Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 16 Jun 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

$
0
0

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 333 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, di mana 307 kes adalah bukan warganegara dan 26 kes di kalangan warganegara. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 7,733 kes (90.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

BM DATA KES SETIAP NEGERI 16 Jun [Recovered]-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 16 Jun 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 11 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,505 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 651 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, satu (1) kes adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 10 kes penularan di dalam negara, enam (6) kes adalah bukan warganegara manakala empat (4) kes adalah di kalangan warganegara Malaysia.

Bagi kes jangkitan dalam negara (6 kes) di kalangan bukan warganegara adalah seperti berikut:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – dua (2) kes:
    • Satu (1) kes saringan untuk masuk kerja;
    • Satu (1) kes Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2;
  • Negeri Sembilan – empat (4) kes:
    • Tiga (3) kes Kluster Pedas;
    • Satu (1) kes Kluster Syarikat Pembersihan.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara di kalangan warganegara Malaysia (4 kes) pula adalah seperti berikut:

  • Selangor: satu (1) kes saringan pra pembedahan di Hospital Putrajaya dan kemudian dipindah ke Hospital Sungai Buloh, Selangor;
  • Sarawak: tiga (3) kes kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (ke-8453). Mereka adalah ahli keluarga kepada kes ke-8453.

Sehingga kini, sebanyak empat (4) kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Tiada kes yang memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

graf-NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (5)

HARI DENGGI ASEAN KE-10 PADA 15 JUN 2020

15 Jun 2020 adalah merupakan Hari Denggi ASEAN ke-10 yang disambut pada setiap 15 Jun. Tema pada tahun ini ialah “10 minit Hapuskan Aedes”. Tema ini bertujuan untuk meningkatkan peranan setiap individu dan masyarakat dalam mencegah penyakit Demam Denggi dengan melakukan aktiviti pembersihan persekitaran dan pemusnahan tempat pembiakan Aedes di premis masing-masing. Ini boleh dilaksanakan dengan turut mengamalkan normal baharu seperti penjarakan sosial iaitu sekurang-kurangnya 1 meter dari individu lain, memakai pelitup separuh muka (face mask) ketika menjalankan aktiviti dan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.

Capture

Seperti yang dinyatakan KKM pada 6 Jun 2020, mutakhir ini kes Demam Denggi telah menunjukkan tren peningkatan secara berterusan; iaitu dengan purata peningkatan sebanyak lapan (8) peratus setiap minggu. Peningkatan ini sememangnya membimbangkan, dan menjadi peringatan kepada kita semua bahawa dalam pada Negara mengharungi pandemik COVID-19, virus Denggi tetap perlu diperangi.

Oleh itu luangkan masa “10 minit hapuskan Aedes” dengan membersihkan persekitaran anda dan musnahkan tempat pembiakan Aedes; demi menyelamatkan nyawa anda dan orang tersayang.

WhatsApp Image 2020-06-08 at 18.21.17

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Orang awam secara amnya juga sentiasa diingatkan untuk mengamalkan nasihat kesihatan yang kerap kali diingatkan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-06 at 11.32.00

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – face mask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elak bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, sentiasa ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah PKPB;
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

16 Jun 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 16 JUN 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 96
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 257
SELANGOR 1 1,999
NEGERI SEMBILAN 4 993
MELAKA 0 255
JOHOR 1 (1) 684
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 156
SABAH 0 359
SARAWAK 3 560
W.P. KUALA LUMPUR 2 2,417
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 11 (1) 8,505

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles