Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 26 Februari 2017 – Penguatkuasaan Pendidikan Di Taman Awam Sebagai Tempat Dilarang Merokok

$
0
0

Susulan daripada pewartaaan Taman Awam sebagai tempat dilarang merokok di bawah peraturan 11(w), Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) Pindaan Peraturan 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaksanakan penguatkuasaan pendidikan di seluruh taman-taman awam di Malaysia. Tujuan penguatkuasaan pendidikan ini adalah untuk memberikan amaran kepada masyarakat bahawa aktiviti merokok adalah menjadi kesalahan di semua kawasan taman-taman awam kecuali tempat letak kereta terbuka. Aktiviti penguatkuasaan pendidikan ini melibatkan seramai 4,504 orang Pegawai Penguatkuasa Kesihatan Persekitaran Kementerian Kesihatan dan dijalankan di seluruh Malaysia secara berterusan.

16836281_838537306284175_2870559064377354586_o

16804240_838537362950836_8556912649544378303_o

17015894_838537436284162_3065936832785759643_o

Pada hari ini aktiviti ditumpukan di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur yang melibatkan 68 orang Pegawai Penguatkuasa Kesihatan Persekitaran Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Setiap pengunjung akan diberikan risalah berkaitan larangan ini dan amaran bertulis akan diberikan kepada pengunjung yang didapati melanggar peraturan ini.

Aktiviti juga melibatkan kerjasama dari beberapa agensi lain seperti Majlis Kawalan Tembakau Malaysia, Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur, Taman Burung Kuala Lumpur, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur dan Unit Local Agenda 21 Kuala Lumpur. Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana agensi dan golongan masyarakat di dalam memperkasakan peraturan ini. Oleh itu, semua pengunjung-pengunjung Taman Awam  adalah diingatkan untuk mematuhi peraturan ini dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda sebanyak RM10, 000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

26 FEBRUARI 2017

 photo_2017-02-26_20-21-38

 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles