Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 5 Oktober 2016 – Status Terkini Kluster Jangkitan Rotavirus di Perak, Kedah dan Pulau Pinang

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan sehingga 4 Oktober 2016, jam 12.00 tengahari, jumlah kumulatif kes acute gastroenteritis (AGE) dengan sejarah pendedahan di sebuah resort di Bukit Merah pada 24 September 2016 adalah 70 orang; iaitu 26 kes di Kedah, 30 kes di Perak dan 14 kes di Pulau Pinang. Kes berumur dalam lingkungan 9 bulan ke 53 tahun. Daripada jumlah ini, sebanyak 30 kes (42.9%) disahkan positif Rotavirus (Perak sebanyak 6 kes, Kedah sebanyak 16 kes dan Penang sebanyak 8 kes). Kesemua kes dilaporkan dalam keadaan stabil dan tiada kematian dilaporkan. Sehingga hari ini, hanya 14 kes masih dirawat di hospital kerajaan dan swasta.

Keputusan baki klorin dari tujuh (7) lokasi persampelan yang dibuat pada 28 September 2016 mendapati hanya tiga (3) lokasi sahaja yang mempunyai paras baki klorin yang mencukupi iaitu melebihi 0.5 ppm. Piawaian baki klorin dalam air kolam renang awam yang ditetapkan dalam Garispanduan Kolam Renang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah 0.5 ppm hingga 1.5 ppm.

Keputusan kehadiran rotavirus bagi sampel air yang diambil pada 29 dan 30 September 2016 di tujuh (7) lokasi persampelan di resort berkenaan mendapati kesemuanya negatif Rotavirus. Ini mungkin kerana tindakan pada 24 September 2016 iaitu aktiviti pengklorinan air serta pencucian sebelum persampelan air oleh KKM dilakukan, boleh menyahkan Rotavirus.

slide003slide005

Pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak masih meneruskan pemantauan aktiviti pencucian kolam seperti draining, cleaning, flushing dan backwash agar ia dilakukan dengan sempurna. Kolam-kolam ini masih ditutup di bawah Seksyen 18 (1) (d) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) sehingga JKN Perak berpuas hati dengan tindakan pembersihan yang telah dijalankan dan ia tidak akan memudaratkan kesihatan awam.

KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai agar tidak membawa anak-anak yang mempunyai gejala AGE ke kolam renang awam. Ibu bapa juga dinasihatkan untuk memastikan anak-anak kecil tidak mandi di kolam dengan memakai lampin pakai buang. Lampin pakai buang yang telah digunakan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. Orang ramai juga dinasihatkan agar makan makanan dan minum air yang bersih dan selamat. Di samping itu, pastikan juga membasuh tangan setiap kali selepas menggunakan tandas, menukar lampin anak dan sebelum makan.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

5 Oktober 2016



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621