Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 17 Mac 2017 – Keracunan Makanan di Sekolah Agama Seri Berkat, Kampung Semerah Darat, Batu Pahat, Johor

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius kejadian keracunan makanan yang melibatkan 11 orang pelajar berumur 7 hingga 9 tahun dari Sekolah Agama Seri Berkat, Kg Semerah Darat, Batu Pahat, Johor pada 14 Mac 2017. Kesemua pelajar telah mengalami gejala muntah dan pening setelah mengambil makanan ringan jenis puding yang dibungkus dalam bekas berbentuk tiub ubat gigi yang dijual di kantin sekolah tersebut. Kesemua pelajar yang telah dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Semerah. Setakat ini tiada pelajar lain dari sekolah tersebut yang mengadu gejala yang sama.

Hasil siasatan awal KKM mendapati makanan ringan tersebut diimport dari negara China dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan ringan jenis puding yang dibungkus dalam bekas berbentuk tiub ubat gigi sehingga siasatan oleh pihak KKM selesai. Sekiranya orang ramai merasa ragu-ragu dengan status keselamatan makanan yang dijual di pasaran, mereka boleh menghubungi KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat, atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq/.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

17 Mac 2017



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles