Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 9 Julai 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

$
0
0

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 13 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,499 kes (97.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 9July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 9 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat enam (6) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,683 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 63 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Sukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan di dalam negara yang dilaporkan pada hari ini juga. Semua enam (6) kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, iaitu terdiri daripada lima (5) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara yang merupakan pemastautin tetap.

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Satu (1) kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (4)

KLUSTER SYARIKAT PEMBERSIHAN KUALA LUMPUR DIISYTIHAR TAMAT

KKM ingin memaklumkan bahawa, Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur telah tamat pada hari ini. Kluster ini adalah salah satu kluster tempat kerja COVID-19 yang telah dikenalpasti di Negara kita. Kluster ini telah dikesan hasil saringan 10 orang pekerja bukan warganegara. Saringan tersebut merupakan inisiatif majikan syarikat tersebut untuk menyaring pekerja-pekerja bukan warganegara mereka.

kluster tamat 972020

Sehingga 9 Julai 2020, seramai 33 orang telah disaring yang terdiri daripada 16 warganegara Malaysia dan 17 bukan warganegara. Daripada jumlah ini, didapati empat (4) kes yang positif COVID-19 iaitu tiga (3) pekerja syarikat dan satu (1) kontak rapat mereka. Keempat-empat kes adalah di kalangan warga Indonesia.

KKM ingin mengucapkan terima kasih di atas kerjasama majikan dalam usaha memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19.

STATUS TERKINI KLUSTER TEMPAT KERJA

Setakat ini, terdapat 15 kluster yang disenaraikan di bawah kluster tempat kerja. Sebanyak 11 kluster telah diisytiharkan tamat termasuk satu (1) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur. Kluster IN merupakan kluster pertama dikesan dalam kumpulan kluster ini, iaitu pada 24 Mac 2020 apabila kes pertama dalam kluster ini dikesan positif COVID-19 (iaitu kes ke-1909).

Terdapat empat (4) buah kluster yang masih aktif. Jadual 1 menunjukkan kluster yang masih aktif dan jumlah yang disaring serta jumlah kes positif yang dikesan dalam semua kluster tersebut. Jadual 2 menunjukkan perincian kluster yang telah tamat dalam kumpulan ini:

Jadual 1:  Kluster AktifJumlah Disaring dan Jumlah Kes Positif

No. Nama kluster Jumlah disaring Jumlah kes positif Kadar positiviti

(%)

Jumlah WN BWN Jumlah WN BWN
1. Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 2 354 54 300 73 1 72 20.62
2. Kluster Pedas 960 416 544 326 14 312 33.96
3. Kluster Syarikat Pembersihan 379 2 377 34 0 34 8.97
4. Kluster Tapak Pembinaan Kuching 315 304 11 3 1 2 0.95
JUMLAH 2,008 776 1232 436 16 420

Jadual 2:  Kluster TamatJumlah Disaring dan Jumlah Kes Positif

No. Nama kluster Jumlah yang disaring Jumlah kes positif Kadar positiviti (%)
Jumlah WN BWN Jumlah WN BWN
1. Kluster I.N 577 575 2 22 20 2 3.81
2. Kluster Tapak Pembinaan Kuala Lumpur 488 15 473 31 0 31 6.35
3. Kluster Kejuruteraan 734 700 34 65 65 0 8.86
4. Kluster Pasar Kajang 277 229 48 5 2 3 1.81
5. Kluster Pengawal Keselamatan di Cheras 906 350 556 39 3 36 4.30
6. Kluster Tapak Pembinaan Setia Alam 1152 52 1100 15 0 15 1.30
7. Kluster Pasar Chow Kit 3829 1360 2469 90 16 74 2.35
8. Kluster Kilang Papan Maran 242 138 104 6 0 6 2.48
9. Kluster Ladang Bera 65 21 44 7 0 7 10.77
10. Kluster Syarikat Pembinaan Jalan Maran 48 10 38 2 0 2 4.17
11. Kluster Syarikat Pembersihan Kuala Lumpur 36 16 20 4 0 4 11.11
JUMLAH 8354 3466 4888 286 106 180

Sehingga 9 Julai 2020 jam 12 tengah hari, secara keseluruhannya 10,362 orang telah disaring dalam semua kluster ini. Daripada jumlah ini:

  • 4,242 orang adalah warganegara Malaysia (iaitu 40.9 peratus); dan
  • 6120 orang melibatkan bukan warganegara (iaitu 45.3 peratus).

Jumlah keseluruhan kes positif yang dikesan dalam kluster-kluster ini adalah 722 kes yang melibatkan:

  • 122 warganegara Malaysia (iaitu 16.9 peratus); dan
  • 600 bukan warganegara (iaitu 83.1 peratus).

Bukan warganegara ini terdiri daripada negara-negara berikut:

  • 234 warga Bangladesh;
  • 212 warga Nepal;
  • 109 warga Indonesia;
  • 36 warga Myanmar;
  • Tujuh (7) warga India;
  • Satu (1) warga Kemboja; dan
  • Satu (1) warga Vietnam.

Bagi industri yang menggunakan banyak tenaga kerja, termasuk daripada kalangan bukan warganegara, majikan adalah bertanggungjawab untuk memastikan pekerja mereka sentiasa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan mengamalkan langkah-langkah pencegahan di tempat kerja. Antara amalan-amalan yang sewajarnya dilaksanakan adalah seperti berikut:

  • Pemeriksaan suhu badan dan gejala sebelum memasuki tempat kerja;
  • Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
  • Kerap melaksanakan proses pembersihan dan pembasmian kuman terutamanya ruang guna sama;
  • Amalan jarak sosial selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan (pantry);
  • Pastikan pekerja tidak berkumpul di ruang sempit (confined space);
  • Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (congregation); dan
  • Pastikan jarak 1 meter semasa pekerja bertutur dengan satu sama lain (close conversation).

Majikan juga harus menjalankan pemantauan untuk memastikan pematuhan terhadap amalan-amalan ini di kalangan warga pekerja. Ini dapat mengelakkan daripada berlakunya penularan jangkitan COVID-19 di kalangan warga pekerja dan seterusnya dapat mencegah penularan di dalam komuniti. KKM mengharapkan kerjasama semua golongan masyarakat dalam memutuskan rantaian penularan kes COVID-19 di Malaysia.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

9 Julai 2020 @ 5.00 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 9 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(    ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 97
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 258
SELANGOR 4 (4) 2,070
NEGERI SEMBILAN 0 1,027
MELAKA 0 256
JOHOR 2 (2) 696
PAHANG 0 365
TERENGGANU 0 111
KELANTAN 0 157
SABAH 0 378
SARAWAK 0 573
W.P. KUALA LUMPUR 0 2,442
W.P. PUTRAJAYA 0 97
W.P. LABUAN 0 17
JUMLAH KESELURUHAN 6 (6) 8,683

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles