Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all 1621 articles
Browse latest View live

Kenyataan Akhbar KPK 8 Julai 2017 – Elak Tragedi Keracunan Makanan Yang Berpunca Dari Jamuan Hari Raya

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia. Ternyata rakyat Malaysia seluruh negara menyambut bulan yang menggembirakan ini dengan banyaknya undangan rumah terbuka dan jamuan hari raya di mana-mana sahaja sama ada di pejabat-pejabat, sekolah-sekolah, institusi selain di rumah-rumah persendirian.

Namun begitu, KKM ingin memberi peringatan bahawa pada tahun 2016, terdapat peningkatan kes keracunan makanan dengan mendadak pada bulan lebaran ini berbanding dari bulan biasa; iaitu peningkatan sebanyak 51.6%. Justeru KKM ingin menasihatkan orang awam untuk sentiasa peka akan keselamatan makanan sama ada yang disediakan untuk tetamu mahupun yang mereka makan di majlis-majlis hari raya. Apabila menyediakan juadah rumah terbuka, perlu dipastikan amalan pengendalian makanan yang bersih dan sanitari sentiasa diamalkan. Manakala para tetamu pula perlu mengamalkan kaedah “lihat, hidu dan rasa” sebelum menjamah makanan. Di samping itu, sentiasa amalkan kebersihan diri seperti membasuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum menyediakan makanan, sebelum makan dan selepas ke tandas.

5-cara-menjamin-keselamtan-makanan

Jadilah pengguna yang bijak dengan mengutamakan kesihatan, kebersihan, dan keselamatan makanan sebelum menikmati juadah raya. Di samping kita bergembira, berhati-hatilah agar tragedi keracunan makanan dapat dielakkan.

Semoga kita sentiasa sihat melalui pemilihan makanan sihat dan selamat sepanjang bulan lebaran yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

8 Julai 2017

 

 



Kenyataan Akhbar KPK 10 Julai 2017 – Punca Kematian Pelajar Tahfiz di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kejadian pelajar tahfiz yang telah meninggal dunia pada 26 April 2017 di Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

Proses bedah siasat bagi mengetahui sebab kematian telah dilakukan pada jam 6 petang hari yang sama. Beberapa sampel tisu dan darah telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan juga ke Jabatan Kimia Malaysia bagi tujuan analisa.

Susulan daripada kejadian tersebut juga, satu Jawatankuasa Khas Siasatan telah ditubuhkan bagi menyiasat kes ini. Jawatankuasa ini terdiri daripada Pakar Perunding Forensik yang mahir dan berpengalaman luas dalam pengendalian kes-kes rumit.

Hasil keputusan bedah siasat yang dijalankan didapati pelajar tahfiz tersebut meninggal dunia disebabkan oleh penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan seperti yang ditularkan.

Penyebab kematian adalah Leptospirosis (kencing tikus) dan dirumitkan dengan keadaan kulit nekrosis (Purpura Fulminans) dan pembentukan bekuan darah mikro (microthrombi) di seluruh saluran darah yang mengakibatkan perubahan warna kulit dan seterusnya melibatkan kegagalan organ untuk berfungsi.

Laporan bedah siasat dikemukakan kepada pihak Polis DiRaja Malaysia untuk tindakan selanjutnya.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

10 Julai 2017


Kenyataan Akhbar KPK – Situasi Terkini Kes Rabies di Sarawak pada 11 Julai 2017

$
0
0

Pada 1 Julai 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa terdapat tiga (3) kes rabies dari Daerah Serian, Sarawak yang disahkan melalui ujian makmal pada 30 Jun 2017.

KKM ingin memaklumkan perkembangan terbaru mengesahkan bahawa terdapat satu (1) kes baru telah disahkan rabies dari Kampung Ampungan Daerah Serian, Sarawak. Dengan pengesahan kes ini, jumlah kes rabies di Sarawak sehingga 11 Julai 2017 adalah sebanyak empat (4) kes yang disahkan melalui ujian makmal. Kesemua kes adalah dari Daerah Serian, Sarawak di mana aktiviti kawalan dan pencegahan telah dan sedang dilaksanakan.

Kes ke-empat ini merupakan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima (5) tahun yang mempunyai sejarah gigitan anjing pada 27 Mei 2017 di Kampung Saroban iaitu terletak dalam 10km radius daripada kampung di mana kes ketiga rabies berlaku. Pada 3 Julai 2017, kes tersebut mengalami gejala demam, sakit di lengan kiri serta kelihatan kurang aktif dan dibawa untuk rawatan ke Hospital Serian. Pada 4 Julai 2017, kes dirujuk kepada Hospital Umum Sarawak (SGH) dan dipindahkan ke Unit Jagaan Rapi Kanak-kanak (PICU) SGH kerana semakin kritikal. Kes ini telah disahkan mengalami jangkitan rabies melalui ujian makmal pada 11 Julai 2017. Bagi kes ketiga rabies pula, beliau masih dirawat di wad PICU SGH dan dalam keadaan kritikal.

Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies di Daerah Serian oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak. Aktiviti ini dilaksanakan di 86 penempatan, 3,284 rumah dan 7,583 orang telah ditemuduga bagi sejarah gigitan anjing. Sebanyak 192 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

19554799_10154506171336237_2198791464869426564_n

 

KKM ingin menasihati orang awam yang tinggal di Daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies:

  1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing (anjing peliharaan atau anjing liar);
  2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing liar;
  • Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan;
  1. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  2. Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan atau anjing liar.

KKM dan JKN Sarawak sentiasa dan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi lain berkaitan bagi memastikan jangkitan virus rabies dalam kalangan manusia dapat dikawal dan tiada penularan berlaku.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

11 Julai 2017


Kenyataan Akhbar KPK – Situasi Terkini Kes Rabies di Sarawak pada 13 Julai 2017

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terbaru wabak rabies di Serian Sarawak iaitu kes rabies ketiga, seorang kanak-kanak perempuan berumur 7 tahun dari Kampung Lebor, Serian telah meninggal dunia pada pukul 2:16 petang 13 Julai 2017 akibat rabies encephalomyelitis.

Sehingga 13 Julai 2017, terdapat empat (4) kes disahkan rabies di Serian, Sarawak di mana tiga (3) kes telah meninggal dunia dan satu kes iaitu kes keempat sedang dirawat di wad PICU Hospital Umum Sarawak dan dalam keadaan kritikal. Tiada kes rabies baru dilaporkan.

Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies di Serian oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak. Aktiviti ACD telah dilaksanakan di 96 penempatan yang melibatkan 5,663 rumah dan 21,978 penduduk ditemuduga bagi sejarah gigitan anjing. Sebanyak 225 kes gigitan anjing telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk kampung berkenaan.

KKM ingin menasihati orang awam yang tinggal di Daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies:

  1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing (anjing peliharaan atau anjing liar);
  2. Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing liar;
  3. Jika anjing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan;
  4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  5. Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan atau anjing liar.

KKM dan JKN Sarawak sentiasa dan akan terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi lain berkaitan bagi memastikan jangkitan virus rabies dalam kalangan manusia dapat dikawal dan tiada penularan berlaku.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

13 Julai 2017


Kenyataan Akhbar KKM 17 Julai 2017 – Situasi Terkini Kes Rabies di Sarawak dan Kes Gigitan Anjing Yang Dilaporkan di Perak Serta Melaka

$
0
0

Pada 1 Julai 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa terdapat kes rabies dari Daerah Serian Sarawak yang disahkan melalui ujian makmal pada 30 Jun 2017.

KKM ingin memaklumkan perkembangan terkini bahawa kes keempat rabies iaitu seorang kanak-kanak berumur 5 tahun dari Kampung Ampungan, Serian Sarawak telah meninggal dunia pada pukul 2.05 petang 17 Julai 2017 akibat daripada rabies encephalomyelitis. Jumlah kes rabies adalah empat (4) di mana kesemuanya telah meninggal dunia. Tiada kes rabies baru dilaporkan.

KKM juga ingin merujuk kepada kenyataan media Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia bertarikh 16 Julai 2017 berhubung seekor anjing didapati positif rabies di Kuala Sepetang, Taiping Perak pada 15 Julai 2017. Anjing tersebut telah menggigit dua (2) orang kanak-kanak di kawasan tersebut pada 4 Julai 2017. Kedua-dua kes telah diberikan rawatan pesakit luar dan tidak mempunyai gejala klinikal serta dalam keadaan stabil. Jabatan Kesihatan Negeri Perak melalui Pejabat Kesihatan Daerah Larut Matang dan Selama sedang melaksanakan aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing di kawasan terlibat bagi tujuan rawatan dan pemantauan lanjut.

Manakala bagi kes gigitan anjing yang dilaporkan oleh media sebelum ini iaitu seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun yang dimasukkan ke wad Hospital Melaka kerana mempunyai sejarah digigit anjing di Serian Sarawak, ujian awal makmal rabies yang dijalankan adalah negatif. Kes dalam keadaan stabil dan akan dibuat pemeriksaan serta pemantauan lanjut kerana tempoh inkubasi penyakit rabies adalah lama.

Sehubungan itu, KKM ingin memaklumkan bahawa buat masa ini tiada kes positif rabies dalam kalangan manusia dilaporkan di Negeri Melaka dan Perak.

Bagi tujuan pemeriksaan risiko jangkitan rabies dan rawatan lanjut, orang awam yang mempunyai sejarah digigit haiwan (anjing atau kucing) di Daerah Serian, Sarawak dalam tempoh 1 April 2017 hingga 17 Julai 2017 atau orang awam yang mempunyai sejarah digigit anjing di kawasan sekitar Kuala Sepetang Perak dalam tempoh 4 Julai 2017 hingga 17 Julai 2017 adalah diminta hadir ke klinik kesihatan atau hospital berhampiran bagi tujuan tersebut.

19554799_10154506171336237_2198791464869426564_n

KKM ingin menasihati orang awam yang tinggal di Daerah Serian atau kawasan sekitar Kuala Sepetang Perak agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies:

  1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing atau kucing (anjing/kucing peliharaan atau liar);
  2. Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing atau kucing liar;
  • Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan;
  1. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing atau kucing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  2. Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing/kucing peliharaan atau liar.

KKM akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain yang berkaitan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies di Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

17 Julai 2017


Kenyataan Akhbar KPK 18 Julai 2017 -Situasi Terkini Kes Rabies di Sarawak dan Hasil Kajian Virologi oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR)

$
0
0

Pada 1 Julai 2017, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan bahawa terdapat kes rabies dari Daerah Serian Sarawak yang disahkan melalui ujian makmal pada 30 Jun 2017. Tiada kes rabies baru dilaporkan. Jumlah kes rabies sehingga 18 Julai 2017 adalah empat (4) di mana kesemuanya telah meninggal dunia.

KKM ingin memaklumkan bahawa Unit Virologi di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan penjujukan DNA virus rabies yang diasingkan daripada kes rabies di Serian, Sarawak. Hasil menunjukkan bahawa virus tersebut mempunyai persamaan paling tinggi dengan jujukan genom strain virus rabies yang berasal dari Kalimantan dan Sulawesi. Ini menunjukkan kaitan epidimiologi yang rapat bagi kes jangkitan rabies di Serian dan kes di Kalimantan.

Active Case Detection (ACD) bagi mengesan kes gigitan anjing telah dilaksanakan di kawasan kejadian wabak rabies di Daerah Serian oleh Pejabat Kesihatan Serian bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak. Aktiviti ini dilaksanakan di 136 penempatan, 9,830 rumah dan 37,285 orang telah ditemuduga bagi sejarah gigitan anjing. Sebanyak 368 kes gigitan haiwan telah dikesan di kawasan wabak Daerah Serian dan telah diberikan rawatan. Aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan rabies juga telah diberi kepada penduduk di kawasan berkenaan.

19983438_10154541842811237_7532608910120239056_o

KKM ingin menasihati orang awam yang tinggal di Daerah Serian agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada dijangkiti penyakit rabies:

  1. Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan sekiranya mengalami gigitan anjing atau kucing (anjing/kucing peliharaan atau liar);
  2. Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak dengan anjing atau kucing liar;
  3. Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau berkelakuan agresif dapatkan rawatan segera di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar berdekatan;
  4. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing atau kucing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  5. Sentiasa kekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing/kucing peliharaan atau liar.

KKM akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain yang berkaitan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies di Malaysia dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 

18 Julai 2017


Kenyataan Akhbar KPK 19 Julai 2017 – Kes Kelima Rabies di Serian, Sarawak

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini satu (1) kes baru yang disahkan rabies melalui ujian makmal pada 18 Julai 2017, iaitu seorang lelaki berumur 52 tahun daripada Kampung Remun, Serian Sarawak yang mempunyai sejarah digigit anjing pada awal Mei 2017. Pada 11 Julai 2017, beliau telah mengalami lemah anggota kaki, kebas, sakit belakang serta kebingungan, dan telah dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (SGH) untuk rawatan lanjut.

Oleh itu, sehingga 18 Julai 2017 terdapat lima (5) kes rabies di Serian, Sarawak di mana empat (4) kes telah meninggal dunia dan satu (1) kes sedang dirawat di SGH.

Sekian, terima kasih.
DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

19 Julai 2017


Kenyataan Akhbar KPK 22 Julai 2017 – Stok Vaksin Anti-Rabies di Sarawak Adalah Mencukupi

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada beberapa keratan akhbar Malaymail Online bertarikh, 21 Julai 2017 bertajuk ‘Why no rabies vaccine?  Sarawak ask Putra Jaya amid outbreak’ dan akhbar Borneo Post Online bertajuk ‘Ministry of Health asked, why no ready vaccine’.

KKM dengan ini menafikan kenyataan dalam artikel tersebut mengenai ketiadaan vaksin anti-rabies di Sarawak dan ingin memaklumkan bahawa stok vaksin anti-rabies di Sarawak adalah mencukupi.

KKM sememangnya sentiasa memastikan semua negeri menyimpan stok minima vaksin rabies pada setiap masa sebagai langkah kesiapsiagaan sekiranya diperlukan. Di Sarawak, Hospital Umum Sarawak menyimpan stok vaksin tersebut sebagai persediaan kemungkinan berlakunya jangkitan rabies. Untuk makluman, Sarawak merupakan negeri yang bebas rabies sehingga kes pertama disahkan pada 30 Jun 2017.

Berdasarkan Interim Guideline for Prevention and Control of Human Rabies in Malaysia, kes gigitan anjing kategori 2 dan 3 perlulah diperiksa dan dibuat penilaian oleh Pakar Perubatan bagi menentukan samada kes gigitan anjing mempunyai indikasi untuk divaksinasi atau sebaliknya.

Sejak 1 April 2017, terdapat 624 kes gigitan yang telah dikesan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 401 kes mempunyai indikasi untuk diberi vaksinasi, di mana 395 (98.5%) daripada mereka telahpun diberi suntikan vaksinasi manakala 6 lagi kes akan datang untuk mendapatkan suntikan vaksin dalam masa yang terdekat. Selain itu, terdapat 115 kes yang sememangnya tidak memenuhi kriteria indikasi untuk diberi vaksinasi, manakala baki 108 kes pula telah dikesan pada hari semalam dan sedang diselaraskan bagi pemeriksaan dan penilaian oleh pakar sebelum boleh diberi vaksinasi.

Setakat ini, jumlah vaksin yang diperolehi sejak 1 Julai 2017 sehingga 21 Julai 2017 adalah sebanyak 2,043 vial manakala sebanyak 4,517 vial akan diterima pada awal Ogos 2017 menjadikan jumlah keseluruhan adalah 6,560 vial. Bekalan stok sebanyak 6,560 ini adalah mencukupi untuk memberi rawatan kepada 1,640 kes gigitan anjing yang perlu divaksin (setiap kes adalah diberi 4 kali suntikan vaksin). Berdasarkan anggaran kes gigitan anjing sekarang, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak masih mempunyai simpanan stok vaksin rabies yang mencukupi. Sekiranya diperlukan vaksin tambahan dalam tempoh segera, vaksin boleh dimobilisasikan dari stok vaksin di Negeri-negeri lain di Malaysia.

KKM juga ingin memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes baru dilaporkan. Status terkini wabak rabies adalah lima (5) kes di kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di Serian Sarawak di mana empat (4) kes telah meninggal dunia dan satu (1) kes sedang dirawat di wad Hospital Umum Sarawak (SGH). Kes ini diberi bantuan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal.

Sehubungan itu, masyarakat dinasihatkan agar tidak panik dan tidak menyebarkan maklumat yang tidak benar. KKM bersama JKN Sarawak terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan dalam menangani wabak rabies, dan pada masa yang sama memastikan stok vaksin sentiasa mencukupi.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

22 Julai 2017



Kenyataan Akhbar KPK 24 Julai 2017 – Situasi Terkini Rabies di Sarawak

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan  bahawa kes kelima rabies iaitu seorang lelaki berumur 52 tahun dari Kampung Remun, Sarawak yang telah dilaporkan oleh KKM pada 19 Julai 2017 setelah disahkan positif rabies pada 18 Julai 2017, telah meninggal dunia pada 23 Julai 2017, jam 10:43 malam. Penyebab kematian adalah rabies with underlying pulmonary tuberculosis.

Sehingga 24 Julai 2017, terdapat lima (5) kes dalam kalangan manusia yang telah disahkan positif rabies di mana kesemuanya telah meninggal dunia. Kesemuanya adalah dilaporkan di Serian, Sarawak. Tiada kes baru dilaporkan buat masa ini.

Sebanyak 20 kawasan di dalam tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sehubungan itu, aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sedia telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat. Sehingga 23 Julai 2017, sebanyak 770 kes gigitan haiwan (anjing dan kucing) di dalam tiga (3) bahagian yang terlibat telah dikesan dan diberikan rawatan lanjut.

19983438_10154541842811237_7532608910120239056_o

KKM menasihati orang awam yang tinggal di Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching, Sarawak agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

  1. Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilang kesan air liur;
  2. Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  3. Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar;
  4. Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  5. Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  6. Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain di negeri berkaitan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies  dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA   

24 Julai 2017


Press Statement DG of Health 24th July 2017 – Bridging The Gap Between Registered Medical Practitioners (RMPs) and Managed Care Organisations (MCOs)

$
0
0

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that a meeting was held earlier today to address numerous issues related to Managed Care Organisation (MCO). This meeting was held between the MOH, the MMC, medical professional bodies (MMA, PERDIM, FPMPAM and MPCAM) and major MCOs (PMCare, AIA, Asia Assistance, MiCare and FOMEMA). The Honorable Minister of Health has chaired the meeting and proposed the following:

  1. The contractual agreement between Registered Medical Practitioners (RMP) and MCOs should stipulate that the professional fees are in accordance to the amended 7th Schedule, Private Healthcare Facilities and Services (Private Medical Clinics or Private Dental Clinics) Regulations 2006 once the amended schedule comes into force;
  2. The Director General of Health shall keep a registry of MCOs registered with MOH, and all RMPs should only engage or enter into a contractual agreement with MCOs which are registered with the MOH;
  3. The MCOs and the medical professional bodies to negotiate and formulate a common contractual agreement which does not contravene the Medical (Amendment) Act 2012, the Private Healthcare Facilities and Services Act 1998, Code of Professional Conduct and the Ethical Guidelines by the MMC. The MOH as third party observer shall oversee this negotiation to ensure that the contractual agreement does not contravene the said Acts and Guidelines; and
  4. RMPs will be informed on the implementation of the above through circular issued by Director General of Health in time.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

24th July 2017

WhatsApp Image 2017-07-24 at 10.31.11 PM

WhatsApp Image 2017-07-24 at 10.31.09 PM(1)


Press Statement DG of Health 29th July 2017 – WALK-A-RUN HEPATITIS 2017

$
0
0

Viral hepatitis is inflammation of the liver caused by viruses such as virus Hepatitis A, B, C ,D and E. Hepatitis B and C may lead to chronic liver disease that cause significant economic and disease burden to us in Malaysia. These conditions are usually asymptomatic or the person only experience mild nonspecific flu-like symptoms at the time of infection and for most of the early part of the disease.  These inflammation is variable from minimal scarring to extensive fibrosis. In the long run this may lead to hardening of the liver known as liver cirrhosis. Cirrhosis of the liver can progress to further complications which includes chronic liver failure, liver cancer or death.

13692823_10153607062411237_8828864718706938275_o

Viral hepatitis affected 325 million people worldwide in 2015 with 257 million people with hepatitis B and 71 million people with hepatitis C. Viral hepatitis caused 1.34 million death in 2015 – a figure close to the number of TB death and exceeding death linked to HIV. In Malaysia, it is estimated approximately 380,000 people contracting with hepatitis C.

14495411_10153777554001237_3670436284736233665_n

We have effective treatment to control hepatitis B and a cure for hepatitis C. Progression of chronic Hepatitis B can be controlled with effective oral medication that is available at most  government hospitals.  Not all hepatitis B patients require medications.  Nevertheless, follow-up hospital visits are necessary for early detection of complications of chronic viral hepatitis such as liver cirrhosis and liver cancer.

Whereas, Hepatitis C can be cured .With the new oral  direct acting antivirals (DAAs) taken for 3 to 6 months cure rates have been reported close to 100 % .  However as of 2015, only 7% of the 71 million people with chronic hepatitis C had access to treatment as treatment is very expensive. Here in Malaysia,  the Ministry of Health, Malaysia is working with other partners to find affordable treatment to treat the many people living with hepatitis C. Very soon we will have the results, I hope this will give us a simple yet affordable treatment regimen for an accessible and sustainable hepatitis C program.

14484798_10153763775821237_2132067896474867433_n

The MOH is also drawing up a national strategic plan for viral hepatitis control and elimination. We need both governmental and external agencies working together and hepatitis C champions to fulfill what we are setting out to accomplish. We also need to diagnose those with the infection through blood tests as chronic viral hepatitis is a silent disease.  As public, we have a role to play in eliminating hepatitis. If you have the risk for infections please go to a health facility for the blood tests or if you know a friend who may have the infection, please advise your friend to do the same. If you have viral hepatitis, please see a doctor for assessment to see if you need treatment. And if a treatment has been prescribed for you please take them properly.

World Hepatitis Day is celebrated around the world, on the 28th July every year to raise awareness, understandings about the disease, encourage individuals, policy makers and partners for actions. Our event today is part of the Ministry of Health of Malaysia respond to the call for actions by WHO.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

29th July 2017


Kenyataan Akhbar KPK 2 Ogos 2017 – Makluman Kepada Orang Awam Berkenaan Dokumen Palsu: Pengkelasan Produk Natural Progesterones Cream

$
0
0
  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menarik perhatian orang awam akan dokumen palsu yang kononnya dikeluarkan oleh pihak Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan Malaysia. Kementerian ini telah dimaklumkan berkenaan dokumen bertarikh 10 Julai 2017 dengan rujukan 100717/08/357 (rujuk Lampiran 1) yang menggunakan kepala surat palsu bertulisan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Surat tersebut pada isi kandungannya menyatakan maklumat pengkelasan bagi produk Natural Progesterones Cream.

  1. Pihak KKM dengan ini mengesahkan bahawa dokumen (surat) tersebut adalah palsu dan menafikan bahawa ia dikeluarkan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (sekarang dikenali sebagai Bahagian Regulatori Farmasi Negara atau NPRA). Laporan polis telahpun difailkan.

 

LATAR BELAKANG

  1. Sesuatu produk kosmetik perlu mematuhi semua keperluan yang telah ditetapkan termasuk dari segi kandungan bahan serta had kandungan yang dibenarkan. Untuk menentukan sama ada sesuatu produk perlu didaftarkan / dinotifikasi serta kategori produk tersebut, pihak syarikat boleh memilih untuk membuat permohonan pengkelasan produk dengan pihak NPRA. Namun, aktiviti pengkelasan produk ini bukan merupakan proses wajib dalam pendaftaran produk / notifikasi kosmetik dan hanya bertujuan untuk membantu pihak syarikat.

  1. Semakan pada pangkalan data pengkelasan produk NPRA mendapati bahawa tiada permohonan diterima oleh NPRA bagi pengkelasan produk Natural Progesterones Cream. Selain itu, Progesterone iaitu suatu racun yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 juga merupakan bahan yang tidak dibenarkan dalam formulasi sesuatu produk kosmetik.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM, PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK

  1. Pihak KKM memandang serius isu pemalsuan dokumen terutamanya yang melibatkan penggunaan nama agensi kerajaan dan melibatkan keselamatan pengguna. Kementerian ini juga memberi amaran kepada penjual dan pengedar produk bahawa memiliki, menjual atau membekal produk tidak berdaftar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

  1. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

  1. Orang awam juga boleh menyemak status pendaftaran sesuatu produk farmaseutikal atau status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang www.npra.moh.gov.my ATAU dengan menghubungi NPRA di talian 03-78835400.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

1 Ogos 2017

 

Lampiran 1

 

20424099_736732123178446_3843285884283533784_o


Kenyataan Akhbar KPK 5 Ogos 2017 – Kejadian Penyakit Pertussis (Batuk Kokol) di Negeri Sabah

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai dua (2) kes pertussis yang dilaporkan oleh media baru-baru ini. Kesemua kes tersebut adalah adik beradik dari satu keluarga, bukan warganegara Malaysia yang masing-masing berumur 2 tahun 7 bulan dan 11 bulan. Mereka tidak pernah mendapatkan imunisasi pertussis. Kedua mereka sedang dirawat di Hospital Keningau Sabah dan berada dalam keadaan stabil.  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan di lapangan melalui pencarian kes di kawasan tempat tinggal kes dan pemberian imunisasi pertussis kepada kanak-kanak yang cicir imunisasi. Pendidikan kesihatan melalui ceramah, edaran risalah dan poster juga telah diberikan. Orang ramai tidak perlu merasa khuatir kerana kejadian di Sabah ini adalah terpencil.

Pertussis atau batuk kokol (whooping cough) adalah penyakit cegahan vaksin yang disebabkan oleh bakteria iaitu Bordetella pertussis. Kuman disebarkan melalui udara semasa pesakit bersin atau batuk; dan menjangkiti mulut, hidung dan tekak. Ia boleh menjangkiti semua orang tanpa mengira usia.  Namun, bayi dan kanak-kanak yang tidak mendapat imunisasi lengkap adalah golongan yang paling berisiko tinggi untuk dijangkiti.

pertussis

Lazimnya mereka yang dijangkiti akan mengalami batuk berpanjangan dalam tempoh 1 hingga 2 minggu. Ia boleh berlarutan sehingga 2 bulan. Batuk yang teruk dan berpanjangan ini menyebabkan pesakit menjadi kebiruan (cyanosis) kerana tidak sempat bernafas. Keadaan ini boleh mengakibatkan sawan kerana bekalan oksigen ke otak berkurangan. Komplikasi teruk seperti pneumonia (radang paru-paru), encephalopathy (radang otak) dan kematian boleh berlaku.

Pertussis boleh dielakkan dengan pemberian imunisasi. Ia diberi kepada kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Apabila seseorang kanak-kanak telah mendapat pelalian pertussis yang lengkap dijangkiti kuman ini, mereka hanya akan mengalami gejala ringan tanpa risiko komplikasi. Wabak pertussis dalam komuniti boleh dicegah dengan memastikan liputan imunisasi pertussis sentiasa melebihi 95% pada setiap masa. Liputan imunisasi yang tinggi ini dapat memberikan perlindungan kepada komuniti melalui kesan imuniti kelompok (herd immunity). Justeru, ibu bapa bertanggung jawab memastikan anak-anak mereka mendapat pelalian pertussis yang lengkap mengikut jadual yang ditetapkan. Perkhidmatan imunisasi bagi kanak-kanak ini boleh diperolehi di fasiliti kesihatan Kerajaan dan swasta.

Remaja dan orang dewasa yang bergejala perlu sentiasa mengamalkan adab batuk dan bersin (menutup mulut) serta mencuci tangan selepas batuk bagi mencegah penularan jangkitan kepada orang lain. Mereka yang bergejala juga dinasihatkan supaya tidak mencium bayi kerana bayi berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan pertussis. Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala pertussis.

KKM akan sentiasa memantau kejadian penyakit cegahan vaksin ini, termasuk pertussis. Seperti dimaklumkan, orang ramai tidak perlu merasa khuatir kerana kejadian di Sabah ini adalah terpencil. KKM bersama-sama Jabatan Kesihatan Negeri Sabah akan terus memantau kejadian ini serta meningkatkan aktiviti pencegahan dan kawalan bagi memastikan penularan tidak berlaku.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

5 Ogos 2017


Kenyataan Akhbar KPK 6 Ogos 2017 – Makluman Mengenai Kejadian Jangkitan Influenza Yang Sedang Melanda Hong Kong

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada laporan media mengenai kejadian wabak jangkitan influenza yang kini sedang melanda negara Hong Kong. Berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization; WHO), kejadian berkenaan adalah berpunca dari virus influenza bermusim sediaada dan bukannya melibatkan virus influenza baru yang mungkin tercetus akibat proses mutasi.

Sebagaimana negara-negara beriklim sederhana yang lain, Hong Kong turut mempunyai jangkitan influenza yang ketara pada musim sejuk. Seterusnya, berdasarkan maklumat yang diperolehi juga menyatakan situasi yang kini berlaku di Hong Kong adalah akibat limpahan kes jangkitan influenza yang sebelum ini berlaku dalam musim sejuk dan ianya berlarutan sehingga memasuki musim panas. Situasi serupa pernah berlaku di Hong Kong semasa musim sejuk pada tahun 2015. Begitu juga, pada ketika ini tiada sebarang sekatan perjalanan ke Hong Kong dikeluarkan oleh pihak WHO susulan kejadian tersebut.

KKM ingin memaklumkan bahawa kejadian berkaitan jangkitan pernafasan meliputi influenza di Malaysia sentiasa dipantau rapi bagi mengesan situasi kejadian luar biasa melalui sistem survelan influenza. Pemantauan tersebut meliputi kejadian Influenza Like-Illness (ILI) dan pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan severe acute respiratory infection (SARI). Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) juga bertanggungjawab bagi memantau jenis virus influenza di Malaysia. Berdasarkan pemantauan ini, KKM mendapati tiada trend luar biasa berkaitan influenza yang dikesan di seluruh Malaysia pada masa ini.

Influenza merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Demam selsema atau flu adalah sangat mudah berjangkit. Oleh itu, penularan menjadi lebih mudah berlaku di tempat-tempat yang padat seperti sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, serta kem-kem tentera atau polis. Wabak yang disebabkan virus influenza bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk kepada kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, lelah dan lain-lain. Komplikasi akibat jangkitan influenza teruk yang dialami oleh golongan berisiko tinggi ini juga berpotensi untuk menyebabkan kematian.

Bagi mencegah jangkitan, orang ramai adalah disarankan untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

1. Sekiranya menghidap gejala seperti demam, batuk, dan sakit tekak, sila dapatkan rawatan di fasiliti Kesihatan berhampiran.
2. Anda disarankan berada di rumah sepanjang tempoh bergejala dan kurangkan pertemuan dengan rakan atau saudara mara.
3. Sekiranya bergejala, elakkan ke tempat-tempat awam seperti pusat membeli-belah, sekolah, tadika, tempat kerja atau menghadiri majlis keramaian.
4. Sekiranya masih diperlukan bekerja, mereka yang bergejala perlu memakai penutup hidung dan mulut (mask) sepanjang masa berada di tempat kerja.
5. Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti:
a. Menutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala, atau sapu tangan apabila batuk dan bersin. Tisu yang telah digunakan perlu dibuang ke dalam tong sampah.
b. Kerap membasuh tangan dengan air dan sabun terutamanya selepas batuk atau bersin, selepas menyentuh hidung, mulut atau mata. Sekiranya tiada air dan sabun, cecair hand sanitizer juga boleh digunakan.
c. Elakkan berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain.
d. Pastikan pengudaraan dan pencahayaan yang baik di dalam rumah.
e. Permukaan objek seperti lantai dan meja yang tercemar dengan cecair hidung dan mulut juga perlu dibersihkan.

6. Mereka yang berisiko tinggi dan mereka yang ingin melawat ke negara-negara yang sedang mengalami wabak influenza, adalah digalakkan mengambil suntikan vaksin Influenza bermusim yang boleh diperolehi di fasiliti kesihatan swasta.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6 Ogos 2017

Tarikh: 6 Ogos 2017


Kenyataan Akhbar 8 Ogos 2017 – Kes Difteria di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa sehingga 5 Ogos 2017 iaitu minggu epid 31 tahun 2017, sebanyak 18 kes disahkan difteria telah dilaporkan. Daripada jumlah ini, sebanyak tiga (3) kes telah meninggal dunia walaupun setelah diberikan rawatan anti-toksin. Namun begitu jumlah ini lebih rendah berbanding dengan tempoh yang sama tahun 2016, iaitu 23 kes dengan lima (5) kematian. Kes difteria di kalangan bukan warga negara adalah tiga (3) termasuk dua (2) kematian pada tahun 2016; berbanding hanya satu (1) kes kematian yang dilaporkan pada tahun 2017.

Screen Shot 2017-08-08 at 10.18.09 AM

Satu (1) kes kematian bukan warga negara pada tahun 2017 tersebut, telah dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah adalah melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 9 tahun. Kanak-kanak ini tidak mendapat imunisasi difteria yang lengkap mengikut umurnya. Beliau mula mengalami demam, batuk, sakit tekak dan muntah sejak 18 Julai 2017. Kes telah mendapatkan rawatan di Hospital Duchess of Kent, Sandakan pada 21 Julai 2017 dan didapati terdapat selaput putih di tekaknya. Kes telah diberikan 10 vial anti-toksin difteria sebagai rawatan awal termasuk pemberian antibiotik tetapi meninggal dunia pada 26 Julai 2017. Ujian kultur kali kedua ke atas swab tekak kes ini didapati positif bakteria Corynebacterium diphtheria dan ujian PCR toxigenik. PKD Sandakan telah membuka bilik gerakan bagi memantau dan menyelaras aktiviti pencegahan dan kawalan yang dilaksanakan.

Bakteria Corynebacterium diphtheria ini disebarkan melalui titisan cecair pernafasan dan menjangkiti tekak (tonsil dan farink). Ia menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas. Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan menyebabkan keradangan jantung (miokarditis).

KKM ingin menegaskan bahawa imunisasi difteria yang lengkap mampu mencegah jangkitan bakteria ini. Sekiranya dijangkiti setelah mendapat pelalian lengkap, gejala yang dialami adalah ringan dan tiada komplikasi serius.

Justeru, ibu bapa dan masyarakat diseru untuk memastikan semua anak-anak telah diberikan imunisasi lengkap. Imunisasi difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai, DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenza Type B) yang diberikan kepada kanak-kanak pada umur 2, 3, 5 dan 18 bulan. Dos tambahan selanjutnya diberi pada umur mereka tujuh (7) tahun semasa mereka di sekolah. Imunisasi vaksin lima (5) serangkai ini boleh diperolehi di fasiliti kerajaan dan swasta. Ibu bapa juga disarankan untuk membawa anak mereka segera mendapatkan rawatan awal sekiranya tidak sihat.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

8 Ogos 2017

 



Kenyataan Akhbar KPK – Situasi Terkini Kes Rabies di Sarawak pada 8 Ogos 2017

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan perkembangan terkini  bahawa terdapat satu (1) kes baru telah disahkan rabies dari Kampung Kuala, Bahagian Samarahan, Sarawak. Dengan pengesahan kes baru ini, jumlah kes rabies di Sarawak sehingga 8 Ogos 2017 adalah sebanyak enam (6) kes.

Kes keenam iaitu kes baru yang dilaporkan tersebut adalah seorang kanak-kanak lelaki, berumur 7 tahun berasal dari Kampung Kuala, Gedong, Bahagian Samarahan dan mempunyai sejarah digigit anjing pada 17 Jun 2017. Beliau telah menerima tiga dos suntikan vaksin anti-rabies di Hospital Serian pada 21 Julai 2017, 24 Julai 2017 dan 28 Julai 2017 dan dos keempat dijadualkan pada 4 Ogos 2017. Walau bagaimanapun pada 1 Ogos 2017, kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah dan dimasukkan ke wad Hospital Serian. Keadaan beliau merosot dengan mengalami perubahan sikap dan halusinasi dan telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak pada 3 Ogos 2017. Beliau kini menerima rawatan lanjut di Hospital Umum Sarawak dan terpaksa diberi alatan sokongan pernafasan dan berada dalam keadaan kritikal. Ujian sampel yang dihantar pada 8 Ogos 2017 dan keputusan diperolehi pada hari yang sama menunjukkan positif terhadap virus rabies.

Sehingga 8 Ogos 2017, sebanyak 22 kawasan di dalam tiga (3) bahagian iaitu Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching telah diisytiharkan kawasan jangkitan rabies dalam kalangan haiwan oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Sehubungan itu, aktiviti kawalan dan pencegahan termasuk pengesanan kes gigitan anjing mengikut prosedur sediada telah dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Pejabat Kesihatan Bahagian yang terlibat.

19554799_10154506171336237_2198791464869426564_n

KKM menasihati orang awam yang tinggal di Bahagian Serian, Bahagian Sri Aman dan Bahagian Kuching, Sarawak agar mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan dari dijangkiti penyakit rabies:

  • Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan sabun dan air mengalir bagi menghilangkan kesan air liur;
  • Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika telah mengalami gigitan haiwan seperti anjing atau kucing peliharaan yang agresif atau anjing liar;
  • Pastikan anjing atau kucing peliharaan telah mendapatkan suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan kontak bersama haiwan atau anjing liar;
  • Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar setempat;
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas kontak dengan anjing peliharaan.

KKM dan Jabatan Kesihatan Negeri akan terus mempertingkatkan kerjasama dengan Kerajaan Negeri, Jabatan Perkhidmatan Veterinar serta agensi-agensi lain di negeri berkaitan bagi memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan penyakit rabies dan langkah-langkah pencegahannya bolehlah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak di talian hotline iaitu 082-443248 pada setiap hari Isnin hingga Ahad, jam 8 pagi hingga 5 petang atau emel melalui cprc_sarawak@moh.gov.my.

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

8 Ogos 2017


Kenyataan Akhbar KPK 14 Ogos 2017 – Isu Telur Ayam Yang Tercemar Dengan Bahan Kimia Fipronil di Belanda

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum beberapa laporan berhubung isu telur ayam yang tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda yang disiarkan melalui media kebelakangan ini. Berikutan itu, pihak Jerman, Belanda, Belgium, Sweden dan Switzerland telah menarik balik berjuta-juta telur ayam dari pasaran selepas fipronil dikesan pada produk berkenaan.

eggsSumber: Klik di sini

Fipronil adalah sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. Pengambilan fipronil pada paras yang tinggi dalam jangka masa pendek boleh menyebabkan berpeluh, loya, muntah, sakit kepala, sakit perut, pening, resah, lemah dan kekejangan. Sehingga kini, tiada bukti menunjukkan kesan kronik dan karsinogenik pengambilan fipronil kepada manusia.

Berdasarkan kepada maklumat daripada Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (Food Safety Information System of Malaysia – FoSIM) di bawah KKM, Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Negara Eropah. Di samping itu, pihak Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan termasuk telur ayam yang mengandungi fipronil adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

14 Ogos 2017


Kenyataan Akhbar KPK 15 Ogos 2017 – Isu Dakwaan Pisang Goreng Yang Dicampur Dengan Kapur Siling

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu yang tular di media sosial dan artikel bertajuk “Rezeki terjejas kerana tular palsu” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Ogos 2017 berhubung dakwaan pisang goreng yang dijual berdekatan dengan Hospital Columbia Bandar Puteri di Puchong, Selangor dicampur dengan kapur siling bagi merangupkan makanan tersebut.

whatsapp-image-2017-08-15-at-7-26-13-pm.jpeg

WhatsApp Image 2017-08-08 at 11.33.20 AM

Berhubung perkara ini, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan siasatan ke atas premis yang menjual pisang goreng tersebut.  Pihak Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah mengambil tindakan ke atas premis tersebut oleh kerana beroperasi tanpa lesen. Hasil siasatan seterusnya menunjukkan tepung rangup tersebut telah dibekalkan oleh sebuah kilang di Kuala Lumpur dan didapati bahawa pihak kilang telah tersilap menggunakan kertas pembungkus kapur siling untuk membungkus tepung rangup berkenaan. Dalam hal ini, KKM telah mengarahkan pihak kilang untuk menarik balik kesemua tepung rangup yang telah dibungkus dengan kertas pembungkus kapur siling dari pasaran.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

15 Ogos 2017

 


Press Statement DG of Health 17th August 2017 – Malaysia Wins Bid to Host World Congress of Surgery 2021

$
0
0

The International Society of Surgery (ISS) has announced that Malaysia will play host to the 49th World Congress of Surgery (WCS) in 2021. The announcement was made by ISS at the 47th WCS General Assembly, which is currently being held in Basel, Switzerland. The Malaysian delegations to this assembly were led by myself as the Director General of Health. We are certainly very delighted to receive this preeminent news which marks a defining moment for Malaysia, as it acknowledges the excellent hard work of its partners and stakeholders to secure the bid to host the congress in 2021.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 6.29.55 PMa

The WCS is an international flagship for the profession of surgery worldwide. It is a convention of intellectual discourse held every two years by the International Surgical Society (ISS) in collaboration with its integrated societies, participating societies and national societies of the host country. The congress serves as a platform for all surgical sub-specialties to convene and enhance a mutual camaraderie and exchange innovative ideas, techniques and knowledge. Malaysia has long been an active member this world renowned society.

The successful bidding team was led by the Director General of Health Malaysia and the President of the College of Surgeons Academy of Medicine Malaysia, with strong support from the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), the Honorary Consulate and advisor to Malaysian tourism in Basel YBhg Datuk Jeffery Sandragesan, along with the universities, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) and the respective partners in the medical industries.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 6.31.59 PMaa

The WCS 2021 is expected to generate positive economic impact to the country and it will fully maximise Malaysia’s growth potential as an international hub for surgical training and education. It will also enhance Malaysia’s reputation in attracting the best surgical talents and expert, and cement its position as a leading destination for health tourism. The 5 day bi-annual congress is expected to draw over 3,000 participants from more than 100 countries.

A robust partnership between the public and private healthcare sector, in addition to extensive personal networking and professional relationships built over the years, were among the key factors that helped us in our successful bid to host the WCS 2021. Malaysia offered the WCS the complete ‘eco-system’ in hosting this prestigious meeting, highlighting the strong teamwork between all stakeholders.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 6.32.00 PM

The President of the College of Surgeons Academy of Medicine Malaysia, YBhg. Associate Professor Dato’ Dr Hanafiah Harunarashid said, “It is of great honour for the Nation and our surgical fraternity to be given this opportunity for the first time in our history. But let us not celebrate yet – the hard work is just about to begin. We must all come together to show the world that we are more than capable of hosting this prestigious meeting at the highest standards”.

WhatsApp Image 2017-08-17 at 6.29.53 PM

In this congress, I was appointed to the Executive Board as Councillor at Large for a 5-year term. This marked the first Malaysian to receive such recognition at this level, this add to the honour for the country; to lead and serve this renowned global society.

Thank you.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

 

17th August 2017


Kenyataan Akhbar KPK 19 Ogos 2017 – Isu Kekurangan Bekalan Ubat-ubatan di Hospital Kerajaan

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai satu artikel yang telah dipaparkan dalam The Malaysian Insight yang bertajuk ‘Drug Shortage  Ails Patients in Government Hospitals’ bertarikh 14 Ogos 2017. Menurut artikel tersebut, terdapat masalah bekalan ubat-ubatan di hospital-hospital kerajaan di mana ubat-ubatan dibekal untuk tempoh kurang daripada sebulan dan seterusnya membebankan pesakit  kerana perlu kerap ke hospital untuk mengambil bekalan ubat susulan.

Peruntukan yang mencukupi bagi perolehan ubat-ubatan bagi tahun 2017 telah disalurkan kepada semua hospital berdasarkan jumlah perbelanjaan pada tahun 2016. Walau bagaimanapun, diakui terdapat insiden gangguan bekalan bagi beberapa jenis ubat disebabkan oleh masalah pengilangan yang dihadapi oleh syarikat pengeluar. Di samping itu, terdapat juga peningkatan bilangan pesakit yang datang ke fasiliti KKM pada tahun ini.

Bagi memastikan bekalan ubat mencukupi, tindakan secara close monitoring dan juga mengenalpasti sumber bekalan alternatif bagi ubat-ubatan yang terlibat telah diambil. Peruntukan kewangan tambahan untuk pembelian ubat-ubatan juga telah diagihkan kepada hospital-hospital bagi memastikan bekalan ubat-ubatan kepada pesakit mencukupi dan tidak membebankan pesakit.

Polisi pembekalan ubat-ubatan di fasiliti KKM adalah untuk tempoh sebulan telah dilaksanakan sejak 2016 di mana ianya adalah untuk memastikan kefahaman serta kepatuhan pesakit terhadap ubat-ubatan yang diberi, dan ia juga bagi mengelakkan pembaziran. Semasa sesi temujanji mendapatkan ubat-ubatan tersebut, pegawai Unit Farmasi boleh memberikan nasihat dan maklumat kepada pesakit mengenai ubat yang diberi.

farmasi

Bagi pesakit-pesakit yang menerima bekalan ubat separa, beberapa perkhidmatan tambah nilai telah disediakan untuk memudahkan pesakit mendapatkan bekalan ubat. Antara perkhidmatan tambah nilai yang ditawarkan adalah Sistem Kad Temujanji, SMS dan Ambil, Locker4u (yang boleh didapati di beberapa negeri) dan lain-lain, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M). Pesakit boleh merujuk kepada pegawai farmasi di fasiliti berkaitan untuk maklumat dan penjelasan lanjut. Ini dapat mengatasi masalah pesakit perlu kerap ke hospital untuk mengambil ubat susulan dan tidak perlu menunggu lama di Jabatan Farmasi untuk mengambil ubat.

15977541_397901890546984_1241365537152255475_n

Pihak KKM sentiasa prihatin dengan keperluan kesihatan rakyat dan komited dalam kesinambungan rawatan pesakit. Untuk memastikan bekalan ubat yang berterusan, keperluan peruntukan sentiasa dikaji dan sebarang tambahan peruntukan akan disalurkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

19 Ogos 2017

 

 


Viewing all 1621 articles
Browse latest View live