Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 5 November 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

$
0
0

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih COVID-19 sebanyak 839 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 25,654 kes (70.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Secara keseluruhannya, sehingga 5 November 2020 pukul 12:00 tengah hari, sebanyak 1,009 kes baharu telah dilaporkan menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 36,434 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 10,503 kes.

Untuk makluman, negeri Sabah mencatatkan sebanyak 564 kes (55.9 peratus) daripada keseluruhan kes positif pada hari ini. Negeri-negeri di Lembah Klang pula mencatatkan sebanyak 198 kes (19.6 peratus) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan  mencatatkan sebanyak 95 kes positif (9.4 peratus) pada hari ini. Kelima-lima negeri ini masih berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) menyumbang sebanyak 857 kes (84.9 peratus) daripada keseluruhan kes positif COVID-19 pada hari ini.

Sebanyak 112 kes (11.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster penjara dan Pusat Tahanan Sementara (PTS). Ini melibatkan Kluster Penjara Sandakan (73 kes), Kluster Seberang Perai (14 kes), Kluster Penjara Kepayan (12 kes), Kluster Penjara Reman (12 kes), dan Kluster Tembok (1 kes).

Ingin dimaklumkan daripada 1,009 kes baharu pada hari ini, terdapat sembilan (9) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara yang melibatkan empat (4) warganegara dan lima (5) bukan warganegara yang tiba dari negara:

  • India (2 kes);
  • Kazakhstan (1 kes);
  • Indonesia (1 kes);
  • Korea Selatan (1 kes);
  • Nigeria (1 kes);
  • Afrika Selatan (1 kes)
  • Mexico (1 kes); dan
  • Kemboja (1 kes).

Daripada 1,000 kes penularan di dalam negara, empat (4) kes merupakan pengunjung yang pulang dari Sabah. Ini menjadikan jumlah kes dilaporkan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah sejak 20 September 2020 adalah sebanyak 483 kes.

Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:

  • Sabah: 564 kes
    • 119 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 17 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Sutera dan Kluster Ria-30;
    • 254 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 191 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 177 kes
    • 83 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tamar;
    • 53 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah);
    • Satu (1) kes saringan Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • 37 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan : 92 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 43 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah); dan
    • 17 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan : 90 kes
    • 71 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang : 36 kes
    • 34 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Intan; dan
    • Dua (2) daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 14 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Danau;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah : Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Sarawak : Enam (6) kes
    • Empat (4) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak : Enam (6) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • Empat (4) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka : Lima (5) kes daripada kluster-kluster sedia ada.
  • Johor : Dua (2) kes
    • Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI); dan
    • Satu (1) kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya : Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Sehingga kini, terdapat 78 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 28 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan enam (6) kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 277 kes (0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes-kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

Kes No. KematianKes No.NegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)HospitalLatar Belakang
27235267SelangorLelaki (WN)61Hospital SelayangPenyakit kencing manis, darah tinggi, asma dan penyakit jantung
27334011SabahLelaki (WN)62Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi, strok dan penyakit Tibi
27424193SabahLelaki (WN)54Hospital Duchess of KentPenyakit darah tinggi
27535035SabahLelaki (WN)77Hospital Queen ElizabethPenyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit batu karang
27635036SabahLelaki (BWN)80Hospital TawauPenyakit kencing manis, darah tinggi, gout dan lumpuh anggota
27734012SabahPerempuan (BWN)92Hospital Duchess of KentOrang Kelainan Upaya (buta)

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN bukan warganegara

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

LIMA (5) KLUSTER BAHARU DILAPORKAN HARI INI

KKM ingin memaklumkan bahawa terdapat lima (5) kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu;

  • KLUSTER SUTERA

Kluster baharu ini melibatkan daerah Kota Kinabalu di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-35499 dan kes ke-35500) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu-individu bergejala pada 2 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Queen Elizabeth. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 13 lagi kes positif COVID-19.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 32 individu telah disaring, di mana:

  • 15 kes dikesan positif COVID-19 (15 kes baharu);
  • Enam (6) individu dikesan negatif; dan
  • 11 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER RIA-30

Kluster baharu ini melibatkan daerah Tuaran di negeri Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan komuniti sejak 2 November 2020. Kesemua kes dalam kluster ini dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah Intan di Sepanggar, Sabah

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 254 individu telah disaring, di mana:

  • 11 kes dikesan positif COVID-19 ( 2 kes baharu);
  • 121 individu dikesan negatif; dan
  • 122 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER TAMAR

Kluster baharu ini melibatkan daerah Petaling di negeri Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 32410) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 1 November 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 137 individu telah disaring, di mana:

  • 10 kes dikesan positif COVID-19 ( 1 kes baharu);
  • 57 individu dikesan negatif; dan
  • 70 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER INTAN

Kluster baharu ini melibatkan daerah Timur Laut di negeri Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 30788) yang merupakan seorang bukan warganegara, telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan sebelum pulang ke negara asal pada 29 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak lapan (8) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 98 individu telah disaring, di mana:

  • Sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu);
  • 35 individu dikesan negatif; dan
  • 54 individu masih menunggu keputusan.
  • KLUSTER DANAU

Kluster baharu ini melibatkan daerah Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-29286) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 27 Oktober 2020. Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak tujuh (7) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

Sehingga 5 November 2020, 12 tengah hari, sejumlah 82 individu telah disaring, di mana:

  • Lapan (8) kes dikesan positif COVID-19 (4 kes baharu);
  • 40 individu dikesan negatif; dan
  • 34 individu masih menunggu keputusan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan. Jadikanlah nasihat-nasihat ini satu kebiasaan baharu dalam kehidupan harian:

  • Elakkan 3S / 3C : iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).
  • Amalkan 3W : iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), memakai alat pelitup muka (facemask) di tempat awam yang telah diwajibkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) mulai 1 Ogos 2020 atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
  • Elakkan bersalaman / bersentuhan termasuk melagakan mana-mana bahagian tubuh badan sebagai menggantikan cara kebiasaan bersalam;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu iaitu:

  • S : Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O : Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P : Penjarakan fizikal (physical distancing) sekurang-kurangnya 1 meter diamalkan pada setiap masa.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

5 November 2020 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 5 NOVEMBER 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SABAH56418,083
SELANGOR180 (3)5,590
W.P. KUALA LUMPUR17 (3)3,118
KEDAH72,172
NEGERI SEMBILAN901,836
PULAU PINANG361,132
SARAWAK6942
JOHOR2921
W.P. LABUAN95 (3)796
PERAK 6534
PAHANG0395
MELAKA5318
TERENGGANU 0213
KELANTAN 0184
W.P. PUTRAJAYA 1162
 PERLIS038
JUMLAH KESELURUHAN1,009 (9)36,434

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Status Terkini Kluster Aktif Yang Mencatat Kes Positif Pada Hari Ini

(5 November 2020)

Bil.KlusterNegeriDaerahKes BaharuJumlah KesJumlah Yang DisaringKes Aktif (Kes ICU)Jumlah SembuhJumlah Kematian
1Penjara SandakanSabahSandakan73112444112 (0)00
2CergasNegeri SembilanSeremban507640676 (0)00
3KayaNegeri Sembilan, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Melaka, SelangorSeremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Lembah Pantai, Cheras, Kepong, Putrajaya,Melaka Tengah, Sepang, Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling,Hulu Langat315071,525371 (0)1360
4UsahaSelangor, WP Kuala LumpurKlang, Petaling, Kuala Langat, Titiwangsa, Lembah Pantai23849681 (0)30
5HentianSelangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri SembilanHulu Langat, Petaling, Sepang, Klang, Gombak, Cheras,Titiwangsa, Putrajaya,Seremban223472,190257 (0)900
6Penjara
 Seberang Perai
Pulau PinangSeberang Perai Selatan143175,33271 (1)2460
7TitianWP LabuanLabuan134253042 (0)00
8Penjara KepayanSabahKota Kinabalu, Papar, Penampang, Sipitang121,7963,931874 (0)9220
9Penjara RemanPulau PinangTimur Laut125092,96541 (0)4671
10SagukingWP LabuanLabuan103083,539179 (0)1281
11LengkukSelangor, Negeri SembilanSepang, Seremban, Port Dickson, Rembau93314733 (0)00
12PermatangKedah, Pulau PinangKulim, Langkawi, Kota Setar, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Selatan, Timur Laut92386623 (0)00
13TenagaWP LabuanLabuan86615166 (0)00
14TitirSabahKeningau71342,00485 (0)490
15BasungSabahKudat78068957 (0)230
16MelatiWP Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, PerakTitiwangsa, Kepong, Cheras, Klang, Petaling, Hulu Langat, Kuantan, Bagan Datuk, Hilir Perak57639831 (1)450
17Bah MedanSelangorSepang4368725 (0)110
18Taman LautSelangorPetaling42712325 (1)20
19Tujuh SerangkaiSabahTuaran, Kota Kinabalu33994,433130 (0)2672
20BayanPulau Pinang, Kedah, PerakTimur Laut, Barat Daya, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kuala Muda, Kulim, Kota Setar, Kerian, Larut Matang & Selama3951,97066 (3)290
21AstakaSelangor, PahangPetaling, Hulu Langat, Kuala Selangor, Klang, Maran35615652 (0)40
22Wisma SaberkasSarawakKuching31967919 (0)00
23KeladiSelangorKlang, Kuala Langat24734512 (0)350
24JernihNegeri SembilanSeremban2191189 (0)100
25TembokKedah, PerakKota Setar, Baling, Kuala Muda, Sungai Petani, Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Larut Matang & Selama11,7549,106274 (6)1,4764
26UtamaSelangor, Melaka, WP Kuala LumpurGombak, Hulu Langat, Petaling, Kuala Selangor, Sepang, Alor Gajah, Lembah Pantai, Titiwangsa, Kepong, Cheras12511,20940 (0)2110
27Bah TropicanaSelangor, WP Kuala Lumpur & PutrajayaPetaling, Gombak, Klang, Titiwangsa, Lembah Pantai, Kepong, Cheras16487122 (0)420
28GreenhillSarawakKuching, Miri, Bintulu16476255 (0)90
29BuntarKedah, Perak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Johor, Selangor, Pulau PinangKuala Muda, Kerian, Kinta, Larut Matang & Selama, Batang Padang, Hilir Perak, Kepong, Putrajaya, Batu Pahat, Johor Bahru, Petaling, Sepang, Seberang Perai Selatan1571,05111 (1)460
30MentariSelangor, Negeri Sembilan, WP Kuala LumpurPetaling, Klang, Gombak, Hulu Langat, Seremban, Kepong13211213 (1)181
31BukitMelakaMelaka Tengah, Jasin, Alor Gajah1176313 (0)140
32AeroSelangorPetaling1129612 (0)00

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles