Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621

Kenyataan Akhbar KPK 11 Jan 2016: Maklumbalas Artikel Bertajuk “Buruh Asing Huni Pusat Kusta” di Akhbar Berita Harian pada 11 Januari 2016

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

MAKLUMBALAS ARTIKEL BERTAJUK “BURUH ASING HUNI PUSAT KUSTA” DI AKHBAR BERITA HARIAN PADA 11 JANUARI 2016

10628110_10153116091417723_6697350385460435996_n.jpg

Pihak Kementerian mengambil maklum isu pencerobohan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) oleh buruh asing sejak sekian lama. PKKN telah pun mengutarakan isu-isu ini kepada pihak yang berwajib. Sebagai usaha bagi menangani isu ini, pihak PKKN telah pun mengambil langkah untuk memotong bekalan elektrik dan air ke chalet / kediaman bekas pesakit kusta yang dikosongkan, namun begitu penyambungan secara haram telah dilakukan sendiri oleh warga asing. Selain itu juga, operasi penguatkuasaan telah dilaksanakan dari masa ke semasa oleh pihak berwajib.

Seperti yang sedia maklum, kawasan keseluruhan PKKN adalah seluas 227 hektar dan dengan keluasan yang sebegini pengawasan dan penguatkuasaan adalah sangat kompleks. Bagi mengelakkan pencerobohan, tanah-tanah kosong ini perlu dibangunkan dan sehingga kini beberapa tapak telah pun dibangunkan untuk pembinaan Hospital Sungai Buloh (Baru), Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan UiTM, Fakulti Pergigian UiTM serta Kompleks Kuarters Integrasi.

Di samping itu, pihak Kementerian juga telah mengenalpasti tapak untuk perancangan projek pada masa depan iaitu sebuah tempat Letak Kereta Bertingkat, Makmal Penyakit Berjangkit serta tambahan Kompleks Kuarters Integrasi. Dengan adanya projek-projek ini, tanah di PKKN akan digunapakai dan dibangunkan untuk kepentingan pihak Kementerian dan dapat mengurangkan pencerobohan oleh pendatang asing. Pada masa ini, kerjasama pihak berwajib amat diperlukan untuk membuat rondaan dan  penguatkuasaan dari masa ke semasa.

Sekian dan terima kasih.

 

DATUK DR NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

11 Januari 2016



Viewing all articles
Browse latest Browse all 1621