Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 21 April 2017 – Garis Panduan Pengusaha Food Truck

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel bertajuk “Bentang Garis Panduan Pengusaha Food Truck” yang disiarkan melalui akhbar Sinar Harian bertarikh 20 April 2017. Laporan tersebut menyatakan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bakal membentangkan cadangan mewujudkan garis panduan khusus bagi pengusaha food truck bertujuan membuat penyelarasan dan penyeragaman berikutan terdapat peningkatan tinggi dalam perusahaan tersebut.

KKM menyambut baik hasrat KPKT untuk mewujudkan garis panduan berkaitan dengan pengusaha food truck. Dalam hal ini, KKM akan bekerjasama dengan KPKT untuk mewujudkan garis panduan tersebut.

Sebelum ini KKM telah mewujudkan Garis Panduan Penyediaan dan Penjualan Makanan di Premis Outlet Makanan Bergerak sebagai panduan kepada pengusaha outlet makanan bergerak seperti food truck pada tahun 2016 untuk memenuhi keperluan kebersihan dan keselamatan makanan sebagaimana yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 di bawah Akta Makanan 1983. Selain itu, KKM turut memperkenalkan Pengiktirafan Bersih, Selamat dan Sihat (BeSS) kepada pengusaha premis outlet makanan bagi menggalakkan pengusaha mengekalkan premis yang bersih, menyediakan makanan yang selamat dan pilihan makanan yang lebih sihat kepada pelanggan.

picslide06

Pengiktirafan BeSS mula diperkenalkan kepada konsep perniagaan makanan bergerak atau lebih dikenali sebagai food truck mulai Mac 2016. Ia merupakan kerjasama di antara KKM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melalui Program 1 Malaysia Mobile Hawkers (1MMH).

Memandangkan food truck semakin berkembang pesat pada masa kini, pelaksanaan pengiktirafan BeSS diteruskan kepada pengusaha food truck di seluruh Malaysia. Sehingga Mac 2017, KKM telah memberi pengiktirafan kepada 18  pengusaha food truck manakala 68 lagi sedang dibimbing ke arah pengiktirafan BeSS.

fosim

Sementara itu, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 mewajibkan pengusaha premis outlet makanan bergerak berdaftar dengan KKM. Pendaftaran boleh dilakukan melalui laman sesawang http://fosimdomestic.moh.gov.my. Kegagalan mendaftarkan premis boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun.

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

21 April 2017



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Trending Articles