Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 23 Oktober 2017 – Isu Susu Formula Bayi Didakwa Salah Label

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Infant formula mislabeled” yang disiarkan melalui laman sesawang https://www.news.gov.hk pada 20 Oktober 2017. Laporan tersebut menyatakan the Centre for Food Safety, Hong Kong mendapati kandungan vitamin B3 dalam sampel tin susu formula bayi iaitu “The Similac 2 follow-up formula 2” dari negara Ireland tidak konsisten dengan nilai yang diisytiharkan pada label pemakanannya di mana kandungan yang sebenar adalah 1.3mg per 100g berbanding 3.8g per 100g yang diyatakan pada label tin produk tersebut. Produk susu formula yang terlibat mempunyai berat bersih 400g setiap tin, nombor batch 63281NT dan tarikh luput pada 11 Mac 2018.

 

Screen Shot 2017-10-23 at 6.15.23 PM

Berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM), tiada pengimportan bagi produk berkenaan daripada negara Ireland ke negara ini.

Dalam hal ini, pihak Syarikat Abbott iaitu pengilang produk “Similac” telah mengesahkan bahawa produk yang terlibat tidak dieksport ke Malaysia.

Semua makanan yang diperbuat atau diimport ke negara ini perlu mematuhi peruntukan di bawah Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Sehubungan itu, adalah menjadi tanggungjawab pihak yang terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

23 OKTOBER 2017

 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles