Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar YB Menteri Kesihatan 13 April 2016: Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes Secara Besar-Besaran di Seluruh Negara pada 12 April 2016

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

 

OPERASI PENGUATKUASAAN PEMBIAKAN AEDES

SECARA BESAR-BESARAN DI SELURUH NEGARA

 PADA 12 APRIL 2016

12961371_826304064180180_2085673964104797704_oHasil aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan pada  11 April 2016 sehingga 12 April 2016 di seluruh negara mendapati, sebanyak 17,181 premis telah diperiksa dan 89  kompoun telah dikeluarkan terhadap premis yang membiak Aedes dengan nilai kompoun RM 44,500. Kesemua premis ini telah dikenakan nilai kompaun maksima iaitu RM 500 bagi setiap kompaun. Sebanyak 2 tapak binaan telah diperiksa tetapi tiada pembiakan Aedes ditemui.

Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes Besar Besaran  di seluruh negara yang bermula pada 11 April 2016 melibatkan semua negeri. Bilangan lokaliti yang terlibat dalam operasi ini adalah sebanyak 331 lokaliti iaitu negeri Kelantan (109 lokaliti), Selangor (62 lokaliti), Kedah (51 lokaliti), Terengganu (35 lokaliti), Johor (25 lokaliti), Negeri Sembilan (10 lokaliti), Sarawak (7 lokaliti), Perak (6 lokaliti), Pahang (6 lokaliti), Perlis (5 lokaliti), WPKL & Putrajaya (5 lokaliti), Sabah (4 lokaliti), Pulau Pinang (2 lokaliti), Melaka (2 lokaliti) dan WP Labuan ( 2 lokaliti).

Screen Shot 2016-04-13 at 16.37.26

Screen Shot 2016-04-13 at 16.37.36

Pemantauan KKM juga mendapati jumlah kumulatif kes Demam Denggi yang dilaporkan di seluruh negara dari Januari hingga 12 April 2016, adalah sebanyak 39,673 kes berbanding 36,065 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, peningkatan sebanyak 10.0% (3,608 kes). Di samping itu, jumlah kumulatif kematian Demam Denggi adalah sebanyak 90 kematian berbanding 113 kematian bagi tempoh sama tahun 2015 dengan peratus penurunan kematian Denggi sebanyak 20.4% (23 kematian).

KKM amat mengharapkan agar pihak masyarakat memberi kerjasama  dalam pelaksanaan operasi ini terutama dalam membenarkan anggota penguatkuasa memasuki rumah untuk melakukan pemeriksaan pembiakan Aedes. Di samping itu, KKM juga menasihatkan pihak masyarakat melakukan aktiviti cari dan musnah dan membersihkan kawasan premis masing-masing bagi mengelakkan jangkitan Demam Denggi dan memastikan premis mereka bebas dari pembiakan Aedes.

 

YB DATUK SERI DR. S.SUBRAMANIAM

MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

13 April 2016

 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles