Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 11 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

$
0
0

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

11 MEI 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 11 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 2,848 kes (408,236 kes kumulatif, 91.0%);
  • Kes baharu : 3,973 kes (448,457 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (1 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 3,968 kes [3,540 warganegara (89.2%); 428 bukan warganegara (10.8%)];
  • Kes aktif : 38,499 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :453 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 244 kes;
  • Kes kematian : 22 kes (1,722 kes kumulatif, 0.38%; 22 warganegara);
  • Jumlah kluster : 1,820 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 13 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,366 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 454 kluster.

Terdapat 22 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam (6) kes di Selangor, lima (5) kesdi Kelantan, tiga (3) kes di Johor, masing-masing dua (2) kes di Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Sarawak, Kedah, dan Pahang.

Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) DI SELURUH NEGARA BERMULA PADA 12 MEI 2021 SEHINGGA 7 JUN 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum dan menerima keputusan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara seperti yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, di mana Kerajaan akan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Meskipun begitu, KKM juga berasa berat hati kerana memikirkan kesannya kepada sektor-sektor lain yang terpaksa ditutup sementara, namun pendekatan ini terpaksa diambil Kerajaan memandangkan penularan COVID-19 didapati semakin meruncing di dalam negara. Dengan jumlah kes harian sekitar 4,000 kes, 38,499 kes aktif dan 1,722 kes kematian dilaporkan setakat 11 Mei 2021, Malaysia sedang berhadapan dengan kesinambungan gelombang ketiga COVID-19 yang boleh mencetuskan suatu krisis nasional.

KKM mengambil kesempatan ini untuk mengingatkan semua rakyat Malaysia untuk bersama-sama berganding bahu dalam usaha membendung penularan wabak COVID-19 di Malaysia. Kita mesti bersama-sama memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Duduklah di rumah dan sekiranya perlu keluar untuk urusan yang penting, patuhilah SOP yang ditetapkan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).

Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

11 Mei 2021 @ 5.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 11 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR1,328145,747
SABAH5059,003
JOHOR 384 (1)48,612
WP KUALA LUMPUR483 (4)47,701
SARAWAK 51236,321
PULAU PINANG18722,333
NEGERI SEMBILAN12620,026
KELANTAN  32117,751
PERAK14015,863
KEDAH17411,596
MELAKA798,168
PAHANG 855,951
TERENGGANU935,034
WP LABUAN32,491
WP PUTRAJAYA81,479
PERLIS0381
JUMLAH KESELURUHAN3,973 (5)448,457

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Ringkasan 22 kes kematian pada 11 Mei 2021 adalah seperti berikut:

No. KematianNegeriJantina (Warganegara)Umur (Tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1701KelantanLelaki (WN)63Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala KraiPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia
1702KelantanLelaki (WN)74Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok
1703JohorLelaki (WN)77Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1704KelantanPerempuan (WN)58Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota BharuPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1705SelangorLelaki (WN)61Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, dan buah pinggang kronik
1706JohorLelaki (WN)68Hospital Sultanah Aminah, Johor BahruPenyakit darah tinggi
1707SelangorLelaki (WN)73Hospital Sungai BulohPenyakit Parkinson
1708SabahPerempuan (WN)69Hospital TawauPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1709SarawakPerempuan (WN)63Hospital SibuPenyakit kencing manis
1710SelangorLelaki (WN)83Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit darah tinggi, strok, dan jantung
1711PerakLelaki (WN)78Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit darah tinggi dan jantung
1712PerakPerempuan (WN)64Hospital Raja Permaisuri Bainun, IpohPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, jantung, dan buah pinggang kronik
1713KedahLelaki (WN)63Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai PetaniPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1714WP Kuala LumpurLelaki (WN)87Pusat Perubatan Universiti MalayaPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan Parkinson
1715KelantanPerempuan (WN)76 Hospital Pasir MasPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia
1716JohorPerempuan (WN)80Hospital Sultan Ismail, Johor BahruPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1717KelantanPerempuan (WN)56Jenazah dibawa ke Hospital TumpatPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
1718PahangLelaki (WN)85Hospital Kuala LipisPenyakit kencing manis dan darah tinggi
1719SelangorLelaki (WN)74Hospital Tengku Ampuan Rahimah, KlangPenyakit kencing manis, darah tinggi, strok, asma, dan jantung
1720SelangorLelaki (WN)51Jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang
1721SelangorPerempuan (WN)31Jenazah dibawa ke Hospital AmpangPenyakit kencing manis dan Cerebral Palsy
1722WP Kuala LumpurLelaki (WN)67Hospital Kuala LumpurPenyakit kencing manis

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 3

Perincian 3,973 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 11 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR1,328118697513
SARAWAK51253353106
JOHOR38485223175
WP KUALA LUMPUR483472664166
PULAU PINANG1871559113
KELANTAN3214421463
NEGERI SEMBILAN126196839
KEDAH174488442
PAHANG85263722
PERAK140812831
MELAKA79402514
SABAH5073112
TERENGGANU93473313
WP PUTRAJAYA8071
WP LABUAN33
PERLIS0
JUMLAH KESELURUHAN3,9736332,12551,210

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 11 MEI 2021

No.Nama KlusterKategori KlusterNegeriDaerahJumlah KesJumlah Disaring
1Jalan Haji Abdul AzizKeagamaanSelangorKlang733
2Pauh LimaKeagamaanKelantanBachok dan Kota Bharu3050
3Jalan Dato SetiaKeagamaanJohorJohor Bahru17203
4Dah PenghuluKeagamaanKedahKuala Muda2742
5Jalan Utarid LimaTempat KerjaSelangorPetaling64367
6Jalan Sepuluh Industri MielTempat KerjaSelangorHulu Langat, Petaling, dan Gombak12190
7Jalan SerkamTempat KerjaMelaka dan JohorJasin, Melaka Tengah, dan Tangkak20157
8Kota WarisanInstitusi Pendidikan KPMSelangorSepang14493
9Jalan Lingkaran IlmuPendidikan TinggiJohorKulai13107
10Jalan MempelamInstitusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPMSelangorKuala Langat31105
11Bako HilirKomunitiSarawakKuching1862
12Banggol Gajah MatiKomunitiKelantanPasir Mas2860
13Dah Amanjaya 2Kumpulan Berisiko TinggiKedahKuala Muda, Sik, Yan, dan Kota Setar28102

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles