Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Penjagaan Kesihatan bagi Orang Kurang Upaya

$
0
0

MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL

KESIHATAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) BIL. 1/2015

9 JULAI 2015 (KHAMIS) / 22 RAMADAN 1436

IMG_9392

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Kesihatan OKU pada hari ini merupakan mesyuarat tahunan. Bagi tahun 2015, aktiviti utama yang dirancang adalah selaras dalam dokumen KKM: Health Care for Person with Disabilities 2011-2020. Antara fokus utama tahun 2015 bagi kesihatan OKU adalah:

Screenshot 2015-07-09 12.02.28

  1. Pencegahan dan pengesanan awal kecacatan : fokus kepada pengesanan awal Autism Spectrum Disorder
  2. Pembangunan sumber manusia (soft skill) dalam pengendalian OKU – Manual berkaitan kesedaran ketidakupayaan (Disability Awareness Training) iaitu teknik pengendalian membantu klien OKU telah siap dan akan digunapakai kepada anggota kesihatan dan pihak yang menyediakan perkhidmatan kepada OKU.
  3. Perkukuhkan pelaksanaan Perkhidmatan Perubatan Rehabilitasi di kesihatan primer di mana sehingga kini, kesihatan primer mempunyai 297 Jurupulih Perubatan Fisioterapi dan 217 Jurupulih Perubatan Carakerja.
  4. Penggalakkan kajian : Soalan berkaitan ketidakupayaan (Washington Group on Disability Statistics Short Questionnaires on Disability) telah dimasukkan ke dalam National Health Morbidity Survey (NHMS) tahun 2015 di mana pengumpulan data bermula pada Mac – Jun 2015.
  5. Perluasan Perkhidmatan Perawatan Domisiliari (PPD) adalah antara inisiatif Pelan Transformasi Perkhidmatan Kesihatan.

Jawatankuasa ‘Quality Life Care’ bagi OKU, KKM di bawah Majlis Kebangsaan OKU telah menerima peruntukan untuk melaksanakan 2 aktiviti pada tahun ini. Aktiviti tersebut adalah:

  1. Tiga (3) siri Latihan Kesedaran Ketidakupayaan (Disability Awareness Training) bagi anggota kesihatan terutama anggota barisan hadapan dengan kerjasama Majlis Pemulihan Malaysia. Siri 1 telah selesai pada 1-3 Jun 2015 untuk Zon Tengah, manakala untuk Zon Borneo dan Zon Selatan akan diadakan pada bulan September-Oktober tahun ini,
  2. Bengkel Penggalakan Kajian Ketidakupayaan dan percetakan bibliography bagi Autism Spectrum Disorder (ASD) dengan kerjasama Institut Kesihatan Umum (IKU), KKM. Bibliography ASD telah diedarkan pada 10 April 2015.

Screenshot 2015-07-09 12.12.48Bagi perkembangan aktiviti penjagaan kesihatan OKU dalam Perkhidmatan Perawatan Domisilari (PPD) di Kesihatan Primer pula menunjukkan :

  1. Pewujudan pasukan asas (jururawat dan PPP) di 160 klinik kesihatan perlu diteruskan secara berperingkat. Ini selaras dengan Pelan Transformasi Kesihatan dan RMK 11. Pasukan ini akan memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan terutamanya pesakit/OKU yang terlantar di rumah selepas discaj dari hospital kerajaan. Sehingga kini, sebanyak 122 KK (64%) telah mempunyai pasukan asas PPD.
  2. Pencapaian Januari-Mac 2015 menunjukkan 359 kes telah menerima PPD, di mana seramai 223 (62%) kes strok, 18 (5%) kes Traumatic Brain Injury, 14 (4%) kes Spinal Cord Injury, 11 (3%) kes Cerebral Palsy, 18 (5%) kes kanser dan lain-lain kes 75 (21%). Majoriti pesakit yang menerima PPD adalah golongan warga emas 251 (70%).

Screenshot 2015-07-09 12.13.32

Tahun 2015 juga, merupakan platform bagi mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kepada golongan Autisme. Ini adalah susulan Sesi Dialog bersama YB Menteri Kesihatan berkaitan ASD tahun 2014 yang dihadiri oleh beberapa agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta ibubapa dengan anak ASD. Antara aktiviti yang sedang giat dijalankan :

  1. Indikator Peratus Kanak-kanak yang Disyaki Autisme Melalui Saringan Modified Checklist for Autism in Toddlers (M-CHAT) pada umur 18 bulan adalah antara KPI Ketua Pengarah Kesihatan pada tahun ini. Negeri diminta membuat pengesanan awal ASD bagi membolehkan intervensi awal dijalankan.
  2. Bekerjasama bersama PERMATA Kurnia, JPM dalam bengkel intensif kepada anggota kesihatan bagi memperkukuhkan kemahiran intervensi dalam membantu golongan ASD. Lapan (8) negeri telah selesai bengkel ini (Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, WP KL & Putrajaya, Selangor, Melaka dan Negeri Sembilan)
  3. Buku Clinical Practice Guidelines (CPG) ASD telah diedarkan ke negeri sebagai rujukan dan buku ini boleh dimuat turun melalui laman web KKM. Latihan Training of Trainers (TOT) kepada Negeri berkaitan CPG ASD akan dilaksanakan pada 5-6 Ogos 2015.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

9 Julai 2015

IMG_2015-07-09 11:51:14 IMG_2015-07-09 11:51:20 IMG_2015-07-09 11:51:27 IMG_2015-07-09 11:51:34 IMG_2015-07-09 11:51:40 IMG_2015-07-09 11:51:45 IMG_2015-07-09 11:51:52 IMG_2015-07-09 11:51:58 IMG_2015-07-09 11:52:04 IMG_2015-07-09 11:52:10 IMG_2015-07-09 11:52:16 IMG_2015-07-09 11:52:22



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles