Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 20 November 2016 – Isu Susu Mentah Diminum Terus Tanpa Perlakuan Haba

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum bahawa terdapat penjualan susu mentah untuk diminum terus tanpa perlakuan haba. KKM mendapat maklumat pihak tertentu mempromosikan susu mentah yang tidak dikenakan perlakuan haba dengan menyatakan kawalan rantaian sejuk adalah dikekalkan dan susu tersebut adalah selamat  untuk diminum terus.

whatsapp-image-2016-11-20-at-1-00-24-pm

KKM  ingin menegaskan  bahawa  meminum susu mentah termasuk susu lembu dan kambing tanpa perlakuan haba seperti pendidihan atau pempasteuran boleh meningkatkan risiko seseorang mengalami jangkitan penyakit seperti bovine tuberculosis (bovine TB) dan brucellosis kerana susu mentah boleh mengandungi bakteria  berbahaya seperti mycobacterium bovis dan brucella.  Di samping itu juga, meminum susu unta mentah tanpa perlakuan haba seperti pempasteuran disyaki menjadi punca jangkitan penyakit Middle East Respiratory Syndrome (MERS) dalam beberapa kes kerana susu mentah berkenaan berkemungkinan mengandungi virus MERS-CoV. Penyakit-penyakit ini boleh membawa maut.

Penjualan susu mentah tanpa perlakuan haba adalah satu kesalahan di bawah Peraturan 51(1A), Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan  2009, Akta Makanan 1983 yang akan berkuatkuasa mulai 1 Disember 2016 dan sesiapa yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 5 tahun.

dd

KKM menyeru orang ramai supaya tidak meminum terus susu mentah  tanpa perlakuan haba. Sekiranya membeli susu mentah, orang ramai hendaklah mendidihkan susu tersebut sebelum meminumnya. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan   

20 November 2016



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621