Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Siaran Media: Pelancaran Program Generasiku Sayang oleh DYMM Raja Permaisuri Johor pada 29 Oktober 2015

$
0
0

PRA-PUBLISITI

PROGRAM GENERASIKU SAYANG PERINGKAT KEBANGSAAN

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

RAJA PERMAISURI JOHOR AKAN MELANCARKAN PROGRAM GENERASIKU SAYANG PERINGKAT KEBANGSAAN

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengadakan Program Generasiku Sayang (GKS) Peringkat Kebangsaan pada hari Khamis, 29 Oktober di Dewan Serbaguna Aras 8, Blok E7, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. Raja Permaisuri Negeri Johor Darul Takzim, Duli Yang Maha Mulia, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah selaku penaung Program GKS berkenan hadir untuk melancarkan program tersebut.

Menurut Pengarah Bahagian Perkembangan Kesihatan Keluarga, Kementerian , To’ Puan Dr. Safurah Jaafar selaku Pengerusi Jawatankuasa Majlis Program tersebut, program ini diadakan bertujuan untuk membantu remaja hamil tanpa nikah dengan menyediakan perlindungan, penjagaan semasa hamil dan bimbingan sebagai langkah pemulihan awal supaya dapat meneruskan kehidupan yang lebih baik dari segi fizikal, mental, sosial dan spiritual.

Program ini juga diadakan untuk mendapatkan sokongan dan komitmen agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam menangani isu kehamilan remaja secara menyeluruh dan berkesan melalui pendekatan Strategi Lautan Biru (NBOS) khususnya peranan kerajaan negeri di peringkat pelaksana. Aspek yang perlu diberi penekanan selain kesihatan adalah kesinambungan pendidikan, kemahiran hidup, sokongan sosial, ekonomi dan agama untuk memperkasakan remaja ke arah masa hadapan yang lebih cerah.

Screen Shot 2015-10-26 at 13.06.55

Seminar Generasiku Sayang sebelum ini telah diadakan pada 11 Februari 2014 bertempat di Persada Johor. Sumber: FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor


1604507_628705210510098_730922039_n

DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah telah berkenan untuk mencemar duli bagi merasmikan Seminar Generasiku Sayang pada 11 Februari 2014 yang lalu. Sumber foto: FB Jabatan Kesihatan Negeri Johor

Beliau berkata situasi masalah seksual dan reproduktif remaja pada masa ini semakin meningkat dan membimbangkan. Kajian UNICEF mendapati remaja hamil mempunyai risiko komplikasi dan kematian yang lebih tinggi berbanding wanita dewasa lebih-lebih lagi jika mereka berumur kurang 15 tahun. Risiko kematian dalam kalangan remaja berumur di bawah 15 tahun adalah 5 kali ganda lebih tinggi berbanding wanita yang berusia lebih 20 tahun dan risiko kematian bayi juga lebih tinggi.

Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia oleh LPPKN dan lain-lain kajian oleh pihak Universiti mendapati pengetahuan mengenai kesihatan seksual reproduktif dalam kalangan golongan muda masih rendah. Kajian Global School-based Student Health Survey (GSHS) oleh KKM dalam kalangan pelajar sekolah berumur 13 hingga 17 tahun mendapati peratus remaja yang pernah melakukan hubungan seks telah meningkat kepada 8.3%.

Menurut beliau, terdapat purata 18,000 remaja hamil yang mendapat perkhidmatan di klinik kesihatan kerajaan setahun, di mana 1/4 (25%) tidak berkahwin. Secara purata terdapat 1500 kes remaja hamil sebulan dan 50 kes sehari di seluruh negara.

Kes kematian remaja hamil turut membimbangkan di mana kadar kematian remaja hamil yang berumur 15-19 tahun telah meningkat daripada 18.5 per 100,000 kelahiran hidup pada tahun 2007 kepada 38.2 per 100,000 kelahiran hidup pada tahun 2012. Kadar kematian remaja hamil pada tahun 2012 ini adalah lebih tinggi berbanding kadar kematian semua ibu (25.6/100,000 kelahiran hidup).

To’ Puan Dr. Safurah berkata, dengan adanya program seperti ini secara tidak langsung akan mengurangkan masalah yang dihadapi oleh wanita dan remaja yang hamil yang amat memerlukan bantuan dan perlindungan. Pada masa yang sama, bilangan kes kehamilan dan kematian ibu remaja hamil juga dapat dikurangkan dan di samping meningkatkan semangat, motivasi dan jati diri remaja ini sebagai persediaan mereka untuk kembali ke pangkuan masyarakat.

Disediakan oleh:

Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga

Kementerian Kesihatan Malaysia



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles