Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 12 Oktober 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

$
0
0

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 109 kes yang telah pulih COVID-19 pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 11,022 kes (67.9 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 12 Oktober 2020 pukul 12:00 tengah hari, 563 kes baharu telah dilaporkan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 16,220 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 5,039 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 563 kes hari ini, Sabah masih mencatat jumlah kes harian tertinggi iaitu 291 kes, namun ianya rendah berbanding semalam iaitu 488 kes. Pulau Pinang mencatat lonjakan jumlah kes positif iaitu sebanyak 141 kes, namun kesemuanya adalah daripada Kluster Penjara Reman di mana semua kes ini sememangnya terasing daripada masyarakat iaitu di dalam penjara.

Ingin dimaklumkan daripada 563 kes baharu yang dilaporkan, terdapat satu (1) kes import yang telah mendapat jangkitan dari luar negara iaitu Indonesia, dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang melibatkan warganegara Malaysia.

Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 498 kes adalah warganegara Malaysia dan 64 kes adalah bukan warganegara. Daripada 562 kes penularan di dalam negara, 10 kes pula merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah, sekaligus menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 sebanyak 363 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 291 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kolong; dan
    • 259 kes daripada lain-lain saringan COVID-19 yang akan diperincikan kemudian.
  • Pulau Pinang: 141 kes daripada Kuster Penjara Reman.
  • Selangor: 69 kes
    • 57 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Enam (6) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Tropicana;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 27 kes
    • 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baiduri;
    • Lapan (8) daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Perdana;
    • Empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kasturi;
    • Dua (2) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Dua (2) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Sungai Way.
  • Negeri Sembilan: 12 kes
    • Empat (4) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Tiga (3) daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Dua (2) kes daripada Kluster Buang Sayang;
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih; dan
  • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 10 kes
    • Lima (5) kes daripada Kluster Tembok;
    • Tiga (3) kes daripada Kluster Bah Ketil; dan
    • Dua (2) kes daripada Kluster Bah Sintok.
  • Perak: Empat (4) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster Tembok; dan
    • Dua (2)daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Johor: Dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Rinting.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kasturi; dan
    • Satu (1) kes daripada Kluster Selasih.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Dua (2) kes
    • Satu (1) kes daripada Kluster Bah Bundle; dan
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Sarawak: Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah).
  • Melaka: Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 98 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 29 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 159 kes (1.0 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes kematianKesJantinaUmur (tahun)HospitalLatar Belakang
15815947Perempuan WN85Hospital Tawau  Penyakit darah tinggi, penyakit jantung dan penyakit paru-paru kronik  
15915948Perempuan BWN48Hospital Tuaran  –

* WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

SITUASI TERKINI COVID-19 DI NEGERI SABAH

Untuk makluman, Negeri Sabah menyumbang jumlah kes tertinggi secara keseluruhan pada hari ini iaitu sebanyak 291 kes (51.7 peratus). Ini susulan aktiviti saringan yang terus dijalankan di lapangan, terutama di pelbagai daerah PKPD dan PKPD secara pentadbiran. Sabah juga mencatatkan kes kematian beberapa hari kebelakangan ini. Bagi menangani isu peningkatan bilangan kes COVID-19 dan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 di Sabah, KKM dengan kerjasama agensi lain telah;

Selain itu, susulan perluasan saringan COVID-19 di negeri Sabah, terdapat peningkatan beban makmal bagi pemprosesan sampel ujian saringan. Oleh yang demikian, KKM telah menambah kapasiti makmal di seluruh Sabah, selain bekerjasama dengan makmal swasta dan membawa sebanyak 2223 sampel yang berlebihan ke makmal di Semenanjung Malaysia untuk diproses.

KKM juga ingin memaklumkan mengenai stok Personal Protective Equipment (PPE) di Sabah adalah dalam kesiapsiagaan yang mampan seperti yang telah dirancang oleh agensi pusat, KKM dan juga Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. KKM akan memastikan pengagihan kepada pihak yang memerlukan akan dilakukan secepat mungkin.

Untuk makluman semua juga, terdapat petugas kesihatan yang telah dijangkiti COVID-19 di negeri Sabah yang perlu dikuarantin. Untuk itu, KKM telah menggerakkan petugas kesihatan secara dalaman dan dari negeri-negeri lain ke Sabah bagi menangani isu kekurangan petugas kesihatan di hospital-hospital setempat. Selain itu, KKM juga menyeru penglibatan badan-badan bukan kerajaan untuk tampil menghulurkan bantuan ke Sabah bagi membendung penularan COVID-19 di negeri ini.

ENAM (6) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat enam (6) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu di negeri:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – Dua (2) kluster
  • Sabah – Satu (1) kluster;
  • Selangor – Satu (1) kluster;
  • Johor – Satu (1) kluster; dan
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya – Satu (1) kluster.

1)KLUSTER BAIDURI, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Hulu Langat, Selangor dan daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14312) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pra pembedahan pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 12 individu negatif; dan
  • Sembilan (9) individu masih menunggu keputusan.

2) KLUSTER BAH PERDANA, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

Kluster baharu ini telah dikenal pasti di daerah Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11305) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 28 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti lapan (8) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 22 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19; dan
  • 13 individu masih menunggu keputusan.

3) KLUSTER KOLONG, SABAH

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Keningau, Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-13548) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan dalam komuniti pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Lahad Datu. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
  • 81 individu negatif; dan
  • Tiga (3) individu masih menunggu keputusan.

4) KLUSTER BAH TROPICANA, SELANGOR

Kluster baharu ini dikenal pasti di daerah Petaling, Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11804) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 2 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat telah mengesan 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 147 individu telah disaring, di mana:

  • 14 kes dikesan positif COVID-19;
  • 105 individu negatif; dan
  • 28 individu masih menunggu keputusan.

5) KLUSTER RINTING, JOHOR

Kluster baharu ini melibatkan melibatkan daerah Melaka Tengah di Melaka dan daerah Johor Bahru di negeri Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-14350) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan masuk kerja pada 7 Oktober 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Melaka. Saringan kontak rapat telah mengenal pasti tujuh (7) lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 162 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19;
  • 97 individu negatif; dan
  • 57 individu masih menunggu keputusan.

6) KLUSTER BAH KASTURI, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA

Kluster baharu ini melibatkan beberapa buah daerah dan negeri iaitu;

  • Daerah Seremban, Negeri Sembilan;
  • Daerah Cheras dan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya; serta
  • Daerah Klang, Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Kuala Langat, Selangor.

Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-12553) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) pada 24 September 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan. Saringan kontak rapat telah mengesan 17 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 12 Oktober 2020, 12 tengah hari, sejumlah 305 individu telah disaring, di mana:

  • 18 kes dikesan positif COVID-19;
  • 277 individu negatif; dan
  • 10 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung; 
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 Oktober 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 OKTOBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH2914,621
W.P. KUALA LUMPUR28 (1)2,782
SELANGOR692,670
KEDAH101,679
NEGERI SEMBILAN121,081
JOHOR2816
SARAWAK1752
PAHANG0385
PULAU PINANG141313
PERAK4303
MELAKA1274
KELANTAN0171
TERENGGANU0157
W.P. PUTRAJAYA2119
W.P. LABUAN259
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN563 (1)16,220

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import


Lampiran 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(12 Oktober 2020)

 KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah Sembuh*BWNJumlah Kematian
1Penjara RemanPulau PinangTimur Laut1411602,658159 (0)0201
2Benteng PKSelangorKlang, Kuala Langat345219952 (0)0440
3Tujuh Serangkai SabahTuaran185432554 (1)000
4Ramai-RamaiSabahSandakan107762477 (1)050
5TembokKedah PerakKota Setar, Kamunting, Kubang Pasu, Pendang81,2586,3951,242 (9)15811
6Sungei WaySelangor, WP Kuala LumpurPetaling, Gombak, Titiwangsa52316523 (0)000
7Jalan MeruSelangor, Johor, Kelantan, WPKL & PutrajayaHulu Langat, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Johor Bharu, Kota Bharu, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong38960389 (0)010
8Bah KetilKedahBaling, Langkawi31433113 (0)000
9Bah SintokKedah, Negeri SembilanKubang Pasu, Seremban23648336 (0)000
10SelasihWPKL & Putrajaya, Selangor, Johor, Negeri SembilanWP Putrajaya, Sepang, Johor Bharu, Seremban21828218 (0)000
11Buang SayangSabah, WPKL & Putrajaya, Negeri SembilanSipitang, Pitas, Putatan, Titiwangsa, Seremban2124055 (0)700
12SimeraTerengganu,Pahang, Selangor.Besut, Kuantan, Petaling, Klang, Hulu Langat21123911 (0)000
13Seri AnggerikSelangorHulu Selangor1199519 (0)000
14TasikSarawak, SelangorMiri, Petaling, Hulu Langat, Klang11212712 (0)000
15Bah BundleWP LabuanLabuan154325 (0)000

*BWN = Bukan Warganegara


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles