Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Majlis Pelancaran Program Ikon Gigi (iGG) Kebangsaan 4 Disember 2016 Dewan Tun Perak, LHDN Melaka

$
0
0

Program iGG telah dimulakan di Melaka Bandaraya Bersejarah pada bulan Mei 2016 dengan 30 orang sukarelawan dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang. Para ikon ini diberi latihan terlebih dahulu berpandukan modul penjagaan kesihatan pergigian. Walau bagaimanapun, ikon pergigian ini masih dibimbing dan dipantau oleh fasilitator yang terdiri daripada Pegawai Pergigian. Hasilnya, semenjak program ini dimulakan, iGG begitu bersemangat menyebarkan promosi kesihatan pergigian dalam kelompok mereka sendiri.

15271816_10153931978171237_1074896244671359597_oUsaha ini terus diperkukuhkan apabila Bahagian Kesihatan Pergigian Negeri Terengganu telah melatih seramai 30 orang sukarelawan di Negeri Terengganu yang sebahagiannya dapat turut hadir bersama-sama kita pada majlis pada pagi ini. Negeri Kelantan juga sedang giat berusaha untuk melatih kohort ketiga kumpulan iGG. Justeru, dengan pertambahan jumlah iGG ini, adalah diharapkan agar objektif majlis pelancaran program iGG tercapai dengan jayanya iaitu untuk mewar-warkan kepada masyarakat akan kewujudan program ini dan sekali gus menarik perhatian kelompok komuniti untuk menjadi sukarelawan. Ini secara langsung akan menjadikan iGG sebahagian dari keluarga pergigian. Tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan iGG!

Sesungguhnya, promosi kesihatan melibatkan bukan hanya aktiviti penyebaran maklumat tetapi juga membabitkan keupayaan untuk mempengaruhi aktiviti-aktiviti individu, kumpulan masyarakat, pihak majikan atau pihak berkuasa tempatan. Pelbagai medium promosi mengikut masa telah dimanfaatkan bersesuaian dengan kumpulan sasaran. Diharapkan dengan adanya program iGG ini, penyampaian maklumat kesihatan pergigian akan lebih berkesan dan meluas kerana hanya ikon yang dapat memahami masyarakat sekelilingnya dengan lebih dekat.

15304549_10153931979486237_8396933524228162595_o 15289296_10153931979656237_7825666748674729666_o 15304461_10153931978681237_7183330962964772162_o



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles