Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 29 April 2016: Situasi Terkini Demam Denggi & Zika di Malaysia bagi Minggu 16/2016 (17-23 April 2016)

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 

SITUASI TERKINI

DEMAM DENGGI DAN ZIKA DI MALAYSIA

Bagi Minggu 16/2016 (17 hingga 23 April 2016)

Statistik Denggi terkini pada minggu ke-16 (17 April hingga 23 April 2016) menunjukkan terdapat pengurangan kes sebanyak 13.3% di seluruh negara iaitu 1,607 kes berbanding 1,854 kes pada minggu sebelumnya. Hanya lima (5) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu WP Kuala Lumpur & Putrajaya 32 kes (25.2%), Negeri Sembilan 10 kes (55.6%), Kelantan 6 kes (14.6%), Perlis 4 kes (100%) dan Pahang 2 kes (6.5%). Jumlah kumulatif kes Denggi dari Januari hingga 23 April 2016, menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 10.8% (4,165 kes) iaitu 42,682 kes bagi tahun ini, berbanding 38,517 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015.

Screen Shot 2016-04-28 at 09.21.58

Di samping itu, terdapat dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-16 iaitu di negeri Selangor. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 23 April 2016, adalah sebanyak 94 kematian berbanding 120 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 21.7% (26 kematian). Kedua-dua kes kematian Denggi ini melibatkan mereka yang berumur sekitar 30-an dan sebab kematian adalah akibat komplikasi Demam Denggi. Kedua-dua kematian ini berlaku di kawasan wabak dan pemeriksaan yang dijalankan di kawasan tempat tinggal kes kematian ini menunjukkan kadar pembiakan Aedes sekitar 3.0% iaitu melebihi sasaran 1% yang ditetapkan oleh KKM.

KKM juga mendapati peratusan lokaliti wabak juga menunjukkan penurunan sebanyak 10.0% iaitu daripada 744 lokaliti pada minggu ke-15 kepada 672 lokaliti pada minggu ke-16. Jumlah lokaliti hotspot didapati turut berkurangan daripada 145 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 136 lokaliti pada minggu ke-16. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan 6 buah negeri iaitu di Selangor (102 lokaliti), Johor (27 lokaliti), WPKL & Putrajaya, Sarawak dan Perak masing-masing 2 lokaliti dan Negeri Sembilan (1 lokaliti).

 

Screen Shot 2016-04-29 at 19.53.28
Dapatkan Aplikasi Mobile iDengue di Google Play Store dan Apple App Store

Screen Shot 2016-04-29 at 19.49.50

Click to view slideshow.

Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar- besaran di seluruh negara masih diteruskan dan sehingga 24 April 2016 terdapat 69,984 premis yang telah diperiksa. Sebanyak 390 bilangan kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM195,000. Sebanyak empat (4) tapak binaan ditutup daripada 106 tapak binaan yang diperiksa dan kesemuanya di Selangor. Di samping itu, tujuh (7) kes telah dibawa ke mahkamah iaitu di Selangor (5 kes) dan masing-masing satu (1 kes ) di Negeri Sembilan serta Terengganu.

KKM memandang serius isu pembiakan nyamuk Aedes di tapak binaan terutama yang berhampiran dengan kawasan perumahan. Pemaju atau kontraktor tapak binaan perlu menubuhkan pasukan kawalan pembiakan Aedes yang bertanggungjawab dalam mencari dan memusnahkan semua bekas-bekas yang berpotensi sebagai tempat pembiakan setiap minggu dan menjalankan aktiviti larvasid termasuk di rumah-rumah kongsi. Sekiranya tenaga kerja tidak mencukupi, pemaju atau kontraktor perlu melantik Syarikat Kawalan Makhluk Perosak untuk menjalankan kerja-kerja pemusnahan pembiakan nyamuk Aedes bagi pihak mereka. Garis Panduan Pengawalan Nyamuk Aedes Di Tapak-Tapak Pembinaan boleh dimuat turun di laman sesawang http://idengue.remotesensing.gov.my/idengue/content/SOP_constructionsite.pdf.

Secara global, situasi terkini jangkitan virus Zika oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 20 April 2016, menunjukkan sebanyak 66 buah negara telah melaporkan jangkitan virus Zika. Sehingga 23 April 2016, sebanyak 462 sampel telah diuji oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), namun tiada jangkitan virus Zika yang dikesan di negara ini. IMR telah menjalankan ujian bagi mengesan virus Zika daripada sampel darah 2 kes Guillain-Barré syndrome (GBS) dan 1 kes microcephaly. Keputusan ujian bagi ketiga-tiga kes ini adalah negatif.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

29 April 2016

13063176_10153415883251237_3883686059838935376_o



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles