Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 9 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

$
0
0

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Terkini, KKM ingin memaklumkan bahawa sehingga 9 Mac 2020, jam 12 tengah hari, terdapat 18 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dilaporkan. Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya.

KKM ingin memaklumkan satu kes (kes ke-101) yang dikesan di kalangan Patient Under Investigation (PUI) telah dilaporkan melibatkan seorang lelaki yang baru pulang dari Iran. Kes bersama dengan rakan perniagaan beliau telah ke Iran pada 20 Februari sehingga 27 Februari 2020. Kes telah dikesan bergejala pada 5 Mac 2020 dan kes telah disahkan positif COVID-19 pada 8 Mac 2020. Kini, kes telah dirawat dan dimasukkan ke wad isolasi Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan.

Dengan pertambahan 18 kes baharu ini, menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 117 kes. Daripada jumlah ini sebanyak 19 kes dikesan di kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, 96 kes dari kalangan kontak rapat dan dua (2) lagi kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan. Dua kes yang dilaporkan berada di Unit Rawatan Rapi semalam, masih lagi dirawat di Unit Rawatan Rapi dan masih memerlukan bantuan alat pernafasan.

Untuk makluman semua, kes-kes bagi gelombang kedua yang dilaporkan ini (bermula kes ke-23 sehingga kes ke-117), hanya enam (6) kes sahaja yang dilaporkan dari kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara. Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai perkaitan antara sama lain.

Di samping itu, KKM juga telah menjalankan survelan COVID-19 bagi mengesan kes terpencil atau sporadik di Malaysia melalui pesakit influenza-like-illness (ILI) dan severe acute respiratory infection (SARI) yang tiada kaitan dengan sejarah perjalanan ke negara-negara yang terjejas atau kontak dengan kes positif COVID-19. Sehingga 9 Mac 2020, sebanyak 574 sampel telah diuji dan setakat ini tiada sampel dikesan positif jangkitan COVID-19. Berdasarkan maklumat semasa, buat masa ini tiada kes sporadik COVID-19 yang dikesan melalui aktiviti survelan ini.

PENGAMBILAN SAMPEL COVID-19 DI RUMAH

Untuk makluman, KKM telah berkolaborasi dengan pihak swasta bagi perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 di rumah. Dengan kolaborasi ini, orang awam yang tidak mempunyai gejala boleh menjalani ujian COVID-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan. Orang awam boleh mendapatkan perkhidmatan ini dengan melawat laman web/memuatnaik aplikasi berkaitan bagi menentukan masa lawatan ke rumah bagi tujuan pengambilan sampel. Walau bagaimanapun, perkhidmatan pengambilan sampel COVID-19 ini akan dikenakan caj oleh pihak syarikat swasta berkenaan.

WhatsApp Image 2020-03-09 at 10.08.08 AM

NASIHAT KESIHATAN

  1. KKM in menasihatkan orang awam tentang kepentingan penjagaan kesihatan diri yang baik dan sekiranya bergejala, elakkan dari mengunjungi ke tempat-tempat awam. Dua kaedah mudah ini telah terbukti mampu mengurangkan penularan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh titisan sekresi pernafasan (respiratory droplet) dalam kalangan komuniti. Kaedah ini juga merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh negara China semasa menghadapi wabak COVID-19 di negara mereka dan kaedah ini merupakan salah satu penyumbang pengurangan kes COVID-19 di China.
  1. Penjagaan kebersihan diri yang baik adalah seperti sentiasa mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi seperti kerap mencuci tangan dengan air dan sabun, atau menggunakan hand sanitizer dan segera dapatkan rawatan perubatan sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, batuk mahupun kesukaran untuk bernafas.
  1. KKM ingin menasihatkan orang ramai agar menangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah-wilayah atau bandar-bandar yang diisytiharkan sebagai kawasan wabak COVID-19 di Republik Rakyat China, Republik Korea, Jepun, Itali dan Iran (seperti yang dimaklumkan sebelum ini).
  1. Orang awam juga diingatkan untuk tidak menyebarkan berita atau maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian COVID-19 ini. Maklumat terkini berkenaan perkembangan semasa kejadian COVID-19 boleh didapati daripada laman sesawang KKM; moh.gov.my

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan COVID-19 dari semasa ke semasa dan orang awam akan sentiasa dimaklumkan mengenainya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

9 Mac 2020 @ 4:00 petang

swasta

____________________________________________________________________________________________

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status in Malaysia

9 March 2020, 12 pm – A total of 18 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH. They have all been identified and isolated for further management. Investigation and identification of close contacts for testing are currently ongoing.

MOH wishes to inform that Case 101 was detected amongst Patient Under Investigation (PUI). He has a history of travelling to Iran with a business colleague from 20 to 27 February 2020. He developed symptoms on 5 March 2020 and tested positive on 8 March 2020. He was admitted to the isolation ward in Tuanku Jaafar Hospital, Negeri Sembilan for further management.

With these additional 18 cases, cumulatively there are now 117 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Of these, 19 cases were amongst Patients Under Investigation (PUI), 96 cases amongst close contacts, and two (2) amongst evacuees of the Humanitarian Assistance missions. The two (2) cases that were reported yesterday to be in the intensive care units (ICU) are still in the ICU requiring ventilation support.

Of all confirmed cases reporting during this second wave of COVID-19 infection in Malaysia (Cases 23 to 117), only six (6) cases were reported amongst PUI with histories of travelling overseas. Whereas the remaining cases were from a cluster of close contacts or history of close contact with each other.

MOH is also conducting COVID-19 surveillance to detect sporadic and local cases in Malaysia through patients with influenza-like-illness (ILI) and severe acute respiratory syndrome (SARI) with no history of travelling to affected countries or contacts with confirmed COVID-19 cases. As of 9 March 2020, a total of 574 samples have been tested and none were found to be positive for COVID-19. Currently there is no sporadic COVID-19 cases that have been detected by this surveillance.

Collection of Samples for COVID-19 at Home

MOH is currently collaborating with the private sector to provide services for collection of samples for COVID-19 at home. Through this collaboration, asymptomatic individuals can undergo COVID-19 testing at their own homes without having to go to a health facility. The public can access this service by downloading the related application to schedule the home visit appointment for sample taking (Appendix 1). However, there will be charges for this service.

Health Advisory

  1. MOH advises the public the importance of self-care, and if symptomatic to avoid from going to crowded public places. These two simple measures have been proven to reduce the risk of infection through respiratory droplets in the community. These measures were also implemented in the People’s Republic of China for the COVID-19 infection and were shown to contribute to the reduction of cases.
  1. The public is also advised to constantly maintain a high level of personal hygiene, wash hands frequently with soap and water, or use hand sanitisers. Please seek early medical treatment for symptoms of respiratory tract infection e.g. fever, cough and/or difficulty breathing.
  1. MOH advises all Malaysians to postpone all travels overseas, particularly to provinces or cities declared with COVID-19 outbreaks in the People’s Republic of China, Republic of Korea, Japan, Italy and Iran (as announced previously).
  1. The public is also reminded not to share or disseminate unverified news or information on COVID-19. The official information on the latest development on COVID-19 can be obtained from the MOH’s website; http://www.moh.gov.my.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation and the public will be updated on the latest information.

Thank you.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Director General of Health Malaysia

9 March 2020 @ 4 pm

Screen Shot 2020-03-09 at 7.12.05 PM


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles