Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 2 Nov 2015: Langkah-Langkah Menangani Masalah Bekalan Vaksin 5-Serangkai

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH

BEKALAN VAKSIN 5-SERANGKAI

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sebagai langkah jangka pendek bagi menangani masalah bekalan vaksin 5-serangkai, DTaP-IPV//Hib; KKM telah bersetuju dengan cadangan pakar-pakar imunisasi untuk jadual suntikan dos tambahan 18 bulan DITUNDA KEPADA 24 bulan. Langkah ini dijangka akan memberi lebihan vaksin untuk diberikan kepada kanak-kanak pada umur 2, 3 dan 5 bulan. Tiga (3) dos pertama ini yang dipanggil prime dose amat penting untuk kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada jangkitan difteria, pertussis, tetanus, polio dan jangkitan Haemophilus influenzae type b.

Screen Shot 2015-10-25 at 01.02.02

Buat masa ini, semua bekalan vaksin 5-serangkai yang dibawa masuk ke Malaysia hanya digunakan oleh fasiliti kesihatan KKM. Walau bagaimanapun, KKM akan memastikan 10% daripada bekalan vaksin yang masuk diagihkan kepada fasiliti kesihatan selain daripada yang di bawah KKM termasuk klinik/hospital swasta. Ini bagi memastikan kesinambungan perkhidmatan imunisasi untuk kanak-kanak serta mengelakkan keciciran imunisasi.

Kementerian Kesihatan juga telah mengkaji kemungkinan menggunakan regimen vaksin terdahulu. Kebanyakan vaksin-vaksin terdahulu ini tidak berada dalam bentuk kombinasi. Produk-produk ini telah pun berdaftar dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan.

communityImmunityGeneric

Community Immunity (“Herd” Immunity). Infographic source: National Institute of Allergy and Infectious Disease, USA

KKM akan terus memantau bekalan vaksin DTaP-IPV//Hib dalam negara. Semua pihak adalah diseru agar terus memberi sokongan dan kerjasama dalam melaksanakan langkah-langkah yang digariskan. Ibubapa yang mempunyai anak yang dijadualkan akan menerima imunisasi 5-serangkai dos tambahan, diminta menghubungi klinik berhampiran untuk maklumat lanjut. Semoga usaha murni semua pihak akan dapat membendung kemungkinan wabak penyakit cegahan vaksin daripada berlaku.

Sekian dan terima kasih.

  

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

2 November 2015



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles