Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 22 September 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

$
0
0

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

22 SEPTEMBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 22 September 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 19,702 kes (1,917,088 kes kumulatif, 89.5%);
  • Kes baharu : 14,990 kes (2,142,924 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (2 warganegara; 3 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 14,985 kes [13,763 warganegara (91.8%);  1,222 bukan warganegara (8.2%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 1,115 kes (882 kes COVID-19; 233 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 618 kes (393 kes COVID-19; 225 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 5,354 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 4,048 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,306 kluster.

Daripada 14,990 kes harian yang dilaporkan pada hari ini,

  • 338 kes (2.3 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 14,652 kes (97.7 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman GitHub dan laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my.

KEPENTINGAN SISTEM PENGUDARAAN  DAN KUALITI UDARA DALAMAN YANG BAIK BAGI MEMBENDUNG PENULARAN COVID-19

Sejajar dengan Pelan Pemulihan Negara (PPN), Kerajaan akan melaksanakan inisiatif pembukaan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial dari semasa ke semasa mengikut fasa yang ditetapkan. Ini adalah petanda yang positif namun pada masa yang sama, Kerajaan sememangnya sentiasa menekankan agar pembukaan ini dijalankan secara terancang bagi membendung penularan COVID-19.

Sehubungan itu, aspek pengudaraan di semua jenis bangunan seperti tempat kerja, premis perniagaan, institusi pengajian, rumah ibadah, termasuk juga kediaman merupakan antara perkara penting yang perlu dilihat sebagai salah satu strategi bagi mencapai hasrat Kerajaan ini.

Secara umumnya, terdapat tiga (3) jenis pengudaraan yang terdapat di bangunan-bangunan termasuk premis perniagaan dan ruangan tempat kerja, iaitu;

  1. Pengudaraan secara semula jadi;
  2. Sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat); dan
  3. Sistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara berpusat).

Pengudaraan Secara Semula jadi

Bangunan yang mempunyai pengudaraan secara semula jadi mempunyai risiko yang rendah dalam penularan penyakit COVID-19 dan lain-lain penyakit bawaan udara. Ianya kerana ketumpatan virus yang berlegar di dalam udara membolehkan kesan jangkitan dapat dikurangkan melalui udara secara dilution.

Walau bagaimanapun, perkara-perkara berikut perlu dilakukan sekiranya ruangan tersebut menggunakan sistem pengudaraan secara semula jadi;

  • Buka lebih daripada satu tingkap atau pintu pada bahagian/dinding yang sama (single sided ventilation) sekiranya boleh, kecuali kualiti udara luar tidak baik seperti jerebu dan pencemaran udara yang lain, ataupun keadaan cuaca di luar tidak mengizinkan;
  • Tingkatkan pengudaraan silang (cross ventilation) dengan membuka tingkap atau pintu bahagian bertentangan dan pastikan pintu di dalam ruangan sentiasa terbuka;
  • Buka semua tingkap di dalam ruangan untuk meningkatkan pengudaraan dan pertukaran udara bersih yang lebih kerap; dan
  • Guna kipas untuk membantu meningkatkan peredaran udara dalaman.

Sistem Penyaman Udara Tanpa Pengudaraan Mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat)

Bagi premis atau ruangan dengan sistem penyaman udara tanpa pengudaraan mekanikal (sistem penyaman udara tidak berpusat), adalah disarankan agar premis dan ruangan tersebut;

  • Meningkatkan pengudaraan dalaman dengan membuka tingkap untuk membolehkan pertukaran udara bersih dengan lebih kerap ke dalam bangunan atau premis. Pastikan tingkap dibuka kecil sekiranya penghawa dingin digunakan;
  • Pasang kipas untuk menambah baik pergerakan udara;
  • Pasang kipas ekzos untuk meningkatkan pengudaraan dan pertukaran udara; dan
  • Amat digalakkan untuk menetapkan suhu antara 23°C hingga 26°C.

Sistem Penyaman Udara Dengan Pengudaraan Mekanikal (sistem penyaman udara berpusat)

Perkara yang perlu diambil perhatian khususnya oleh majikan, pemilik premis dan individu-individu bertanggungjawab bagi menjamin kualiti udara yang baik di dalam bangunan bersistem penyaman udara dengan pengudaraan mekanikal adalah;

  • Semua komponen dan kawalan sistem penyaman udara berpusat, Mechanical Ventilation and Air Conditioning (MVAC) ini hendaklah diselenggara dan berfungsi mengikut reka bentuknya. Seals penapis udara hendaklah dipantau bagi memastikan tiada udara melepasipenapis sedia ada dan penukaran penapis udara hendaklah mengikut frekuensi yang ditetapkan;
  • Meningkatkan pengudaraan udara bersih dari luar melalui bukaan outdoor air damper. Disable Demand Control Ventilation (DSV) di dalam sistem MVAC sekiranya ada;
  • Digalakkan supaya sistem MVAC beroperasi dengan pengambilan udara luar yang maksimum selama dua (2) jam sebelum dan selepas dihuni untuk mengeluarkan udara sedia ada (air flushing) di dalam premis tersebut;
  • Disarankan untuk menaiktaraf penggunaan penapis udara di Unit Pengendali Udara (Air Handling Unit) sedia ada kepada sekurang-kurangnya MERV-14;
  • Penggunaan alat pembersih udara dengan teknologi penapis udara jenis HEPA sebagai langkah tambahan di dalam sistem MVAC tersebut; dan
  • Sebarang pengubahsuaian dan pembaikan sistem MVAC sedia ada hendaklah mengambil kira keupayaan sistem sedia ada dan perlu dirujuk kepada MVAC Professional yang berkaitan.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan lain perlu dititik beratkan juga seperti menghadkan bilangan anggota dalam ruangan sempit, memastikan pematuhan pemakaian pelitup muka, dan menjaga penjarakan fizikal bagi mengurangkan jangkitan COVID-19.

Panduan lanjut berkenaan pengudaraan semasa pandemik COVID-19 boleh didapati daripada sumber-sumber berikut;

  • WHO Roadmap to Improve And Ensure Good Indoor Ventilation in The Context of COVID-19, Mac 2021 (https://www.who.int/publications/i/item/9789240021280); dan
  • (Guidance Note On Ventilation And Indoor Air Quality (IAQ) For Residential / Non-Residential / Public Area Setting During COVID-19 Pandemic) oleh Kementerian Sumber Manusia dan KKM. (https:// www. dosh. gov. my/index.php/ms/ ) 

  NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 September 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 22 SEPTEMBER 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIPURATA KES 7 HARI*KADAR INSIDEN **BILANGAN KES BAHARU (    ) ***BILANGAN KES KUMULATIF
SARAWAK3,106105.431,712 (1)188,843
SELANGOR2,11731.062,414 (3)664,022
JOHOR1,98349.851,880184,218
SABAH1,41434.381,199189,322
PULAU PINANG1,37975.551,224122,597
PERAK1,29172.791,49094,844
KELANTAN1,21760.931,573106,330
KEDAH1,00543.731,007128,551
TERENGGANU72655.0285250,188
PAHANG72227.4468859,091
WP KUALA LUMPUR37119.29338 (1)183,868
MELAKA25025.7331355,733
NEGERI SEMBILAN15112.9017096,053
PERLIS5721.42973,371
WP PUTRAJAYA2526.37305,956
WP LABUAN55.2039,937
MALAYSIA15,82246.2114,990 (5)2,142,924

*Tidak termasuk kes import A (luar negara) dan di Penjara/Lokap/Depot Tahanan Imigresen (DTI)

 **Purata kes 7 hari bagi setiap 100,000 penduduk

***Kes import

 LAMPIRAN 2

Perincian 14,990 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 22 September 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR2,414871,16531,159
JOHOR1,880119947 –814
SARAWAK1,712429221747
KELANTAN1,573571,056 –460
PERAK1,490297607 –586
PULAU PINANG1,22436358 –830
SABAH1,199720 –479
KEDAH1,00717590 –400
TERENGGANU8529691 –152
PAHANG688190399 –99
WP KUALA LUMPUR338151391183
MELAKA31345101 –167
NEGERI SEMBILAN17085 –85
 PERLIS9751 –46
WP PUTRAJAYA3019 –11
WP LABUAN31 –2
JUMLAH KESELURUHAN14,9909147,85156,220

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 3

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 22 SEPTEMBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Bakri Batu LapanTempat KerjaJohorMuar2238
2Industri Wawasan Sri Gading 16Tempat KerjaJohorBatu Pahat1661
3BendaharaTempat KerjaJohorKota Tinggi1030
4Jalan Sungai TerahTempat KerjaKelantanGua Musang1321
5Jalan SK Pasir PutehTempat KerjaKelantanPasir Puteh1029
6Jalan Ehsan Bandar JengkaTempat KerjaPahangMaran1972
7Batu Empat TapahTempat KerjaPerakBatang Padang, Hilir Perak, Perak Tengah, dan Kampar131882
8Jalan Bharu SatuTempat KerjaPerakKinta dan Perak Tengah17105
9Jalan Wan SiewTempat KerjaSelangorHulu Langat4267
10Industri Jalan Enam Olak LempitTempat KerjaSelangorKuala Langat2495
11Industri Persiaran Hamzah AlangTempat KerjaSelangorKlang20355
12Industri Lorong Sungai Puloh 1ATempat KerjaSelangorKlang2050
13Jalan KentTempat KerjaWP Kuala LumpurTitiwangsa1742
14Kampung Tok BetekKomunitiKelantanKota Bharu1523
15Kampung Sabak BaruKomunitiKelantanKota Bharu1216
16Kampung Buloh MelintangKomunitiKelantanPasir Mas913
17Kampung Kenjing HilirKomunitiKelantanPasir Mas810
18Kampung Batu Karang HuluKomunitiKelantanPasir Mas710
19Kampung Sungai GapoiKomunitiPahangBentong70211
20Kampung Sungai GabongKomunitiPahangBentong47235
21Air Panas GerikPendidikan LainPerakHulu Perak1520
22Bukit SalimPendidikan LainPerakLarut, Matang, dan Selama1620
23Kampung Pinang BaruPendidikan LainTerengganuDungun5875
24Bandar Damansara KuantanInstitusi Pendidikan Swasta Yang Berdaftar Dibawah KPMPahangKuantan26210
25Batu 13 Jalan Puncak BorneoPendidikan TinggiSarawakKuching2447
26Kampung Masjid TanjungKumpulan Berisiko TinggiPerakKinta2550

LAMPIRAN 4

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 21 SEPTEMBER 2021 

NEGERINILAI RT
 PAHANG1.05
 SARAWAK1.04
 TERENGGANU1.02
 PERAK1.01
 JOHOR0.99
 KELANTAN0.99
 PERLIS0.99
 PULAU PINANG0.96
 WP PUTRAJAYA0.96
 SABAH0.90
 KEDAH0.88
 MELAKA0.88
 SELANGOR0.87
 NEGERI SEMBILAN0.86
 WP KUALA LUMPUR0.83
 WP LABUAN0
MALAYSIA0.95

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles