Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 17 Mei 2016: Ops Puntung

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

OPERASI KHAS PERATURAN – PERATURAN KAWALAN HASIL TEMBAKAU (OPS PUNTUNG) SEMPENA SAMBUTAN HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2016

Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah menetapkan 31 Mei setiap tahun sebagai Hari Tanpa Tembakau Sedunia. Tema yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada tahun ini adalah “Get Ready for Plain Packaging”, manakala tema sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan adalah “Elak Dari Terpedaya; Merokok Membahayakan Kesihatan”. Matlamat sambutan adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa imej komersial yang ditunjukkan oleh syarikat rokok perlu dihentikan kerana ia memberi persepsi yang salah dan menyimpang daripada fakta sebenar kesan buruk merokok kepada kesihatan.

13173553_795719903862044_4776982646756560397_o

Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia pada tahun ini, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melancarkan operasi penguatkuasaan Peraturan- Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 Peringkat Kebangsaan bermula dari 12 Mei hingga 14 Mei 2016 yang dinamakan sebagai “Ops Puntung”.

Click to view slideshow.

Operasi bertujuan untuk menguatkuasakan peraturan larangan merokok di kawasan awam atau tumpuan orang ramai sepertimana kehendak perundangan di bawah Peraturan 11(1) PPKHT. Antara tempat tersebut adalah tempat makan atau kedai berhawa dingin, hentian pengangkutan awam, premis premis kerajaan dan kompleks membeli belah. Dalam masa yang sama, penguatkuasaan terhadap Peraturan 12 (1) dan 13 (1) juga dilaksanakan iaitu tanggungjawab pemunya premis mempamerkan tanda larangan merokok dan larangan merokok bagi orang belum dewasa.

“Ops Puntung”  telah dilaksanakan di kesemua negeri pada 12 dan 14 Mei 2016 yang lalu telah melibatkan 1,301 anggota. Sebanyak 989 notis kesalahan telah dikeluarkan di mana 974 notis dikeluarkan untuk kawasan larangan merokok dan 15 notis adalah untuk selain daripada kawasan merokok. Daripada operasi yang dijalankan, kesalahan merokok di tempat larangan banyak dikesan di kompleks membeli belah iaitu 255 (26.2%) kesalahan, diikuti lain – lain tempat iaitu premis kerajaan sebanyak 194 (19.9%) kesalahan, kawasan hospital/klinik sebanyak 86 (8.8%) kesalahan, lapangan terbang sebanyak 77 (7.9%) kesalahan, pawagam sebanyak 35 (3.6%) kesalahan dan kawasan rehat dan rawat sebanyak 31 (3.2%) kesalahan. Manakala penguatkuasaan di kawasan larangan merokok di bawah kawasan yang diwartakan menghasilkan 17 notis kesalahan di Melaka. Jumlah nilai kompoun ditawarkan adalah RM 245,350.00. Hasil keseluruhan operasi adalah seperti di Lampiran 1.

Screen Shot 2016-05-17 at 16.12.57

13227028_798714990229202_9032171027063792436_n

“Ops Puntung” seperti ini akan sering dijalankan secara rutin dan bersepadu. Ianya diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai beberapa peruntukan undang-undang yang sedia wujud bagi mengawal kegiatan merokok di negara ini. Para perokok dinasihati agar sentiasa menghormati undang undang dan prihatin terhadap kesan bahaya asap rokok pasif kepada orang sekeliling. Pilihan terbaik bagi mereka adalah untuk berhenti merokok. Khidmat Berhenti Merokok telah disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Marilah kita bersama-sama berusaha ke arah Malaysia sebagai negara yang bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 17 Mei 2016

 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles