Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 27 Nov 2015: Perkhidmatan Rawatan Berhenti Merokok Secara Kerjasama Sektor Awam Dan Swasta ‘M Quit Services’

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 PERKHIDMATAN RAWATAN BERHENTI MEROKOK SECARA KERJASAMA SEKTOR AWAM DAN SWASTA

‘M QUIT SERVICES’

IMG_4592.jpg

         Program Perkhidmatan Berhenti Merokok yang dinamakan ‘M Quit Services’ merupakan satu program yang menawarkan perkhidmatan berhenti merokok di fasiliti awam dan fasiliti swasta. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehdapatan perkhidmatan berhenti merokok bagi mereka yang ingin keluar dari masalah ketagihan dan tabiat merokok. Sebagai sebuah negara anggota kepada Perjanjian WHO Framework Convention On Tobacco Control (WHO FCTC), program ini adalah selari dengan Artikel 14 WHO FCTC iaitu menyediakan dan mempromosikan perkhidmatan berhenti merokok secara efektif.

10628078_1468965456688899_4957949027820722126_n

The WHO Framework Convention on Tobacco Control (WHO FCTC) is the first international treaty negotiated under the auspices of WHO. It was adopted by the World Health Assembly on 21 May 2003 and entered into force on 27 February 2005. It has since become one of the most rapidly and widely embraced treaties in United Nations history. Read more here

Melalui program ini, perkhidmatan berhenti merokok di kedua-dua fasiliti awam dan swasta akan diseragamkan, menggunapakai Modul Latihan, Garis Panduan Pelaksanaan serta Garis Panduan Rawatan Klinikal atau ‘Clinical Practice Guideline’ yang seragam. Selain daripada itu, program promosi dan bahan-bahan pendidikan akan diselaraskan di antara fasiliti awam dan fasiliti swasta untuk menyampaikan maklumat yang tepat. Program promosi untuk berhenti merokok akan dipergiatkan lagi dengan penggunaan media sosial bagi membantu sepanjang rawatan dibuat. Perkhidmatan ini menggunapakai satu logo yang sama dan Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengiktiraf penggunaan logo ini di kalangan fasiliti awam dan fasiliti swasta mengikut syarat-syarat latihan dan perkhidmatan yang diberikan.

Screen Shot 2015-11-27 at 10.03.59

Quitting tobacco is not easy as tobacco dependence is a cluster of behavioural, cognitive and physiological phenomena. Very few tobacco users can successfully quit the habit in their first attempt. But the evidence is strong that it can be done. From quit lines to counselling to prescription medicines, there are numerous effective ways to quit. Read more here

IMG_4542 IMG_4566

M Quit Services menyaksikan kerjasama di antara Kementerian Kesihatan Malaysia dengan Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Akademi Farmasi Malaysia dan Syarikat Johnson & Johnson Sdn Bhd. Kerjasama sebegini merupakan satu langkah yang positif untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan berhenti merokok di Malaysia. Kerjasama yang telah dipersetujui adalah merupakan kerjasama untuk memberikan latihan, menjalankan pemantauan serta mengadakan aktiviti promosi. Bagi tujuan latihan, sektor swasta akan menggunakan modul latihan SCOPE (Smoking Cessation, Organising, Planning and Execution) oleh Universiti Malaya atau CSCSP (Certified Smoking Cessation Service Provider) oleh Akademi Farmasi Malaysia, manakala semua pengamal perubatan di sektor awam akan menjalani latihan menggunakan Modul Latihan Perkhidmatan Berhenti Merokok sedia ada. Bagi program pemantauan di sektor swasta, program ini akan menggunakan perkhidmatan daripada Universiti Sains Malaysia dan kedua-dua latihan serta pemantauan akan dijalankan secara usahasama daripada syarikat Johnson & Johnson Sdn Bhd.

IMG_4580 IMG_4594

Sehingga bulan November 2015, seramai 950 orang pengamal perubatan telah mengikuti program ini dan 307 orang pengamal perubatan terlibat merupakan ahli-ahli farmasi daripada sektor swasta. Seterusnya semua pengamal perubatan akan menubuhkan perkhidmatan berhenti merokok mengikut kriteria yang telah ditetapkan di fasiliti masing-masing. Fasiliti yang memenuhi kriteria yang ditetapkan akan diberi pengiktirafan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bentuk kerjasama seperti ini amat dialu-alukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia bagi meningkatkan peratusan mereka yang berhenti merokok.

 

DATUK DR NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 November 2015

 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles