Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK: Kejadian Jerebu di Malaysia & Nasihat Kesihatan

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

KEJADIAN JEREBU DI MALAYSIA DAN NASIHAT KESIHATAN

Screen Shot 2015-10-21 at 05.39.04

Gambar daripada pengguna Twitter yang risau dengan ‘jerebu kuning’ yang melanda negara. Sumber: Malay Mail Online

  1. Jerebu melanda semula bermula dari hari Sabtu 17 Oktober 2015. Sehingga jam 8 malam pada 20 Oktober 2015, dua puluh tujuh (27) kawasan direkodkan bacaan IPU tidak sihat (101-200), dua puluh tiga (23) kawasan direkodkan bacaan IPU sederhana (51-100) dan tiada (0) kawasan direkodkan bacaan IPU sihat (kurang 50). Bacaan IPU Pelabuhan Klang adalah yang tertinggi dengan bacaan (181).
  1. Isu mengenai mengenai jerebu kuning di kawasan Shah Alam dan Klang semalam yang telah diviralkan mengatakan ia beracun walaupun IPU masih di bawah 200. Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah mengeluarkan kenyataan media semalam mengenai isu “jerebu kuning”. Hasil pemantauan JAS sepanjang musim jerebu ini mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida (CO) adalah rendah dan kurang dari “Recommended Malaysia Air Quality Guidelines” iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam). Oleh itu, ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning.

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia menggesa supaya semua penganjuran majlis atau aktiviti hendaklah mengelakkan aktiviti di luar bangunan sekiranya bacaan IPU melebihi 100. Jika sambutan yang melibatkan aktiviti luar ini telah dirancang sebelum kejadian jerebu berlaku, maka KKM menasihatkan agar ia ditangguhkan atau dibatalkan sehingga bacaan IPU adalah baik. Jika masih perlu diadakan, adalah dinasihatkan agar majlis atau aktiviti tersebut diadakan di dalam bangunan (indoor).

12115943_10153059765446237_6700578398723339311_n

  1. Sehubungan dengan keadaan berjerebu ini, KKM sekali lagi ingin menasihatkan orang ramai supaya mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu termasuklah mengurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, sentiasa cuba berada di dalam bangunan (indoor) dan jika terpaksa berada di luar, gunakan penutup hidung dan mulut (mask) yang sesuai.
  1. Sila pastikan udara di dalam rumah/bangunan sentiasa bersih dengan mengurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Apabila memandu, gunakan pendingin hawa dengan memilih operasi (mode) kitaran udara dalaman. Banyakkan minum air kosong (sekurang-kurangnya 8 gelas sehari). Basuhlah tangan dan muka dengan sabun dan air bersih selepas melakukan/menghadiri aktiviti luar.
  1. Selain dari itu jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara (air filter/purifier) di rumah. Penapis udara yang berkecekapan yang lebih tinggi adalah lebih baik kerana ia boleh menghalang kebanyakan partikel halus yang berkaitan dengan asap dan seterusnya boleh mengurangkan jumlah pencemaran udara dari luar rumah masuk ke dalam rumah.
  1. Bagi mereka yang mengalami gejala dan tanda seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan bertambah teruk.

12108250_1076132459077308_724362425170786447_n

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia juga ingin menasihatkan orang awam supaya peka dengan keadaan semasa dan mendapatkan maklumat terkini dari media massa dan laman sesawang mengenai bacaan IPU.
  1. Orang awam boleh mendapatkan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu menerusi laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia www.infosihat.gov.my atau www.moh.gov.my (info kesihatan).

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21   Oktober 2015



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles