Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KKM 8 Februari 2017- Kejadian Gas Bocor Di Hospital Teluk Intan

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengesahkan kejadian kebocoran gas LPG di makmal Hospital Teluk Intan, Perak. Kejadian dikesan berlaku pada jam 10:25 pagi apabila kakitangan makmal terhidu bau gas di dalam makmal Patologi. Pihak syarikat konsesi Edgenta telah menutup injap LPG dengan serta merta setelah menerima laporan daripada kakitangan makmal.

whatsapp-image-2017-02-08-at-2-30-13-pm

Pihak hospital telah mengarahkan pelan evakuasi serta merta dan semua staf makmal patologi telah diarahkan berkumpul di tempat berkumpul yang disediakan di luar makmal mengikut protokol yang ditetapkan. Pihak Bomba Teluk Intan yang tiba di makmal tersebut pada jam 10:48 pagi telah melakukan pemeriksaan menyeluruh dan mengesahkan terjadinya kebocoran gas LPG. Setelah menjalankan tindakan menyahkan gas dari kawasan dalam bangunan yang telah mengambil masa 1 jam, pihak bomba telah membenarkan kakitangan memasuki semula makmal pada pukul 11:40 pagi. Makmal telah kembali beroperasi setelah disahkan kawasan makmal adalah benar-benar selamat oleh pihak Bomba. Punca sebenar kebocoran gas ini telah disiasat dan tindakan pembaikpulih telah dijalankan pada petang yang sama.

Tahniah diucapkan kepada kakitangan dan pihak pengurusan hospital, Edgenta serta Bomba atas tindakan pantas mereka menangani kejadian ini. Tiada sebarang kebakaran atau kemalangan dilaporkan, dan semua kakitangan yang terlibat tidak mengalami sebarang simptom keracunan gas.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

8 FEBRUARI 2017



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles