Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 7 Januari 2017 – Isu Penyebaran Maklumat Di Media Sosial Mengenai Human Immunodeficiency Virus di dalam Buah-Buahan dalam Tin daripada Thailand

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum berita yang tersebar di media sosial berkaitan Human Immunodeficiency Virus (HIV) dalam buah-buahan dalam tin daripada Thailand. KKM ingin memaklumkan bahawa perkara ini adalah tidak berasas.

whatsapp-image-2017-01-07-at-8-44-28-pm

HIV adalah virus yang hidup dalam cecair badan dan tidak boleh hidup dalam makanan dalam tin yang telah melalui proses rawatan haba pada suhu tinggi. KKM juga telah mendapat pengesahan dari pihak kedutaan Thailand di Malaysia bahawa berita tersebut adalah tidak berasas. Walau bagaimanapun, KKM sentiasa mengawal semua produk makanan import untuk memastikan makanan adalah selamat.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

7 Januari 2017



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles