Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 28 Januari 2017 Makan Secara Sihat di Tahun Baru Cina

$
0
0

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting kaum Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar Cina. Tahun Baru Cina juga merupakan antara perayaan utama di Malaysia dan disambut berbilang bangsa melalui aktiviti kunjung-mengunjung. Aktiviti kunjung-mengunjung ini juga tidak akan lengkap tanpa hidangan pelbagai juadah yang enak dan istimewa. Seperti juga semasa hari-hari perayaan yang lain, sudah semestinya kita akan disajikan dengan pelbagai jenis makanan yang lazat dan sering kali ianya mungkin kurang sihat kerana mengandungi kandungan lemak, minyak, garam dan juga gula yang tinggi.

15380566_10153940775121237_8823829613357204578_n

Di kesempatan ini pihak Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengingatkan rakyat Malaysia supaya sentiasa peka dan mengamalkan makan secara sihat semasa meraikan perayaan ini. Ambil peluang sempena permulaan tahun baru ini untuk terus mengamalkan makan secara sihat. Cara yang paling mudah adalah dengan mengamalkan konsep Pinggan Sihat melalui pendekatan ‘SukuSukuSeparuh’. Pinggan Sihat Malaysia Malaysia menyarankan supaya suku bahagian pinggan diisi dengan sumber bijirin seperti nasi, roti atau mi; suku bahagian lagi diisi dengan sumber protein seperti ikan, ayam, daging dan kekacang, sementara separuh bahagian pinggan diisi dengan sayur dan buah. Melalui konsep Pinggan Sihat ini diharap rakyat Malaysia dapat memastikan pengambilan yang seimbang dan sihat semasa meraikan Tahun Baru Cina!

Pesanan saya untuk rakyat Malaysia, amalkan konsep ‘SukuSukuSeparuh’ setiap kali anda menjamu selera. Semoga di tahun ini, kita akan lebih sihat, harmoni dan bahagia. Selamat Menyambut Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

28 Januari 2017

0dab137d-e2d0-4c2b-9607-5a5e4f6fe61d



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles