya, kesan advers yang serius dilaporkan adalah kegagalan hati dan sindrom Cushing yang dicirikan dengan muka membulat (moon face) dan peningkatan berat badan dengan obesiti di bahagian tengah badan (central obesity).
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL
Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. Ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperolehi dari farmasi dengan preskripsi doktor. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisional.
Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom Cushing. Pesakit yang menghidap penyakit kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK INI
Sesiapa yang mempunyai stok produk ini dinasihatkan untuk menghentikan penjualan, pengedaran atau penggunaannya dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa pemilikan untuk jualan produk-produk ini adalah melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan daripada ahli profesional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama dinasihatkan supaya tidak memberhentikan penggunaannya secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).
Orang awam digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana tidak dijamin kualiti dan keselamatannya. Masyarakat juga diminta supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan ubat-ubatan tradisional yang dijual dengan tuntutan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit terutamanya produk tradisional yang memberi kesan dengan cepat.
Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk-produk tidak berdaftar ini dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk ini di pasaran.
Pengguna juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.bpfk.gov.my ATAU dengan menghubungi BPFK di talian 03-78835400.
The Education Ministry will look into strengthening the existing standard operating procedure (SOP) on safety on school grounds following the death of a seven-year-old girl who was reportedly bitten by a snake during school. Source: NST
These past few weeks we have seen a surge in the reporting of snake bites as a result of the unusually hot weather. Although it is of a concern, nevertheless there are probably more non-poisonous snakes than poisonous ones in Malaysia.
On most occasions, we are unable to identify the actual snake species that has bitten a victim as it usually slithers away. Actual snake identification allows the emergency doctors to administer specific anti-venom for the species. However it is dangerous to capture a snake unless it is killed (dead) or captured by trained animal handlers. Avoid direct confrontation/contact or risk further bites.
Not all bites cause envenomation i.e. the transmission of snake poison into the body. It all depends on many factors e.g. the snake behaviour, bite depth and the body part exposed or bitten.
However, the Ministry of Health urges all victims to seek help at the nearest emergency department or healthcare centre for assessment. The doctors working in the emergency department will decide to administer antivenom according to severity of the effect of the poison: the speed of its spread or its systemic manifestations or effect to the limb.
Based on the clinical manifestations, the two most common conditions seen are:
1. Effecting the neurological system (pain, headaches, vomiting, blurring of vision, paralysis of the eyelids or the breathing muscles, loss of consciousness)
2. Effecting the haematological system (pain, bruising, severe swelling, bleeding, muscle tissue breakdown, coagulopathy)
A multidisciplinary and inter-ministerial team of experts formed by MOH is currently working on to produce the MOH Clinical Practice Guidelines (CPG) for Snake Bite which will possibly be out by the later part of this year.
Snake antivenom is made from the venom of specific snake type (monovalent) or in combination of several types of snake venoms (polyvalents). It is converted into antidotes through various processes by the industry. While it is safe and can be life saving, it does carry risks for reactions too.
Antivenom is stockpiled in almost all the public hospitals throughout the whole country. There is also a consultative network between health care providers of MOH, University Hospitals and Malaysian Poison Centre for difficult cases of poisoning and snake bite. When necessary, regional centres in ASEAN are activated and can be consulted too. The governments have agreed to allow antidotes and vaccines to be shared with relative ease should the need arises.
What should you do if there is a snake bite victim?
Call 999 to ask for assistance. Early care directions can be given while awaiting for an ambulance or while the victim is being transported to the nearest most appropriate health facility, be it emergency departments in hospitals or health clinics.
Reduce movement of the affected part especially the limb. Calm the patient and keep the victim comfortable.
Do not apply tourniquet or unnecessary compression unless you are a trained first aider or instructed by a professional healthcare providers. Most of the poison spreads through our lymphatic system rather than direct to the blood stream.
The rising rat population in urban areas combined with the heatwave have increased the incidence of city folk coming into contact with venomous snakes. Read more here
MESYUARAT PASUKAN PETUGAS KHAS DENGGI PERINGKAT KEMENTERIANBIL 8/2016PADA 28 APRIL 2016
Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu 16 tahun 2016, iaitu bagi tempoh 17 sehingga 23 April 2016, sebanyak 1,607 kes telah dilaporkan, penurunan 247 kes (13.3%) berbanding dengan sebelumnya 1,854 kes. Dari Januari sehingga 23 April 2016, jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 42,682 kes, berbanding 38,517 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, peningkatan sebanyak 10.8% (4,165 kes).
Manakala jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga 23 April 2016 adalah sebanyak 94 kematian, berbanding 120 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2015, menunjukkan pengurangan sebanyak 26 kematian (21.7%).
Bermula pada 11 April 2016 lalu, KKM telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar-besaran di seluruh negara terutama di wabak dan hotspot.
Sehingga 24 April 2016, sebanyak 69,984 premis telah diperiksa dan 390 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM 195,000. KKM juga telah melakukan penutupan ke atas empat (4) tapak binaan daripada 106 tapak binaan yang diperiksa dan kesemuanya adalah di Selangor. Di samping itu, tujuh (7) kes telah dibawa ke mahkamah iaitu di Selangor (5 kes) dan masing-masing satu (1 kes) di Negeri Sembilan serta Terengganu.
Aktiviti penguatkuasaan adalah merupakan langkah terakhir di samping pelbagai kaedah pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan untuk membanteras demam denggi. Daripada hasil operasi ini, didapati pihak masyarakat dan kontraktor tapak binaan masih tidak prihatin tentang isu denggi kerana masih banyak premis yang ditemui ada pembiakan Aedes.
Sehubungan itu, saya memohon agar Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM meningkatkan usaha mempromosikan pencegahan denggi kepada pihak masyarakat bagi melakukan aktiviti cari dan musnah pembiakan Aedes setiap minggu. Di samping itu, Pihak Berkuasa Tempatan diminta untuk melaksanakan aktiviti pencegahan dan kawalan nyamuk serta kutipan sampah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di kawasan pengurusan mereka. Kerjasama daripada CIDB dan juga DOSH adalah diperlukan untuk meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di tapak-tapak binaan.
Adalah diharapkan mesyuarat ini dijadikan platform terbaik bagi memperkukuhkan strategi pencegahan dan kawalan denggi secara bersepadu antara pelbagai kementerian dan jabatan. Sebarang idea yang kreatif dan inovatif adalah amat dialu-alukan.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus menjalankan pemantauan penyakit berkaitan cuaca panas (kejang haba, kelesuan haba dan strok haba) di seluruh negara. Sehingga 27 April 2016 terdapat sebanyak 200 kes berkaitan cuaca panas telah dilaporkan mendapat rawatan di fasiliti kesihatan kerajaan iaitu 52 kes kejang haba (26%), 126 kes kelesuan haba (63%) dan 22 kes strok haba (11%). Jumlah ini termasuk dua (2) kematian yang dilaporkan akibat strok haba di mana kematian pertama dilaporkan sebelum ini di Segamat, Johor dan terkini satu (1) kematian dilaporkan di Jitra, Kedah.
Kematian terbaru ini berlaku pada 26 April 2016 di mana ianya melibatkan pelatih Kursus Asas Perajurit Muda Sukarela (APMS) yang berusia 23 tahun. Ianya berlaku semasa beliau menjalani latihan berkenaan di sebuah politeknik di Jitra, Kedah. Di samping itu, terdapat enam (6) kes kejang haba dilaporkan melibatkan pelatih-pelatih kursus yang sama dan kesemuanya dirawat sebagai pesakit luar.
Dalam satu kejadian yang lain pula pada 26 April 2016, seorang pelajar daripada sebuah institut pengajian tinggi di Pahang telah mengalami strok haba yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala lapan (8) yang lain mengalami kelesuan haba akibat melakukan aktiviti luar yang terdedah dengan cuaca panas yang melampau. Sekumpulan pelajar ini dilaporkan sedang menyertai satu pertandingan endurance peringkat kebangsaan yang menguji ketahanan fizikal mereka. Kesemua mereka mendapat rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HoSHAS), Temerloh (1 kes strok haba dan 2 kes kelesuan haba), Hospital Jengka (5 kes kelesuan haba) dan satu (1) kes dirawat sebagai pesakit luar di klinik institut pengajian tinggi di Pahang.
KKM ingin menegaskan semula bahawa cuaca panas dan gelombang haba yang sedang melanda negara perlu diambil perhatian serius oleh setiap lapisan masyarakat termasuk pihak agensi/institusi kerajaan dan swasta serta orang awam agar tindakan yang sewajarnya diambil serta memberi penekanan terhadap nasihat kesihatan yang telah dikeluarkan. Sehubungan dengan perkembangan terkini, KKM ingin menegaskan kepada agensi/institusi yang berkaitan agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut:
Menangguhkan atau menghadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, marathon, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti semasa berlakunya gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
Sebolehnya elakkan daripada berada di luar rumah atau bangunan dan pastikan rumah atau bangunan mempunyai pengudaraan yang mencukupi.
Sekiranya aktiviti luar ini tidak dapat dielakkan, dinasihatkan agar memendekkan tempoh aktiviti tersebut ataupun berehat pada tempoh yang panjang dan mengambil minuman yang banyak pada setiap kali waktu rehat tersebut.
Minum air secukupnya dan minumlah air yang telah dimasak bagi memastikan cecair dalam tubuh adalah mencukupi.
Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
Pakailah topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas apabila berada di luar rumah atau bangunan.
Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa pendingin hawa.
Ketahui tanda-tanda awal kelesuan haba, strok haba dan segera berjumpa doktor bagi mendapatkan rawatan.
Orang awam juga boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan dan maklumat mengenai penjagaan kesihatan berkaitan cuaca panas menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my (info kesihatan).
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, berdasarkan pemantauan yang dilakukan sehingga 16 April 2016, sebanyak 60 episod keracunan makanan (KRM) dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara yang melibatkan 2,325 kes. Daripada jumlah ini, sebanyak 47 (78.3%) episod berlaku di sekolah dan institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan 1,900 orang warga sekolah; manakala selebihnya melibatkan sekolah di bawah agensi lain seperti Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kerajaan Negeri dan sekolah swasta.
Episod KRM di sekolah KPM pada tahun ini telah meningkat sebanyak 57% iaitu dari 30 episod tahun 2015 kepada 47 episod pada tahun 2016. Jumlah ini tanpa mengira KRM disebabkan Program Susu 1Malaysia (PS1M). Sebanyak 45 episod (95.7%) kejadian KRM di sekolah KPM ini berpunca daripada makanan yang disediakan sama ada di kantin sekolah atau dapur asrama. Manakala masing-masing satu (1) episod berlaku di pra-sekolah dan makanan yang dibawa dari luar.
Berdasarkan laporan hasil siasatan yang diterima dari Pejabat Kesihatan Daerah terlibat, faktor utama yang dikenalpasti penyumbang KRM ialah bahan mentah tercemar, pencemaran silang semasa pengendalian makanan, makanan disedia terlalu awal dan dimakan lewat iaitu melebihi empat (4) jam dari masa ia disediakan. Selain daripada itu, didapati telah berlaku pengabaian suhu semasa pemprosesan, pengangkutan, penjualan dan penyimpanan bahan mentah serta makanan yang telah dimasak.
Episod KRM yang berlaku di SM Sains Tapah pada 3 April 2016 yang lalu, adalah salah satu contoh pencemaran silang yang berlaku semasa penyediaan roti jala di mana bakteria dari bahan mentah yang digunakan telah mencemarkan makanan yang telah dimasak melalui pengendalian yang tidak bersih. Sampel klinikal yang diambil dari pelajar-pelajar yang dimasukkan ke wad mendapati dijangkiti oleh bakteria Salmonella enteritidis. Punca jangkitan telah dibuktikan daripada sampel roti jala yang juga dikesan positif Salmonella enteritidis yang sama.
Salmonella enteritidis adalah bakteria yang sering dikaitkan dengan pencemaran najis ayam di kulit telur dan pengendaliannya yang tidak bersih. Sumber foto: Food Safety News
Salmonella enteritidis adalah bakteria yang sering dikaitkan dengan pencemaran najis ayam di kulit telur dan pengendaliannya yang tidak bersih. Di samping itu bakteria ini boleh berpunca dari proses penternakan dan pengendalian ayam telur yang tidak mengikuti amalan penternakan yang baik (good agricultural practice dan good hygiene practice).
Kejadian KRM di kantin dan dapur asrama sekolah boleh dielakkan sekiranya pihak pengusaha kantin atau dapur asrama memantau dan menyelia proses penyediaan makanan mengikut garispanduan keselamatan makanan yang telah disediakan. Pengusaha juga perlu memantau tahap kebersihan dan mengambiltahu dari mana sumber bekalan bahan makanan khususnya makanan sedia dimakan, diperolehi bagi mempastikan keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan adalah terkawal. Pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah boleh dikenakan kompaun di bawah Peraturan Kebersihan Makanan 2009 sekiranya didapati tidak akur dengan tatacara kebersihan dan keselamatan makanan. Di samping itu, setiap pengusaha dan pengendali makanan wajib hadir ke Kursus Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh KKM untuk meningkatkan pengetahuan mengenai pengendalian makanan yang selamat.
Para guru/penyelia asrama juga patut mengambil tanggungjawab memastikan bahan makanan yang buruk atau rosak tidak digunakan. Bagi pelajar dan warga sekolah pula, amalan sebelum makan dan minum (lihat, hidu dan rasa) boleh mengelakkan daripada memakan makanan yang basi atau rosak.
Cuaca panas yang melanda negara pada masa ini, dijangka meningkatkan permintaan bekalan ais. Pengusaha kantin dan dapur asrama sekolah diingatkan supaya membeli ais yang berbungkus dan berlabel dari premis berlesen. Selain itu, bekalan air bersih mungkin terganggu di sesetengah kawasan. Pastikan air dididihkan sebelum diminum dan elakkan dari melakukan aktiviti rekreasi di kawasan paras air yang rendah kerana dikhuatiri pencemaran bakteria yang tinggi.
KKM akan terus bekerjasama dengan KPM dalam menangani isu KRM di sekolah. Mesyuarat bersama telah diadakan pada 14 April 2016 di mana aktiviti bersama telah dirancang seperti; pemeriksaan kantin dan dapur asrama sekolah; memastikan program KENDIRI (Pemeriksaan Premis Sendiri oleh Pengusaha dan Pengurusan Sekolah) berjalan dengan berkesan; melaksanakan Garispanduan Menu Makanan di Kantin dan Dapur Asrama Sekolah serta menguatkuasakan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985, dan Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
KKM dan KPM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan warga sekolah. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq
Statistik Denggi terkini pada minggu ke-16 (17 April hingga 23 April 2016) menunjukkan terdapat pengurangan kes sebanyak 13.3% di seluruh negara iaitu 1,607 kes berbanding 1,854 kes pada minggu sebelumnya. Hanya lima (5) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu WP Kuala Lumpur & Putrajaya 32 kes (25.2%), Negeri Sembilan 10 kes (55.6%), Kelantan 6 kes (14.6%), Perlis 4 kes (100%) dan Pahang 2 kes (6.5%). Jumlah kumulatif kes Denggi dari Januari hingga 23 April 2016, menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 10.8% (4,165 kes) iaitu 42,682 kes bagi tahun ini, berbanding 38,517 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015.
Di samping itu, terdapat dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-16 iaitu di negeri Selangor. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 23 April 2016, adalah sebanyak 94 kematian berbanding 120 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 21.7% (26 kematian). Kedua-dua kes kematian Denggi ini melibatkan mereka yang berumur sekitar 30-an dan sebab kematian adalah akibat komplikasi Demam Denggi. Kedua-dua kematian ini berlaku di kawasan wabak dan pemeriksaan yang dijalankan di kawasan tempat tinggal kes kematian ini menunjukkan kadar pembiakan Aedes sekitar 3.0% iaitu melebihi sasaran 1% yang ditetapkan oleh KKM.
KKM juga mendapati peratusan lokaliti wabak juga menunjukkan penurunan sebanyak 10.0% iaitu daripada 744 lokaliti pada minggu ke-15 kepada 672 lokaliti pada minggu ke-16. Jumlah lokaliti hotspot didapati turut berkurangan daripada 145 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 136 lokaliti pada minggu ke-16. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan 6 buah negeri iaitu di Selangor (102 lokaliti), Johor (27 lokaliti), WPKL & Putrajaya, Sarawak dan Perak masing-masing 2 lokaliti dan Negeri Sembilan (1 lokaliti).
Dapatkan Aplikasi Mobile iDengue di Google Play Store dan Apple App Store
Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar- besaran di seluruh negara masih diteruskan dan sehingga 24 April 2016 terdapat 69,984 premis yang telah diperiksa. Sebanyak 390 bilangan kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM195,000. Sebanyak empat (4) tapak binaan ditutup daripada 106 tapak binaan yang diperiksa dan kesemuanya di Selangor. Di samping itu, tujuh (7) kes telah dibawa ke mahkamah iaitu di Selangor (5 kes) dan masing-masing satu (1 kes ) di Negeri Sembilan serta Terengganu.
KKM memandang serius isu pembiakan nyamuk Aedes di tapak binaan terutama yang berhampiran dengan kawasan perumahan. Pemaju atau kontraktor tapak binaan perlu menubuhkan pasukan kawalan pembiakan Aedes yang bertanggungjawab dalam mencari dan memusnahkan semua bekas-bekas yang berpotensi sebagai tempat pembiakan setiap minggu dan menjalankan aktiviti larvasid termasuk di rumah-rumah kongsi. Sekiranya tenaga kerja tidak mencukupi, pemaju atau kontraktor perlu melantik Syarikat Kawalan Makhluk Perosak untuk menjalankan kerja-kerja pemusnahan pembiakan nyamuk Aedes bagi pihak mereka. Garis Panduan Pengawalan Nyamuk Aedes Di Tapak-Tapak Pembinaan boleh dimuat turun di laman sesawang http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/content/SOP_constructionsite.pdf.
Secara global, situasi terkini jangkitan virus Zika oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 20 April 2016, menunjukkan sebanyak 66 buah negara telah melaporkan jangkitan virus Zika. Sehingga 23 April 2016, sebanyak 462 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), namun tiada jangkitan virus Zika yang dikesan di negara ini. IMR telah menjalankan ujian bagi mengesan virus Zika daripada sampel darah 2 kes Guillain-Barré syndrome (GBS) dan 1 kes microcephaly. Keputusan ujian bagi ketiga-tiga kes ini adalah negatif.
ELECTION FOR VACANCIES IN THE MALAYSIAN MEDICAL COUNCIL
As previously announced by the Malaysian Medical Council (MMC) on 9th January 2016, there will be vacancies for nine council members representing West Malaysia by August 2016. As provided under Section 3(1)(d) of the Medical Act 1971, and the Medical Regulation 1974, an election is required to be held for registered medical practitioners to elect nine new council members from among medical practitioners residing in West Malaysia.
For the said election, a total of 40 fully registered Medical Practitioners who are Malaysian citizens, possessing an Annual Practicing Certificate (APC) for 2015 or 2016, and residing and stating their principal address of practice in West Malaysia have been nominated and accepted to stand for this election.
The envelopes containing ballot papers and relevant instructions for the election are being posted to all registered medical practitioners who are Malaysian citizens, residing and stating their principal address of practice in West Malaysia, and in possession of a current APC either for 2015 or as per 29th February 2016.
All registered medical practitioners as mentioned above are advised to check their ballot papers at their principal address of practice and to vote wisely. All qualified registered medical practitioners are allowed to elect at least one candidate and a maximum of nine candidates only.
All ballot papers, as advised in the election guideline, should reach the MMC President either by hand or post no later than 4.00pm on 17th June 2016 at the following address:
Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan media antarabangsa baru-baru ini berkaitan isu keselamatan produk Reckitt Benckiser yang merujuk kepada produk pencuci disinfektan jenama Oxy Sac Sac yang digunakan untuk mencuci air humidifier di rumah. Semakan pada laman sesawang Reckitt Benckiser Korea menunjukkan bahawa jenama Oxy Sac Sac adalah rangkaian produk pencuci untuk kegunaan rumah (household) yang terdiri daripada pelbagai jenis produk seperti cecair pencuci bilik air, cecair pencuci dapur dan beberapa produk kegunaan rumah lain.
Syarikat Reckitt Benckiser Malaysia telah dihubungi dan mereka mengesahkan bahawa produk tersebut tidak pernah dipasarkan di Malaysia. Untuk makluman, produk ini bukan produk perubatan dan oleh demikian tidak dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
KKM akan memastikan bahawa semua produk yang dikelaskan sebagai produk perubatan di bawah kawalan kementerian ini adalah selamat digunakan serta mematuhi semua piawai kualiti yang ditetapkan. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk – produk perubatan / kesihatan tidak berdaftar dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my ATAU mana – mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk – produk tidak berdaftar di pasaran. Pengguna juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk melalui laman sesawang www.bpfk.moh.gov.my ATAU dengan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835400.
Pada 5 Mei 2016 jam 4.32 pm, sebuah helikopter model Eurocopter AS350 milik Hornbills Skyway telah hilang daripada radar ketika melalui kawasan hutan di Sebuyau, kira-kira 80 km dari Kuching. Helikopter malang ini dikendalikan oleh seorang juruterbang dan membawa 5 penumpang, antaranya termasuk Timbalan Menteri Perusahaan Utama, Perladangan dan Komoditi, Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Utama, Perladangan dan Komoditi. Selepas beberapa jam helikopter putus hubungan dengan pusat kawalan trafik udara, usaha Mencari & Menyelamat (Search & Rescue, SAR) telah dimulakan oleh pelbagai agensi, termasuk Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Tentera DiRaja Malaysia. Pasukan SAR telah menjumpai jasad mangsa pertama di Sungai Lingga, Batang Lupar pada hari berikutnya. Pada 6 Mei 2016 jam 3.35 pm, jasad mangsa yang pertama telah tiba di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Umum Sarawak, Kuching.
Disaster Victim Identification (DVI) atau dikenali sebagai Identifikasi Mangsa Bencana, yang merupakan satu proses untuk pengurusan dan pengenalan identiti mangsa akibat kejadian sesuatu bencana. Dalam operasi ini, objektif utama DVI adalah mengenalpasti dan mengesahkan identiti mangsa dengan secepat mungkin dan dikuti dengan pengesahan sebab kematian mangsa. Keutamaan diberi kepada pengesahan identiti jasad mangsa akan memberi closure kepada keluarga mangsa yang berada dalam keadaan kesedihan. Sebab kematian (cause of death) yang diberikan selepas pemeriksaan postmortem (PM) dijalankan, akan membantu penyiasatan polis melalui laporan bedahsiasat. Laporan bedahsiasat oleh Pakar Perubatan Forensik turut akan membantu penyiasatan keselamatan (safety investigation) Bahagian Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan Malaysia bagi mengenalpasti punca yang menyebabkan kemalangan berlaku. Laporan bedahsiasat juruterbang juga akan diperlukan dalam siasatan BSKU untuk mengecualikan sebab faktor penyakit, faktor di bawah pengaruh alkohol atau bahan terlarang yang menyumbang kepada berlakunya kemalangan udara. Ini akan digunakan sebagai panduan untuk mengelakkan kemalangan udara daripada berlaku lagi.
Merujuk kepada takrifan INTERPOL, proses DVI melibatkan 4 fasa, iaitu Tempat Kejadian (Scene), Postmortem (PM), Antemortem (AM) dan Rekonsiliasi (Reconciliation). Dalam tragedi Eurocopter AS350 ini, pasukan DVI terdiri daripada pelbagai agensi, iaitu pasukan Forensik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan UNIMAS, pasukan Forensik Odontologi KKM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), pasukan PDRM dan pasukan Radiologi KKM.
Setakat ini, 5 mangsa telah dijumpai, diperiksa dan disahkan identiti. Kesemua identiti jasad mangsa tragedi ini disahkan melalui perbandingan cap jari. Perbandingan cap jari, odontologi dan DNA merupakan primary identifier yang digunakan dalam pengesahan positif mangsa bencana secara antarabangsa dan dalam protokol INTERPOL. Pemeriksaan pergigian atau Odontologi yang dijalankan ke atas 4 mangsa dalam tragedi ini berjaya dipadankan dengan data AM yang dikumpulkan. Data AM merupakan maklumat mengenai mangsa semasa hidup seperti rekod pergigian, tanda lahir, tanda tatu, penggunaan prostetik, pembedahan yang pernah dijalankan, deskripsi unik daripada pihak waris dan keluarga mangsa terdekat. Selain daripada cap jari dan Odontologi, pengesahan identiti mangsa tragedi ini turut boleh dijalankan dengan cepat kerana adanya secondary identifier yang dijumpai pada jasad mangsa, iaitu barangan peribadi yang unik dan dompet yang lengkap dengan kad pengenalan diri.
Kejayaan operasi ini adalah disebabkan oleh kerjasama yang mantap di kalangan agensi. Repatriasi jasad mangsa-mangsa telah diuruskan oleh TUDM dan dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing untuk dikebumikan. Setakat ini, usaha SAR masih sedang dijalankan untuk mencari jasad mangsa juruterbang berbangsa Filipina yang masih hilang.
KKM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan SAR dan DVI yang terlibat di dalam usaha mencari dan menyelamat serta pengecaman identiti mangsa. Wira-wira yang tidak didendang ini sentiasa bersiap sedia menjalankan tugas dengan penuh dedikasi tanpa mengenal penat lelah. Syabas dan terima kasih diucapkan.
ULASAN TENTANG PRODUK WOODWARDS CELEBRATED GRIPE WATER DARI INDIA
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum tentang produk Woodward’s Celebrated Gripe Water yang dikilang oleh South India Research Institute Pvt Ltd, India dan telah menjadi viral di aplikasi laman sosial baru-baru ini. Berdasarkan semakan pada pangkalan data Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), didapati produk ini adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM dan tidak boleh dipasarkan untuk jualan di Malaysia.
Gambar produk Woodward’s Celebrated Gripe Water yang dikilang oleh South India Research Institute Pvt Ltd, India dan telah menjadi viral di aplikasi laman sosial baru-baru ini
Walau bagaimanapun, pihak PBKD telah mendaftarkan satu produk dengan jenama yang sama iaitu Woodward’s Gripe Water (Alcohol-Free) / MAL19921215XC daripada pemegang pendaftaran Reckitt Benckiser (M) Sdn Bhd dan dikilang oleh pengilang tempatan iaitu IDS Manufacturing Sdn Bhd, Shah Alam. Produk berdaftar ini mengandungi kombinasi bahan aktif Terpeneless Seed Oil 2.3mg/5ml dan Sodium Bicarbonate 52.5mg/5ml serta pengawet Nipasept Sodium 0.15%w/v (kombinasi methylparaben, propylparaben dan ethylparaben). Indikasi yang diluluskan oleh pihak PBKD untuk produk berdaftar ini ialah for the relief from wind pains, digestive upsets especially during teething period. Setakat ini juga pihak PBKD tidak menerima sebarang laporan kesan advers atau aduan kualiti berhubung produk berdaftar tersebut.
Orang awam adalah dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam memilih ubat-ubatan di pasaran. Sila gunakan produk berdaftar dengan pihak KKM yang telah dinilai daripada aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanannya.
Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu ke-18 (1 April hingga 7 Mei 2016) mendapati kes Demam Denggi telah berkurangan sebanyak 12.5% di seluruh negara iaitu 1,329 kes berbanding 1,520 kes pada minggu sebelumnya. Walau bagaimanapun, terdapat empat (4) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu WP Kuala Lumpur & Putrajaya 10 kes (7.7%), Melaka 3 kes (12.0%), Perlis 2 kes (200.0%) dan Kelantan 2 kes (7.7%). Dari Januari hingga 7 Mei 2016, secara kumulatif, kes Demam Denggi telah menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 9.8% (4,080 kes) iaitu 45,531 kes, berbanding 41,451 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015.
Di samping itu, terdapat tujuh (7) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-18 iaitu dua (2) kematian di negeri Selangor, manakala satu (1) kematian masing-masing di Perlis, WPKL & Putrajaya, Negeri Sembilan, Terengganu dan Sarawak. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 7 Mei 2016, adalah sebanyak 105 kematian berbanding 130 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 19.2% (25 kematian).
Peratusan lokaliti wabak juga menunjukkan penurunan sebanyak 13.0% iaitu daripada 604 lokaliti pada minggu ke-17 kepada 526 lokaliti pada minggu ke-18. Jumlah lokaliti hotspot didapati turut berkurangan daripada 112 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 92 lokaliti pada minggu ke-18. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan tiga (3) buah negeri iaitu di Selangor (75 lokaliti), Johor (16 lokaliti) dan Negeri Sembilan (1 lokaliti).
Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar- besaran di seluruh negara masih diteruskan dan sehingga 7 Mei 2016 terdapat 117,981 premis yang telah diperiksa. Sebanyak 590 bilangan kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM 295,000. Sebanyak empat (4) tapak binaan ditutup daripada 137 tapak binaan yang diperiksa yang mana kesemuanya adalah di Selangor. Di samping itu, lapan (8) kes telah di bawa ke mahkamah iaitu di Selangor (5 kes), Terengganu (2 kes) dan satu (1 kes) di Negeri Sembilan.
Cuaca kini agak tidak menentu dengan panas dan hujan yang berlaku di beberapa tempat. Keadaan ini akan menyumbang kepada tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Sehubungan itu, pihak masyarakat adalah diingatkan agar sentiasa membersihkan kawasan sekitar rumah dan meluangkan masa setiap minggu untuk aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Pihak masyarakat juga perlu mengamalkan kitar semula untuk mewujudkan persekitaran yang lebih bersih.
Secara global, situasi terkini jangkitan virus Zika oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 4 Mei 2016, menunjukkan sebanyak 67 buah negara telah melaporkan jangkitan virus Zika. Saringan yang dilakukan ke atas 149 orang pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) KLIA/KLIA 2 dari 1 Februari sehingga 5 Mei 2016 menunjukkan tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika setakat ini. Selain itu, sebanyak 469 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan didapati tiada sampel yang positif untuk jangkitan virus Zika.
Kanabis adalah dikategorikan sebagai dadah berbahaya dan bahan larangan di dalam kosmetik. Di bawah Guidelines for Control of Cosmetic Products in Malaysia, kanabis disenaraikan di bawah Annex II Part 1 – (List of substances which must not form part of the composition of cosmetic products). Oleh yang demikian kosmetik mengandungi kanabis tidak akan dinotifikasikan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) untuk pasaran dalam negara.
Berikutan kenyataan seorang senator di Dewan Negara berkenaan “Barang kecantikan dan kosmetik mengandungi dadah jenis kanabis dijual di Airport dan Online”, Bahagian Penguatkuasa Farmasi (BPF), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menjalankan pemeriksaan ke atas premis menjual kosmetik di Terminal KLIA dan KLIA2. Sejumlah (22) buah premis menjual kosmetik telah diperiksa. Walau bagaimanapun tiada kosmetik mengandungi kanabis dijumpai dipamer atau disimpan untuk jualan.
Pemantauan juga dibuat oleh Seksyen Farmaseutikal Siber, BPF, KKM ke atas laman sesawang dan media sosial untuk mengesan mereka yang menjalankan perniagaan barang kecantikan dan kosmetik tidak bernotifikasi dan ubat-ubat tidak berdaftar secara atas talian (online). Pada tahun 2015, beberapa laman sesawang dan Facebook yang menjual kosmetik mengandungi kanabis telah dikesan dan dilaporkan kepada Bahagian Narkotik, Polis DiRaja Malaysia (PDRM). Sehingga kini tiada laporan mengenai rampasan kanabis di dalam kosmetik oleh pihak PDRM yang diterima oleh BPF.
Produk penjagaan dan perapian diri atau kosmetik dikawal pengimportan, pengilangan, penjualan, pembekalan dan pemilikannya di bawah Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Peraturan 18A(5), Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 telah menetapkan mana-mana orang yang bertanggungjawab meletakkan kosmetik bernotifikasi di pasaran perlu memohon nota notifikasi daripada Pengarah Perkhidmatan Farmasi.
Nota notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah bersifat kawalan kendiri (self regulation). Pemegang nota notifikasi adalah bertanggungjawab untuk memastikan produk kosmetik bernotifikasi adalah selamat, berkualiti dan tuntutan yang digunakan ke atas produk adalah memenuhi skop takrifan kosmetik serta dapat disokong dengan data yang mencukupi.
Permohonan notifikasi kosmetik hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem Quest yang boleh dilayari di laman sesawang BPFK iaitu www.bpfk.gov.my. Sistem Quest dilengkapi dengan sistem yang mampu untuk menyaring formulasi kosmetik yang dinotifikasi oleh pihak syarikat kepada BPFK. Ini untuk memastikan kosmetik yang dinotifikasi adalah selamat dan berkualiti serta bebas daripada bahan terlarang atau bahan yang melebihi had yang dibenarkan
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM juga menerima permohonan syarikat untuk mengimport kosmetik yang tidak bernotifikasi untuk tujuan dijual di kawasan bebas cukai seperti di lapangan terbang atau pelabuhan. Senarai produk yang dimohon akan diteliti terlebih dahulu. Jika diluluskan, pihak syarikat dikehendaki mematuhi garispanduan dan peruntukan undang-undang sedia ada dan bertanggungjawab sepenuhnya kepada produk yang dijual di premis syarikat.
BPFK akan menjalankan pemantauan ke atas kosmetik bernotifikasi di pasaran untuk memastikan pemegang notifikasi mematuhi garispanduan dan peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan.
Sehingga kini BPFK tidak menerima sebarang laporan kesan adverse kosmetik mengandungi kanabis. Untuk menentukan kesan penggunaan kanabis dalam kosmetik seharusnya ia memerlukan kajian terperinci tentang kesan penggunaannya dalam kosmetik terhadap tubuh badan manusia.
Pembekal dan pengguna diingatkan supaya tidak mengimport, memiliki dan mengguna produk kosmetik mengandungi kanabis kerana ia dikawal di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952. Pengguna juga dinasihatkan supaya berhati-hati dengan produk kosmetik yang menyatakan pelbagai tuntutan yang sukar dipercayai atau tidak realistik seperti pada label produk atau iklan, terutama yang memberikan hasil dan kesan yang sangat cepat. Pengguna boleh menyemak status notifilkasi produk kosmetik dari laman sesawang BPFK.
Pengguna adalah dinasihatkan membeli produk kosmetik daripada peruncit yang sah, boleh dipercayai dan berwibawa. Pengguna digalakkan untuk melaporkan kepada BPFK jika mereka mendapati mana-mana produk kosmetik yang mencurigakan di pasaran atau mengalami reaksi alergi atau kesan buruk daripada penggunaan produk kosmetik melalui e-mel kepada kosmetik@bpfk.gov.my atau hubungi 03-78838496 / 5532.
Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM akan terus meningkatkan kawalan terhadap laman web dan media sosial serta menjalankan pemeriksaan secara berterusan terhadap premis menjual barangan kosmetik, spa dan salon kecantikan untuk memastikan mereka yang terlibat mengguna, membekal dan menjual produk kosmetik bernotifikasi dengan mengikut garispanduan dan peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan berkaitan maklumat terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), menyatakan dari Januari 2014 hingga 11 Mei 2016, terdapat sebanyak 58 buah negara yang telah melaporkan jangkitan virus Zika. Kementerian Kesihatan Malaysia juga mengambil perhatian mengenai satu jangkitan virus Zika yang telah dilaporkan di Singapura pada 13 Mei 2016. Kementerian Kesihatan Singapura telah mengesahkan kes ini adalah kes import di mana pesakit tersebut dijangkiti virus Zika selepas melawat ke Brazil dan juga disahkan bahawa pesakit ini tidak pernah melawat negara ini. Bahagian Kawalan Penyakit, KKM sentiasa berhubung dengan Kementerian Kesihatan Singapura bagi mendapatkan maklumat terkini jangkitan virus Zika untuk tindakan pencegahan bagi kedua-dua buah negara. Malaysia juga berisiko untuk mendapat kejadian kes import, sekiranya terdapat rakyat negara ini melawat negara yang telah berlaku jangkitan virus Zika, tanpa mengambil tindakan pencegahan awal. Jangkitan ini juga telah menular secara pantas di rantau Amerika.
Sehubungan itu, KKM telah meningkatkan pemantauan di pintu-pintu masuk antarabangsa bagi pelawat asing dan rakyat Malaysia yang kembali daripada negara yang dilanda jangkitan virus Zika. Pemantauan juga dipertingkatkan terutama pintu masuk jalan darat dari negara-negara jiran. Pelawat-pelawat yang tiba dari negara-negara yang telah dijangkiti virus Zika akan diberikan Kad Amaran Kesihatan (Health Alert Card) sebagai panduan dan tindakan yang perlu dilakukan sekiranya mengalami gejala dan tanda-tanda jangkitan Zika setelah kembali dari negara tersebut. Nasihat kesihatan melalui pemasangan bunting di pintu-pintu masuk antarabangsa terutama di KLIA dan KLIA 2 juga telah dilaksanakan. Pada tahun ini sehingga Mei 2016, saringan telah dilakukan terhadap 89,640 pelawat dari negara yang melaporkan jangkitan virus Zika di pintu masuk udara, laut dan darat. Sehingga kini, belum ada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika.
Nasihat kesihatan melalui pemasangan bunting di pintu-pintu masuk antarabangsa terutama di KLIA dan KLIA 2 juga telah dilaksanakan
KKM ingin menasihatkan bagi orang awam yang melawat negara-negara yang melaporkan jangkitan Zika agar melindungi diri mereka daripada digigit oleh nyamuk. Sekiranya ada di antara mereka menghidapi gejala ataupun tanda-tanda jangkitan Zika seperti demam, sakit badan, ruam dan konjuktivitis dalam tempoh 7 hari setelah kembali dari negara yang dijangkiti virus Zika, perlulah mendapatkan rawatan segera di klinik ataupun hospital serta memaklumkan kepada doktor yang merawat mengenai lawatan mereka ke negara tersebut.
Jangkitan virus Zika juga telah dibuktikan boleh berlaku melalui hubungan seks dan sebahagian besar yang dijangkiti, tidak menunjukkan sebarang gejala. Kemungkinan terdapat individu yang telah membawa virus ini tetapi tidak menyedari telah dijangkiti virus tersebut. Oleh itu, bagi pelawat yang pulang dari negara yang melaporkan kes Zika, dinasihatkan agar mengelakkan dari melakukan hubungan seks sekurang-kurangnya dua minggu dari tarikh ketibaan dari negara-negara tersebut atau menggunakan kondom sekiranya melakukan hubungan seks.
Dalam usaha mencegah penularan jangkitan Zika di negara ini, KKM secara proaktif telah mengedarkan “Zika Alert dan Arahan Pentadbiran untuk Pemantauan dan Pengurusan Jangkitan Virus Zika” kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri, persatuan, hospital dan makmal swasta pada 4 Februari 2016. Penglibatan masyarakat dalam aktiviti anti Aedes seperti gotong-royong juga dipertingkatkan terutama di kawasan sempadan serta pintu masuk seperti Johor Bharu, Kelantan dan Perak.
Di samping itu, hasil pemantauan KKM melalui survelan makmal berterusan yang dilakukan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari bulan Jun 2015 sehingga 12 Mei 2016, mendapati sebanyak 472 sampel darah daripada pesakit yang menunjukkan gejala seperti jangkitan Zika telah diuji dan setakat ini semua keputusan ujian adalah negatif untuk jangkitan virus Zika. Di samping itu, terdapat 5 kes Guillain-Barre Syndrome dan 1 kes microcephaly yang telah diuji untuk mengesan virus Zika dan keputusan juga didapati negatif.
Selain itu, KKM juga memohon supaya semua pengamal perubatan sama ada kerajaan ataupun swasta melakukan saringan dan ujian pengesanan virus ke atas pesakit yang disyaki mengidap gejala dan tanda-tanda virus Zika termasuk pelawat yang balik dari negara-negara yang dijangkiti virus ini.
Virus Zika adalah dibawa oleh vektor yang sama seperti demam denggi iaitu nyamuk Aedes. Sehubungan itu, orang ramai perlu melaksanakan langkah-langkah pencegahan terutama memastikan persekitaran yang bersih dan menghapuskan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes setiap minggu. Amalan perlindungan diri daripada gigitan nyamuk seperti memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan adalah amat penting bagi mencegah jangkitan virus Zika ini.
AMARAN KEPADA ORANG AWAM MENGENAI PENGAMBILAN PRODUK TIDAK BERDAFTAR ‘HAI LENG HAI BEH HERBAL ITCH REMOVING CAPSULE’
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Sin Chew Daily pada 5 Mei 2016 bertajuk ‘Female Accountant Experienced Moon Face and Weight Gain (8kg) after Consuming Anti-Itch Pill’ yang telah melaporkan tentang amaran oleh pihak Health Sciences Authority (HSA), Singapura yang dikeluarkan kepada orang awam agar tidak mengambil produk dengan nama ‘Hai Leng Hai Beh Herbal Itch Removing Capsule’ (‘海龙海马止痒丸’). Produk ini dikesan mengandungi bahan campurpalsu iaitu dexamethasone, chlorpheniramine dan paracetamol yang boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Laporan tersebut menyebut bahawa seorang wanita berumur 40 tahun telah mengalami kesan sampingan peningkatan berat badan yang mendadak dan muka membulat setelah menggunakan produk tersebut selama dua (2) bulan untuk masalah kegatalan kulit.
BAHAN CAMPURPALSU YANG DIKESAN DALAM PRODUK
Ketiga-tiga bahan yang dikesan adalah tidak dibenarkan dalam produk tradisional di Malaysia.Dexamethasone dan chlorpheniramine adalah ubat yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 manakala paracetamol pula merupakan ubat di bawah kategori over the counter (OTC).
Dexamethasone adalah sejenis kortikosteroid yang poten dan digunakan untuk rawatan masalah pembengkakan dan radang yang serius. Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan serta sindrom cushing yang dicirikan dengan muka membulat (moon face) dan peningkatan berat badan dengan obesiti di bahagian tengah badan (central obesity).
Chlorpheniramine adalah sejenis antihistamin yang digunakan untuk melegakan selesema serta reaksi alahan seperti ruam. Kesan sampingan chlorpheniramine termasuk mengantuk, penglihatan kabur, muntah-muntah, sembelit dan kelemahan koordinasi anggota badan.
Paracetamol merupakan ubat untuk mengurangkan kesakitan serta demam. Ia boleh menyebabkan kerosakan hati sekiranya digunakan pada dos berlebihan (melebihi 4gm sehari).
NASIHAT KEPADA ORANG AWAM
Semakan mendapati produk ini adalah tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), KKM. Nombor pendaftaran yang dicetak pada label produk iaitu MAL05052021TC didapati palsu. Oleh itu, orang awam digesa supaya tidak membeli atau menggunakan produk-produk tidak berdaftar dengan PBKD kerana tidak dijamin kualiti dan keselamatannya.
Orang awam yang sedang menggunakan produk ini adalah dinasihatkan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari profesional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama dinasihatkan supaya tidak memberhentikan penggunaannya dengan secara mendadak kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome yang serius dengan pemberhentian steroid secara mendadak).
Orang awam boleh menyemak status pendaftaran produk dengan melayari laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my atau menghubungi BPFK di talian 03-78835400. Sekiranya didapati terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat aduan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my atau talian 03-78413200/3396.
OPERASI KHAS PERATURAN – PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (OPS PUNTUNG) SEMPENA SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2016
Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menetapkan 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Tema yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun ini adalah “Get Ready for Plain Packaging”, manakala tema sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan adalah “Elak Dari Terpedaya; Merokok Membahayakan Kesihatan”. Matlamat sambutan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa imej komersial yang ditunjukkan oleh syarikat rokok perlu dihentikan kerana ia memberi persepsi yang salah dan menyimpang daripada fakta sebenar kesan buruk merokok kepada kesihatan.
Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 Peringkat Kebangsaan bermula dari 12 Mei hingga 14 Mei 2016 yang dinamakan sebagai “Ops Puntung”.
Operasi bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan larangan merokok di kawasan awam atau tumpuan orang ramai sepertimana kehendak perundangan di bawah Peraturan 11(1) PPKHT. Antara tempat tersebut adalah tempat makan atau kedai berhawa dingin, hentian pengangkutan awam, premis premis kerajaan dan kompleks membeli belah. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan terhadap Peraturan 12 (1) dan 13 (1) juga dilaksanakan iaitu tanggungjawab pemunya premis mempamerkan tanda larangan merokok dan larangan merokok bagi orang belum dewasa.
“Ops Puntung” telah dilaksanakan di kesemua negeri pada 12 dan 14 Mei 2016 yang lalu telah melibatkan 1,301 anggota. Sebanyak 989 notis kesalahan telah dikeluarkan di mana 974 notis dikeluarkan untuk kawasan larangan merokok dan 15 notis adalah untuk selain daripada kawasan merokok. Daripada operasi yang dijalankan, kesalahan merokok di tempat larangan banyak dikesan di kompleks membeli belah iaitu 255 (26.2%) kesalahan, diikuti lain – lain tempat iaitu premis kerajaan sebanyak 194 (19.9%) kesalahan, kawasan hospital/klinik sebanyak 86 (8.8%) kesalahan, lapangan terbang sebanyak 77 (7.9%) kesalahan, pawagam sebanyak 35 (3.6%) kesalahan dan kawasan rehat dan rawat sebanyak 31 (3.2%) kesalahan. Manakala penguatkuasaan di kawasan larangan merokok di bawah kawasan yang diwartakan menghasilkan 17 notis kesalahan di Melaka. Jumlah nilai kompoun ditawarkan adalah RM 245,350.00. Hasil keseluruhan operasi adalah seperti di Lampiran 1.
“Ops Puntung” seperti ini akan sering dijalankan secara rutin dan bersepadu. Ianya diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai beberapa peruntukan undang-undang yang sedia wujud bagi mengawal kegiatan merokok di negara ini. Para perokok dinasihati agar sentiasa menghormati undang undang dan prihatin terhadap kesan bahaya asap rokok pasif kepada orang sekeliling. Pilihan terbaik bagi mereka adalah untuk berhenti merokok. Khidmat Berhenti Merokok telah disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah Malaysia sebagai negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.
Analisa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan tren penurunan kes Demam Denggi sejak awal bulan Februari dan berterusan sehingga kini. Pada minggu ke-19 (iaitu dari 8 hingga 14 Mei 2016) kes Demam Denggi telah berkurangan sebanyak 0.3% di seluruh negara iaitu 1,325 kes berbanding 1,329 kes pada minggu sebelumnya. Walaupun terdapat penurunan kes secara keseluruhannya, namun terdapat tujuh (7) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu Johor (25.2%), Sabah (50.0%), Perak (28.1%), Kedah (88.9%), Sarawak (12.7%), Kelantan (14.3%) dan Negeri Sembilan (4.5%). Secara kumulatif dari Januari hingga 14 Mei 2016, jumlah kes Demam Denggi adalah 46,856 kes, berbanding 43,126 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 8.6% (3,730 kes).
Di samping itu, terdapat empat (4) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-19 berbanding tujuh (7) kematian yang dilaporkan pada minggu sebelumnya iaitu melibatkan tiga (3) kematian di negeri Selangor dan satu (1) kematian di Pahang. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 14 Mei 2016, adalah sebanyak 109 kematian berbanding 136 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, dengan peratusan pengurangan sebanyak 19.9% (27 kematian).
Selain daripada pengurangan kes Denggi, didapati lokaliti wabak dan hotspot juga menunjukkan pengurangan pada minggu ke-19 berbanding minggu sebelumnya. Peratusan lokaliti wabak berkurangan sebanyak 10.8% iaitu daripada 526 lokaliti pada minggu ke-18 kepada 469 lokaliti pada minggu ke-19. Manakala jumlah lokaliti hotspot didapati turut berkurangan daripada 92 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 75 lokaliti pada minggu ke-19. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan tiga (3) buah negeri iaitu di Selangor (63 lokaliti), Johor (11 lokaliti) dan Negeri Sembilan (1 lokaliti).
Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar- besaran di seluruh negara masih diteruskan untuk membendung peningkatan kes Demam Denggi yang kebiasaannya berlaku pada pertengahan tahun. Sejak mula dilaksanakan pada 11 April 2016 sehingga 16 Mei 2016, sebanyak 135,870 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 647 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun RM 323,500. KKM juga telah melakukan penutupan ke atas enam (6) tapak binaan daripada 140 tapak binaan iaitu empat (4) di Selangor dan dua (2) di Wilayah Persekutuan K.Lumpur & Putrajaya. Di samping itu, sembilan (9) kes telah dibawa ke mahkamah iaitu di Selangor (5 kes), Terengganu (2 kes) dan satu (1 kes) masing-masing di Wilayah Persekutuan K.Lumpur & Putrajaya serta Negeri Sembilan.
Baru-baru ini, negara jiran kita iaitu Singapura telah melaporkan satu kes import jangkitan virus Zika. Oleh kerana virus Zika ini adalah disebarkan oleh nyamuk Aedes yang merupakan vektor yang sama membawa virus Denggi, maka pihak masyarakat adalah diingatkan agar sentiasa membersihkan kawasan persekitaran rumah dan meluangkan masa setiap minggu untuk melaksanakan aktiviti cari dan musnah tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Pihak masyarakat juga diingatkan untuk mencegah gigitan nyamuk Aedes dengan memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang serta menggunakan repelan. Semburan aerosol juga boleh dilakukan di dalam rumah pada waktu nyamuk aktif menggigit iaitu dari jam 5 hingga 7 pagi dan 5 hingga 7 petang.
Secara global, situasi terkini jangkitan virus Zika oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 11 Mei 2016, menunjukkan sebanyak 58 buah negara telah melaporkan penularan jangkitan virus Zika. Saringan pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) masih diteruskan dan setakat ini tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika tersebut. Selain itu, sebanyak 472 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan didapati tiada sampel yang positif untuk jangkitan virus Zika.
Untuk mencegah komplikasi akibat jangkitan Denggi dan Zika ini, maka KKM juga ingin mengingatkan pihak masyarakat untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital dengan kadar segera sekiranya menghidap gejala dan tanda-tanda jangkitan penyakit berkenaan.
DEMAM DENGGI DAN PENCAPAIAN OPERASI PENGUATKUASAAN PEMBIAKAN AEDES DI MALAYSIA
Bagi Minggu 20/2016 (15 hingga 21 Mei 2016)
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang melaksanakan Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar-besaran di seluruh negara yang bermula pada 11 April 2016 bertujuan untuk membendung peningkatan kes Demam Denggi. Sejak mula dilaksanakan sehingga 22 Mei 2016, sebanyak 159,600 premis telah diperiksa di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 786 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM393,000. KKM juga telah melakukan penutupan ke atas tujuh (7) tapak binaan daripada 150 tapak binaan yang diperiksa iaitu empat (4) di Selangor, dua (2) di Wilayah Persekutuan K.Lumpur & Putrajaya dan satu (1) di Sarawak. Di samping itu, sepuluh (10) kes yang melibatkan tapak binaan telah dibawa ke mahkamah iaitu di Selangor lima (5) kes, Terengganu tiga (3) kes dan satu (1) kes masing-masing di Wilayah Persekutuan K.Lumpur & Putrajaya serta Negeri Sembilan. Operasi ini akan dilaksanakan selama dua bulan dan dijangka tamat pada 10 Jun 2016.
Hasil pemantauan KKM di seluruh negara pada minggu ke-20 mendapati tren kes Demam Denggi menunjukkan penurunan kes dari awal bulan Februari sehingga pertengahan bulan Mei 2016. Pada minggu lalu iaitu pada minggu ke-20 (dari 15 hingga 21 Mei 2016) sejumlah 1,244 kes Demam Denggi telah dilaporkan berbanding 1,325 kes pada minggu ke-19 iaitu pengurangan sebanyak 6.1%. Namun begitu, terdapat lima (5) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu WP Kuala Lumpur & Putrajaya (13.4%), Pulau Pinang (41.2%), Sabah (22.2%), Perak (14.6%) dan Perlis (100%). Secara kumulatif dari Januari hingga 21 Mei 2016, jumlah kes Demam Denggi yang dilaporkan adalah sejumlah 48,100 kes berbanding 45,070 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu peningkatan sebanyak 6.7% (3,030 kes).
Pada minggu ke-20, tiada kematian kes Denggi yang dilaporkan. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 21 Mei 2016 adalah sebanyak 109 kematian berbanding 136 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, iaitu pengurangan sebanyak 19.9% (27 kematian).
Selain daripada pengurangan kes mingguan Demam Denggi, didapati jumlah bilangan lokaliti wabak dan hotspot juga menunjukkan pengurangan berbanding minggu sebelumnya. Peratusan lokaliti wabak berkurangan sebanyak 12.0% (51 lokaliti) iaitu daripada 469 lokaliti pada minggu ke-19 kepada 418 lokaliti pada minggu ke-20. Manakala jumlah lokaliti hotspot didapati turut berkurangan daripada 75 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 73 lokaliti pada minggu ke-20. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan empat (4) buah negeri iaitu di Selangor (61 lokaliti), Johor (10 lokaliti) dan 1 lokaliti masing-masing di WP Kuala Lumpur & Putrajaya serta Sarawak.
Memandangkan pada masa ini adalah musim hujan yang diselang-seli dengan keadaan cuaca panas, ini akan meningkatkan lagi risiko penularan Demam Denggi disebabkan oleh pengumpulan air pada bekas-bekas yang sesuai untuk pembiakan nyamuk Aedes. Oleh itu, pihak masyarakat hendaklah memastikan kediaman masing-masing bebas daripada tempat pembiakan Aedes dengan meluangkan hanya 10 minit setiap minggu, untuk aktiviti cari dan musnah. Selain itu, bahan pembunuh jentik-jentik hendaklah digunakan terutama bagi bekas-bekas yang menakung air. KKM turut menasihatkan orang ramai untuk mendapatkan rawatan segera di klinik atau hospital sekiranya mempunyai gejala dan tanda-tanda Demam Denggi untuk mencegah komplikasi akibat penyakit tersebut.
ISU RESIDU RACUN PEROSAK GLYPHOSATE DALAM PRODUK MAKANAN BIJIRIN QUAKER OATS
Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu residu racun perosak glyphosate dalam produk makanan bijirin jenama Quaker Oats yang disiarkan melalui laman web Fox News dan New York Post serta menjadi viral di media sosial kebelakangan ini. Laman web tersebut melaporkan seorang pengguna di Brooklyn, Amerika Syarikat telah mengemukakan saman ke atas syarikat pengeluar makanan bijirin jenama Quaker Oats kerana syarikat tersebut didakwa menyembur glyphosate ke atas oat sebagai agen pengering sejurus sebelum oat dituai.
Glyphosate merupakan sejenis racun rumpai. Di bawah sub peraturan 41(3), Peraturan-Peraturan Makanan 1985, kadar maksimum residu glyphosate yang dibenarkan dalam makanan bijirin termasuk oats adalah 30mg/kg.
Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas produk makanan bijirin oat yang dijual di pasaran tempatan dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan glyphosate tidak dikesan.
Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna melalui penguatkuasaan yang bersungguh-sungguh dan berterusan demi memastikan tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan.
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
28 Mei 2016
From The New York Times: While the level of glyphosate, the active ingredient in the popular weed killer Roundup, detected in the oatmeal falls well below the limit set by federal regulators for human consumption, the lawsuit accuses Quaker of false advertising because it markets the oatmeal as “100% natural.” Read more here