Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 3 April 2017 – Isu Kehadiran Tikus di Pasaraya AEON, One Utama, Petaling Jaya, Selangor

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada isu penutupan bahagian grocery Pasaraya Aeon, One Utama, Petaling Jaya, Selangor kerana kehadiran tikus yang menjadi tular melalui media sosial. Kementerian Kesihatan ingin mengesahkan bahawa bahagian grocery pasaraya tersebut telah ditutup oleh Kementerian Kesihatan di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 pada 31 Mac 2017 untuk tempoh empat belas hari kerana kehadiran tikus. Walau bagaimanapun, premis tersebut boleh beroperasi semula lebih awal sekiranya pemeriksaan semula kebersihan premis oleh KKM mencapai tahap memuaskan.

tikus aeon

KKM sentiasa menjalankan pemeriksaan premis makanan secara rutin. Dari tahun 2012 hingga 2016, KKM telah menjalankan  635,439 pemeriksaan premis makanan di seluruh negara. Hasil pemeriksaan  tersebut sebanyak 15,731 premis makanan tidak bersih telah ditutup di bawah Seksyen 11, Akta Makanan 1983 termasuk kerana kehadiran tikus. Di samping itu, sejak Julai 2013 hingga 2016 sebanyak 24,266 kompaun telah dikeluarkan terhadap pengusaha makanan yang gagal mematuhi keperluan kebersihan makanan. KKM akan meneruskan pemeriksaan premis makanan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan makanan.

KKM memandang serius semua perkara berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau  Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat sebarang aduan berkaitan kebersihan dan keselamatan makanan.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

3 April 2017



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles