Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Isu Beras Palsu: KKM sentiasa Pantau Keselamatan Makanan

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN

 

ISU BERAS PALSU DI PASARAN

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu beras palsu yang tersebar di media sosial sejak sebulan yang lalu yang didakwa dihasilkan di negara China. Terbaru, terdapat dakwaan bahawa sebuah kilang beras di negeri Kedah turut menghasilkan beras palsu.

Berdasarkan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan pada 21 Mei 2015, majoriti beras yang diimport oleh negara ini adalah daripada negara Vietnam, Thailand dan Pakistan, sebagaimana dimaklumkan oleh Padiberas Nasional Berhad (BERNAS). Pengimportan beras daripada negara China adalah terlalu kecil iaitu kurang daripada 0.01% berbanding jumlah import keseluruhan beras iaitu 800,000 tan metrik setahun dan ia adalah berdasarkan permintaan untuk kegunaan di restoran makanan Jepun dan Korea di negara ini.

Hasil pemantauan Kementerian Kesihatan ke atas perkara ini, didapati dakwaan bahawa sebuah kilang beras di negeri Kedah menghasilkan beras palsu adalah tidak berasas.

beras-palsu

Dengan penjelasan ini, orang ramai tidak perlu khuatir kerana aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan keselamatan makanan sentiasa dijalankan bagi memastikan makanan di pasaran adalah selamat. Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan di pasaran, pengguna boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan melalui Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia

27 Jun 2015    



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles