Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all 1621 articles
Browse latest View live

Kenyataan Akhbar KPK 6 Jun 2016: Situasi Terkini Demam Denggi & Zika di Malaysia bagi Minggu 21/2016 (22-28 Mei 2016)

$
0
0

KENYATAAN AKHBAR

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 SITUASI TERKINI DEMAM DENGGI DAN ZIKA DI MALAYSIA

Bagi Minggu 21/2016 (22 hingga 28 Mei 2016)

Statistik Denggi terkini pada minggu ke-21 (22 hingga 28 Mei 2016) menunjukkan terdapat pengurangan kes sebanyak 1.3% di seluruh negara iaitu 1,228 kes berbanding 1,244 kes pada minggu sebelumnya. Walaubagaimanapun, terdapat lapan (8) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu Melaka 18 kes (163.6%), Sabah 13 kes (39.4%), Sarawak 13 kes (24.1%), Kelantan 8 kes (50.0%), Perak 7 kes (14.9%), Kedah 2 kes (20.0%), Pulau Pinang 2 kes (8.3%) dan Terengganu 1 kes (7.7%). Jumlah kumulatif kes Denggi dari Januari hingga 28 Mei 2016, menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 4.7% (2,216 kes) iaitu 49,328 kes bagi tahun ini, berbanding 47,112 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Pada minggu ke-21, tiada kematian Denggi yang dilaporkan. Oleh itu, jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 28 Mei 2016, kekal sebanyak 109 kematian berbanding 141 kematian bagi tempoh sama tahun lepas, iaitu penurunan sebanyak 22.7% (32 kematian).

WhatsApp-Image-20160603

Screen Shot 2016-06-06 at 18.59.51

Kementerian Kesihatan Malaysia juga mendapati bilangan lokaliti wabak pada minggu ke-21 tidak berubah iaitu sebanyak 418 lokaliti sebagaimana pada minggu ke-20. Di samping itu, jumlah lokaliti hotspot didapati berkurangan daripada 73 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 60 lokaliti pada minggu ke-21. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan 5 buah negeri iaitu di Selangor (50 lokaliti), Johor (6 lokaliti), Perak (2 lokaliti), manakala WP K.Lumpur & Putrajaya dan Terengganu masing-masing mempunyai 1 lokaliti hotspot.

13308343_987335128049147_2320932604740837054_o

Pemantauan Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar – besaran di seluruh negara dari Januari sehingga 30 Mei 2016 mendapati jumlah premis yang telah diperiksa adalah sebanyak 182,223 premis dan sebanyak 950 kompaun telah dikeluarkan dengan nilai kompaun sebanyak RM475,000.00. Sebanyak tujuh (7) (4%) tapak binaan ditutup daripada 154 tapak binaan yang diperiksa. Di samping itu, 12 tapak binaan telah dibawa ke mahkamah iaitu lima (5) di Selangor, masing-masing tiga (3) di WP K. Lumpur & Putrajaya dan Terengganu serta satu (1) di Negeri Sembilan.

13346953_989506834498643_7230415285195353535_n

WhatsApp-Image-20160603 (1)

Menurut laporan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi tempoh dari 1 Januari 2007 sehingga 25 Mei 2016, secara global, didapati sebanyak 60 buah negara telah melaporkan jangkitan virus Zika. Survelan KKM mendapati sehingga 30 Mei 2016, tiada virus Zika yang dikesan di kalangan masyarakat negara ini berdasarkan kepada keputusan ujian yang dilakukan ke atas 480 sampel oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Selain itu, saringan pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) masih diteruskan dan setakat ini tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika tersebut.

Pada 28 Mei 2016, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah mengeluarkan nasihat kesihatan awam untuk atlet dan juga pelawat untuk mencegah penularan jangkitan virus Zika, sewaktu berlangsungnya acara Sukan Olimpik di Rio de Janeiro, Brazil pada bulan Ogos 2016 yang akan datang iaitu :

  1. Pelawat perlu mematuhi nasihat perjalanan yang telah dikeluarkan oleh WHO dan pihak berkuasa kesihatan negara masing-masing serta mendapatkan nasihat anggota kesihatan sebelum melakukan lawatan.
  2. Sentiasa melindungi diri daripada gigitan nyamuk dengan cara penggunaan repelan dan memakai pakaian sebaiknya berwarna cerah yang menutup anggota.
  3. Mengamalkan seks selamat (contohnya menggunakan kondom) atau mengelakkan melakukan hubungan seks semasa tinggal di negara terlibat dan sekurang-kurangnya 8 minggu selepas kembali ke negara asal masing-masing, terutama bagi mereka yang mempunyai gejala-gejala virus Zika.
  4. Memilih untuk menetap di tempat kediaman berhawa dingin di mana pintu dan tingkap sentiasa bertutup untuk mengelakkan nyamuk daripada memasuki bilik.
  5. Mengelakkan lawatan ke kawasan yang tidak mempunyai bekalan air paip atau kawasan dengan sanitasi yang tidak memuaskan. Ini kerana ianya sesuai bagi pembiakan nyamuk di mana risiko digigit nyamuk adalah tinggi.
  6. WHO turut menasihatkan wanita hamil agar tidak melakukan perjalanan ke kawasan berlakunya jangkitan virus Zika yang berterusan dan ini termasuk Rio de Janeiro. Wanita mengandung yang pasangannya pulang dari kawasan yang melaporkan jangkitan Zika perlu mengamalkan seks selamat atau tidak melakukan hubungan seks sepanjang tempoh kehamilan.

Kementerian Kesihatan Malaysia mempunyai pendirian yang sama sebagaimana Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Untuk mencegah komplikasi akibat jangkitan Zika ini, KKM juga ingin mengingatkan pihak masyarakat untuk mendapatkan rawatan di klinik atau hospital dengan kadar segera sekiranya mengidap gejala dan tanda-tanda jangkitan penyakit berkenaan.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

6 Jun 2016

Screen Shot 2016-06-06 at 19.00.03Screen Shot 2016-06-06 at 19.00.10Screen Shot 2016-06-06 at 19.00.17



Kenyataan Akhbar KPK 13 Jun 2016: Situasi Terkini Demam Denggi dan Zika di Malaysia bagi Minggu 22/2016 (29 Mei Hingga 4 Jun 2016)

$
0
0

5

Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada minggu ke-22 (29 Mei hingga 4 Jun 2016) mendapati kes Demam Denggi telah meningkat sebanyak 3.6% di seluruh negara iaitu 1,272 kes berbanding 1,228 kes pada minggu sebelumnya. Terdapat tujuh (7) buah negeri yang menunjukkan peningkatan kes iaitu Selangor 72 kes (11.2%), Negeri Sembilan 25 kes (75.8%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya 7 kes (5.2%), Johor 5 kes (4.1%), Pahang 3 kes (13.6%), Sabah 1 kes (2.2%) dan WP Labuan 1 kes (100%). Dari Januari hingga 4 Jun 2016, secara kumulatif, kes Demam Denggi telah menunjukkan peratus peningkatan sebanyak 2.6% (1,287 kes) iaitu 50,600 kes, berbanding 49,313 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015.

1

Di samping itu, terdapat dua (2) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-22 di mana kedua-duanya adalah di negeri Selangor. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 4 Jun 2016, adalah sebanyak 111 kematian berbanding 144 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 22.9% (33 kematian).

Peratusan lokaliti wabak juga menunjukkan peningkatan sebanyak 6.5% iaitu daripada 418 lokaliti pada minggu ke-21 kepada 445 lokaliti pada minggu ke-22. Walaubagaimanapun, jumlah lokaliti hotspot didapati berkurangan daripada 60 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 54 lokaliti pada minggu ke-22. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan enam (6) buah negeri iaitu di Selangor (44 lokaliti), Johor (4 lokaliti), Perak dan WP Kuala Lumpur & Putrajaya masing-masing 2 lokaliti, manakala Negeri Sembilan dan Terengganu juga masing-masing melibatkan 1 lokaliti.

KKM turut memantau pelaksanaan Operasi Penguatkuasaan Pembiakan Aedes secara besar-besaran di seluruh negara yang bermula pada 11 April 2016. Sehingga 7 Jun 2016, sebanyak 196,504 premis telah diperiksa dan jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah sebanyak 998 kompaun dengan nilai RM 499,000. Semasa Operasi Penguatkuasaan ini juga, sebanyak lapan (8) tapak binaan ditutup daripada 162 tapak binaan yang diperiksa. Di samping itu, 15 tapak binaan telah diambil tindakan mahkamah iaitu lima (5) di Selangor, empat (4) di WP Kuala Lumpur & Putrajaya manakala tiga (3) tapak binaan masing-masing di Terengganu dan di Negeri Sembilan.  KKM memandang serius isu pembiakan Aedes di tapak binaan ini dan memohon agar semua pemaju tapak binaan melantik Pest Control Operator  untuk melakukan aktiviti pencegahan dan kawalan Aedes di tapak-tapak binaan tersebut.

Sempena bulan Ramadhan ini, KKM juga ingin menasihatkan pihak penjaja dan pengunjung pasar Ramadhan agar dapat menjaga kebersihan alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata yang akan berpotensi untuk menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Kesihatan Daerah hendaklah memantau tempat-tempat tumpuan awam agar bebas daripada pembiakan Aedes seperti kawasan rekreasi, pusat beli belah, kawasan pengangkutan awam dan kawasan rehat dan rawat.  PBT juga hendaklah memastikan kawasan tanah atau lot kosong dibersihkan  sekiranya terdapat pembuangan sampah haram dan penguatkuasaan tegas hendaklah diambil ke atas  pihak terbabit.

Secara global, situasi terkini jangkitan virus Zika yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk tempoh dari 1 Januari 2007 sehingga 1 Jun 2016, menunjukkan  terdapat sebanyak 60 buah negara telah melaporkan jangkitan virus Zika. Survelan KKM mendapati sehingga 6 Jun 2016, tiada jangkitan Zika yang dikesan di negara ini berdasarkan kepada keputusan ujian yang dilakukan ke atas 485 sampel oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR). Selain itu, saringan yang dilakukan ke atas pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) juga menunjukkan tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika setakat ini.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

13 Jun 2016

234


Kenyataan Akhbar KPK 15 Jun 2016: Isu Penjualan Ubat Perangsang Seks Tanpa Preskripsi

$
0
0

small

Kementerian Kesihatan Malaysia mengucapkan terima kasih dan memandang serius laporan dari akhbar KOSMO bertarikh 15 Jun 2016 bertajuk “Ubat Perangsang Seks Bebas Dijual di Farmasi”, di mana ianya adalah berkaitan dengan penjualan ubat perangsang seks secara meluas di farmasi swasta. Keselamatan pengguna adalah menjadi keutamaan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan rakyat secara menyeluruh. Adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Racun 1952 untuk mana-mana ahli farmasi menjual apa-apa jenis ubat terkawal dari kumpulan B (Jadual Pertama Akta Racun 1952) tanpa preskripsi yang sah dari pengamal perubatan berdaftar. Jika sabit kesalahan mana-mana pihak boleh didenda sehingga RM5,000.00 atau hukuman penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Sejak 2014 sehingga kini 6,836 premis farmasi telah diperiksa dan 163 farmasi telah diambil tindakan mahkamah atas kesalahan di bawah Akta yang dikuatkuasakan. Susulan daripada laporan oleh akhbar KOSMO, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM akan mempergiatkan lagi pemeriksaan ke atas farmasi di sekitar ibu negara dan Selangor yang dikatakan menjual ubat perangsang seks tanpa meminta preskripsi doktor. Tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana farmasi yang didapati terlibat melakukan kesalahan menjual ubat tanpa preskripsi doktor.

Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memberi amaran tegas kepada semua farmasi agar sentiasa mematuhi peraturan dan Akta sediada, ataupun bersedia untuk diambil tindakan mahkamah termasuk pembatalan lesen ahli farmasi yang terlibat oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM).

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

15 Jun 2016


Kenyataan Akhbar KPK 16 Jun 2016: Situasi Semasa Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia

$
0
0

hfmd-photo

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan mengenai situasi semasa penyakit Tangan, Kaki dan Mulut atau “Hand, Foot And Mouth Disease” (HFMD) di Malaysia. Penyakit HFMD adalah endemik di Malaysia dan berlaku sepanjang tahun, serta mempunyai tren ’cyclical’ dengan kemuncak setiap tiga (3) tahun. Penyakit ini disebabkan oleh beberapa jenis virus dan kebanyakannya adalah ringan ke sederhana sahaja.  Walau bagaimanapun jangkitan dengan enterovirus 71 (EV71) boleh menjadi teruk dan seterusnya boleh membawa kematian.  Oleh itu pihak KKM sentiasa membuat pemantauan bukan sahaja terhadap kejadian kes tetapi juga jenis virus yang berada di dalam komuniti.

Pada Minggu Epid (ME) 23/2016 (5 Jun 2016 – 11 Jun 2016) bilangan kes HFMD yang dilaporkan di seluruh negara ialah 1,379 kes iaitu peningkatan 83 kes (6.4%) berbanding minggu sebelumnya (1,296 kes). Trend peningkatan kes HFMD telah mula dikesan sejak ME 17/2016 (24 – 30 April 2016) iaitu 794 kes setelah melepasi paras amaran atau ’Alert Level’ (paras yang ditetapkan berdasarkan jumlah kes HFMD pada tahun lepas di Malaysia) iaitu 644 kes seminggu. Sehubungan dengan itu, pihak KKM telahpun mengeluarkan surat Amaran Peningkatan Kes HFMD di Malaysia pada 9 Mei 2016 kepada semua Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) supaya mempertingkatkan pemantauan dari masa ke semasa bagi mencegah dan mengawal penularannya.

Negeri Selangor menyumbangkan jumlah kes tertinggi sehingga kini berbanding negeri lain iaitu 4,441 kes (32.6%), diikuti oleh Johor 1,393 kes (10.2%), WPKL 1,317 kes (9.7%), Sabah 1,299 kes (9.5%), Sarawak 1,108 kes (8.1%), Perak 892 kes (6.5%), Melaka 727 kes (5.3%), Pulau Pinang 713 kes (5.2%), Negeri Sembilan 522 kes (3.8%), Pahang 345 kes (2.5%) dan Kedah 265 kes (1.9%) sementara negeri-negeri lain kurang dari 200 kes. Tiga daerah di Selangor yang tinggi bilangan kes adalah Daerah Petaling (1,626), Hulu Langat (1172) dan Klang (618).

Wabak HFMD ditakrifkan sebagai apabila terdapat dua (2) atau lebih kes HFMD di mana gejalanya timbul dalam tempoh dua (2) minggu di dalam lokaliti yang sama. Sehingga ME 23/2016, Negeri Selangor mencatatkan bilangan kejadian wabak tertinggi dengan 135 wabak (26.7%) berbanding negeri lain, diikuti Sarawak 116 wabak (22.9%), WPKL 58 wabak (11.5%), Johor 49 wabak (9.7%), Melaka 39 wabak (7.7%), Perak 26 wabak (5.1%) dan Negeri Sembilan 20 wabak (4%) sementara negeri-negeri lain kurang dari 20 kejadian wabak.

Penyakit HFMD disebabkan oleh enterovirus dengan majoriti adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan Enterovirus 71 (EV 71). Virus ini merebak secara kontak dengan air liur, cecair lepuh (blister) dan najis mereka yang berpenyakit dan tempoh inkubasi adalah antara 3-5 hari. Kebiasaan jangkitan adalah ringan (mild) dengan gejala demam diikuti ruam melepuh (blister) pada tangan, kaki, mulut dan lidah. Hampir keseluruhan pesakit yang menghidap penyakit HFMD pulih tanpa rawatan perubatan dalam masa tujuh (7) ke sepuluh (10) hari. Kanak-kanak juga boleh mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan, muntah, cirit birit dan kurang selera makan. Walau bagaimanapun, jangkitan EV71 boleh menyebabkan komplikasi teruk seperti encephalitis, pulmonary edema dan myocarditis namun, ianya jarang berlaku.

Penyakit ini cepat menular dengan kadar hampir 100% di kalangan kanak-kanak kurang dari sepuluh (10) tahun terutamanya di premis tempat tumpuan kanak-kanak seperti di taska/tadika. Justeru, KKM ingin menasihatkan ibu bapa atau penjaga kepada kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda jangkitan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan seperti berikut:

  1. Tidak membawa anak ke tempat-tempat awam/ sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan.
  2. Membawa anak yang mempunyai tanda jangkitan berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.
  3. Mengamalkan kebersihan dengan mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin, dan selepas menyentuh / merawat lepoh dan semasa mencuci najis kanak-kanak tersebut.
  4. Membersihkan (basmikuman menggunakan larutan chlorine based) permainan anak serta lantai rumah terutama tandas.
  5. Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul.
  6. Menggunakan peralatan makan dan minum yang berasingan dan tidak berkongsi barangan dengan anak-anak yang lain.

Pihak pengusaha TASKA, TADIKA dan lain-lain pusat jagaan kanak-kanak disarankan supaya mengambil langkah-langkah yang sama seperti di atas.  Di samping itu, saringan di pintu-pintu masuk (gate-keeping) dilakukan bagi memastikan tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum kanak-kanak dibenarkan memasuki premis.

Oleh itu, langkah-langkah pencegahan seperti di atas adalah amat penting bagi mengelakkan peningkatan kes pada tahun 2016. KKM sentiasa memantau kejadian penyakit HFMD di seluruh negara dan mengambil tindakan kawalan dan pencegahan. Untuk makluman, penyakit HFMD merupakan penyakit berjangkit yang perlu dinotifikasi mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342). Pengamal Perubatan dan orang ramai boleh melaporkan kejadian kes HFMD di premis taska / tadika / sekolah ke Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran.

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

16 Jun 2016


Kenyataan Akhbar KPK 17 Jun 2016: Longgokan Ubat Tepi Jalan Bukan Dari Fasiliti KKM

$
0
0

79f233b6-1674-41fb-ab93-6592cdf63fd7

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak akhbar KOSMO berkenaan laporan muka depan akhbar tersebut bertarikh 17 Jun 2016 yang bertajuk “Ubat Beracun Dibiar Berlonggok di Tepi Jalan”.

Susulan daripada laporan tersebut wakil daripada KKM telah pergi ke lokasi yang dilaporkan bersama dengan wakil daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga penduduk Kampung Orang Asli Kampung Batu 16 Gombak, En. Hamid Padam.

Hasil penemuan mendapati lokasi yang dilaporkan dalam KOSMO pada hari ini adalah lokasi yang berlainan daripada lokasi asal longgokan ubat yang telah dilaporkan pada 10 Disember 2015. Malah, longgokan ubat di lokasi lama tersebut telah pun dibersihkan. Walaubagaimanapun, ubat-ubatan yang didapati dalam kawasan tersebut merupakan ubat yang hampir sama dengan penemuan di dalam laporan sebelum ini. Berkenaan dengan laporan KOSMO yang lalu, perkara tersebut telah dimaklumkan dan diambil tindakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Syarikat ubat yang berkenaan telah mengambil langkah-langkah bagi memastikan perkara ini tidak berulang lagi.

KKM ingin menegaskan bahawa ubat yang dijumpai bukan daripada fasiliti KKM. Semua fasiliti KKM akan melupuskan ubat-ubatan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, iaitu melalui pihak Kualiti Alam atau perkhidmatan sokongan hospital, Radicare. Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 di bawah bidang kuasa Jabatan Alam Sekitar telah menetapkan bahawa mana-mana pihak yang dengan tanpa lesen telah mengeluar, melepas atau meletakkan apa-apa benda berbahaya kepada alam sekeliling boleh dikenakan tindakan serius oleh mahkamah jika disabit kesalahan.

KKM sentiasa mengambil berat tentang kesejahteraan rakyat dan memandang serius berkenaan penemuan ini. Syarikat / Pemegang lesen ubat sentiasa diingatkan supaya mematuhi garis panduan dan lunas undang-undang sedia ada yang telah ditetapkan. KKM mengalu-alukan orang ramai berkongsi maklumat sekiranya terdapat penemuan seperti ini di kawasan mereka dengan menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau laman web moh.spab.gov.my untuk sebarang aduan, atau pun berhubung terus dengan Jabatan Alam Sekitar.

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Jun 2016


Kenyataan Akhbar KPK 17 Jun 2016: KKM Kuat Kuasa Undang-undang Farmasi Secara Berterusan

$
0
0

9686ea0d-5a69-4776-a1b9-3c7979722402

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius laporan akhbar KOSMO berkaitan isu penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dan beracun di pasaran. KKM ingin menegaskan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM sentiasa komited dalam membanteras aktiviti penjualan ubat-ubatan tidak berdaftar dan beracun di pasaran, di mana penguatkuasaan undang-undang farmasi bukanlah dibuat secara “ala koboi” seperti yang didakwa. KKM sentiasa memastikan tindakan penguatkuasaan yang diambil adalah bersifat holistik, adil dan saksama kepada pengilang, pengedar, pengiklan dan penjual termasuk komuniti farmasi demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan pengguna.

Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap peniaga-peniaga yang menjual produk kesihatan tidak berdaftar dan dicemari racun berjadual adalah dilaksanakan secara berterusan dan bukannya mengikut musim. Tugas penguatkuasaan ini dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di setiap negeri di mana anggota penguatkuasa farmasi akan menjalankan pemeriksaan secara berkala ke atas premis farmasi, klinik perubatan swasta dan premis tidak berlesen seperti toko jamu dan premis lain yang menjual ubat atau produk kesihatan.

Mana-mana pihak adalah tidak dibenarkan untuk mengimport, mengilang, menjual dan memiliki produk yang tidak berdaftar. Jika disabit kesalahan, mereka boleh didakwa di bawah Akta Jualan Dadah 1952. Tujuan Akta ini dikuatkuasakan adalah untuk melindungi pengguna dan masyarakat daripada bahaya produk kesihatan tidak berdaftar dan beracun di pasaran.

Sejak 2014 sehingga Mei 2016 sebanyak 43,195 premis menjual ubat dan produk kesihatan (Farmasi, Premis Tidak Berlesen, Klinik Perubatan Swasta) telah diperiksa. Dalam tempoh yang sama juga sebanyak 3,370 serbuan telah dijalankan dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM 77,107,358.00. Di samping itu, aktiviti-aktiviti perlindungan pengguna seperti ceramah, pameran dan dialog juga diadakan bagi memperkasakan pengetahuan pengguna tentang ubat dan produk kesihatan di Malaysia.

Susulan laporan oleh Akhbar KOSMO, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM akan meneruskan lagi pemantauan secara berterusan di premis tidak berlesen seperti toko-toko jamu dan kedai kecantikan. Bahagian ini juga mengalu-alukan sebarang aduan daripada orang ramai sekiranya terdapat individu atau premis yang menjual ubat tidak berdaftar di pasaran atau secara online. Orang ramai boleh menghubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau laman web moh.spab.gov.my untuk sebarang aduan.

Pengguna boleh menyemak status pendaftaran produk kesihatan di laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi, www.pharmacy.gov.my atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, www.bpfk.gov.my. Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Facebook rasmi penguatkuasaan farmasi iaitu Pilih Ubat Berdaftar.

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Jun 2016


Kenyataan Akhbar KPK 29 Jun 2016 – Status Terkini Kes Difteria di Malaysia

$
0
0

Sehingga 29 Jun 2016, sebanyak tiga belas (13) kes disahkan difteria dengan lima (5) kematian telah dilaporkan berlaku di negara kita. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Kedah enam (6) kes dengan satu (1) kematian dan Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian. Kesemua kes di Sabah dilaporkan berlaku secara sporadik (terpencil) dan tiada hubungkait antara satu sama lain. Manakala kes difteria di Kedah dan Melaka adalah kejadian kluster dalam keluarga.

Sebanyak dua (2) kes terbaru disahkan berlaku di Sabah, seorang kanak-kanak warganegara berumur 3 tahun yang tiada sejarah menerima imunisasi difteria. Pesakit disahkan difteria pada 23 Jun 2016 dan meninggal dunia pada 27 Jun 2016. Manakala kes kedua pula adalah seorang kanak-kanak bukan warganegara yang berumur 5 tahun dan disahkan difteria pada 28 Jun 2016. Kini dia dirawat di wad isolasi hospital dan dalam keadaan stabil. Anggota kesihatan di semua negeri telah sedia maklum kejadian difteria ini dan telah meningkatkan aktiviti survelan masing-masing.

12

Perkhidmatan imunisasi di klinik-klinik kesihatan, hospital dan klinik swasta dilaporkan mendapat sambutan yang memberansangkan. Saya menyeru agar semua ibubapa terus komited membawa anak-anak mendapatkan imunisasi mengikut jadual. Ibubapa dengan anak-anak di bawah umur 7 tahun dipohon untuk menyemak temujanji imunisasi anak-anak. Sekiranya cicir imunisasi, mohon untuk mendapatkan imunisasi di klinik berhampiran. Anggota kesihatan akan mengatur jadual baru yang sesuai. Semoga sambutan baik ini berkekalan demi memastikan kesihatan anak serta kesihatan umum sentiasa terpelihara melalui imuniti kelompok, seterusnya penyakit cegahan vaksin tidak menjadi masalah kesihatan awam lagi.

Sekian. Terima kasih.

Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
29 Jun 2016


Kenyataan Akhbar KPK 2 Julai 2016 – Pencegahan Demam Denggi Sempena Cuti Perayaan

$
0
0

Pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati jumlah kumulatif kes Demam Denggi dari Januari hingga 25 Jun 2016, adalah sebanyak 55,765 kes berbanding 56,533 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015. Ini menunjukkan petanda yang baik yang mana kes telah berkurangan sebanyak 1.4% (768 kes) berbanding tempoh yang sama tahun 2015. Manakala bagi kes mingguan, pada minggu ke-25 (19 hingga 25 Jun 2016) jumlah kes Demam Denggi di seluruh negara adalah 1,777 kes berbanding 1,803 kes pada minggu sebelumnya iaitu pengurangan sebanyak 1.4%. Namun begitu, terdapat peningkatan kes di lima (5) buah negeri iaitu Sabah (12.9%), Johor (6.5%), WP Kuala Lumpur & Putrajaya (4.5%), Melaka (11.6%) dan Terengganu (50.0%).

Untuk kematian pula, terdapat empat (4) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-25. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 25 Jun 2016, adalah sebanyak 122 kematian berbanding 162 kematian bagi tempoh sama tahun 2015, iaitu penurunan sebanyak 24.7% (40 kematian).

den1

den5

Pemantauan KKM juga menunjukkan jumlah lokaliti wabak meningkat sebanyak 12.5% daripada 575 lokaliti pada minggu ke-24 kepada 647 lokaliti pada minggu ke-25. Jumlah lokaliti hotspot turut meningkat daripada 52 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 74 lokaliti pada minggu ke-25. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan enam (6) buah negeri iaitu di Selangor, Johor, Perak, Sarawak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya dan Pulau Pinang.

Pergerakan orang ramai secara meluas semasa cuti sekolah dan musim perayaan boleh menyebabkan jangkitan Demam Denggi lebih cepat merebak jika terdapat nyamuk Aedes di persekitaran mereka. Sehubungan itu, sempena musim perayaan yang bakal disambut pada minggu hadapan, KKM menasihatkan masyarakat untuk melakukan aktiviti pencegahan seperti berikut;

  1. Memastikan tiada bekas atau tempat-tempat yang berpotensi untuk pembiakan nyamuk Aedes di kawasan kediaman masing-masing semasa pulang bercuti ke kampung.
  2. Memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik ke dalam takungan air kekal terutama apabila tidak menggunakannya lebih dari tempoh seminggu.
  3. Menggunakan semburan aerosol untuk membunuh nyamuk dewasa yang berada di dalam rumah.
  4. Menggunakan bahan penghalau nyamuk (repelen) kepada bahagian badan yang terdedah untuk gigitan nyamuk, terutama pada waktu nyamuk aktif menggigit (5–7 pagi dan 5–7 petang).
  5. Mengelakkan diri daripada pergi ke kawasan wabak atau hotspot denggi. Maklumat tersebut boleh didapati daripada aplikasi mobil iDengue.

13581995_10153550868361237_4058135152036678657_o

Di samping itu, KKM juga memohon kerjasama semua pengusaha bas untuk melakukan semburan aerosol di dalam bas setengah jam sebelum penumpang menaiki bas. Ini bertujuan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang mungkin berada di dalam bas dan seterusnya dapat mengelakkan penyebaran virus Denggi.

Daripada Jun 2015 sehingga 25 Jun 2016, Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah menjalankan ujian ke atas sebanyak 502 sampel untuk mengesan jangkitan Zika di negara ini dan setakat ini tiada sampel yang positif. Di samping itu, saringan yang dilakukan ke atas pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) menunjukkan tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika. Secara global pula, laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 23 Jun 2016, menunjukkan jangkitan virus Zika telah berlaku di sebanyak 61 buah negara.

Sekiranya ada di kalangan masyarakat yang mengalami gejala Demam Denggi dan Zika dapatkan rawatan segera di klinik atau hospital yang berhampiran. Pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa dan mencegah komplikasi kedua-dua penyakit tersebut. Pihak KKM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan ceriakan Aidilfitri anda bebas daripada sebarang penyakit.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

2 Julai 2016

den2den3den4



Kenyataan Akhbar KPK 3 Julai 2016 – Status Terkini Kes Difteria di Malaysia

$
0
0

Sehingga 2 Julai 2016, pertambahan satu (1) kes difteria telah dilaporkan menjadikan 14 kes disahkan difteria dengan lima (5) kematian. Kes terbaru ini merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun mula mengalami demam pada 26 Jun 2016. Tiga (3) hari kemudian pesakit mengalami sawan dan dirujuk ke sebuah hospital di Kedah. Pesakit disyaki difteria dan dimasukkan ke wad. Namun keadaan pesakit bertambah teruk di mana pada 1 Julai 2016 pesakit tersebut memerlukan bantuan peralatan pernafasan. Pesakit kemudiannya dirujuk ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. Pada 1 Julai 2016, ujian makmal mengesahkan bahawa kes adalah positif difteria. Status imunisasi kanak-kanak ini tidak dapat disahkan kerana tiada rekod menunjukkan pengambilan imunisasi.

Dengan pertambahan kes baru ini, menjadikan jumlah kes disahkan difteria sebanyak 14 kes. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Kedah tujuh (7) kes dengan satu (1) kematian dan Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian. Kes terbaru adalah kes sporadik (terpencil) dan tiada hubungkait dengan enam (6) kes terdahulu. Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak kes baru ini dan lain-lain langkah pencegahan serta kawalan telah dijalankan.

Negeri Johor melaporkan satu (1) kes disyaki difteria. Kes berumur lima (5) tahun dan mempunyai sejarah demam dan sakit tekak. Pesakit tidak mendapat imunisasi 5-serangkai yang lengkap. Keputusan ujian makmal belum diperolehi. Rawatan dan langkah-langkah pencegahan dan kawalan untuk jangkitan difteria telah diambil. Keadaan kes adalah dilaporkan stabil.

13434861_1199351786750694_7626945584035914175_n

Ibu-bapa dinasihatkan agar menyemak semula status imunisasi anak-anak masing-masing. Saya menyeru ibubapa dengan anak-anak di bawah umur tujuh (7) tahun agar memastikan anak-anak mereka telah mendapat imunisasi 5-serangkai yang lengkap supaya perlindungan optima dapat diberikan. Semoga langkah pro-aktif semua pihak akan dapat meningkatkan imuniti kelompok dan membendung kejadian difteria dari terus menjadi masalah kesihatan awam.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

 3 Julai 2016


Kenyataan Akhbar KPK 4 Julai 2016 – Penjualan Kapsul Plasenta Tidak Berdaftar Di Laman Media Sosial Facebook

$
0
0

Kementerian Kesihatan Kementerian telah menerima aduan mengenai penjualan kapsul plasenta melalui laman Facebook yang berleluasa kebelakangan ini. Semakan mendapati produk yang diadu iaitu kapsul plasenta yang diiklankan di dalam laman Facebook oleh Ashley HauYi adalah produk tidak berdaftar. Oleh yang demikian, orang awam tidak digalakkan untuk mengambil produk tidak berdaftar ini kerana keselamatan penggunaan produk – produk tersebut tidak dapat dijamin.

placenta

Berkenaan pertanyaan pengadu tersebut terhadap kesan pengambilan plasenta untuk ibu dan bayi yang menyusu badan, kajian (literature review) yang dijalankan oleh Northwestern University, US mengulas bahawa risiko pengambilan plasenta kepada ibu dan bayi yang menyusu adalah tidak diketahui kerana kajian yang dijalankan tidak mengumpul maklumat dari aspek ini. Kajian yang sama juga membuat kesimpulan bahawa tiada bukti yang menyokong tuntutan manfaat pemakanan plasenta seperti perlindungan terhadap kemurungan selepas kelahiran atau peningkatan penghasilan susu badan.

Kementerian Kesihatan Malaysia dan Bahagian Perkhidmatan Farmasi memandang serius penjualan produk tidak berdaftar di pasaran atau secara atas talian (online) ini. Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan cawangannya di setiap negeri di Malaysia telah memulakan aktiviti pemantauan laman web dan media sosial yang aktif menjual dan mengiklankan produk farmaseutikal secara haram sejak 2013. Kementerian Kesihatan Malaysia akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap penjualan produk tersebut.

meditag3

Penjualan produk farmaseutikal di mana-mana medium termasuk media sosial adalah dikawal oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Semua produk perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum diimport, dikilang, dijual atau dibekalkan. Di samping itu, penjual juga mesti memohon kelulusan daripada Lembaga Iklan Ubat sebelum mereka boleh mengiklankan produk mereka di media sosial atau mana-mana medium lain. Pengguna perlu tahu semua produk ubat dan kesihatan perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk ubat yang berdaftar wajib mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label Hologram MeditagTM. Pengguna diingatkan untuk tidak membeli produk kesihatan yang tidak berdaftar di pasaran termasuk secara online.

farmasiweb

Laman Web Bahagian Perkhidmatan Farmasi

pilihubatberdaftar

Laman Facebook Pilih Ubat Berdaftar

Penggunaan ubat yang tidak mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia boleh menjejaskan keselamatan dan kesihatan pengguna. Bahagian ini juga mengalu-alukan sebarang aduan daripada orang ramai sekiranya terdapat individu atau premis yang menjual ubat tidak berdaftar di pasaran atau secara online. Pengguna boleh menyemak status pendaftaran produk kesihatan di laman web Bahagian Perkhidmatan Farmasi, www.pharmacy.gov.my atau Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, www.bpfk.gov.my.  Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui Facebook rasmi penguatkuasaan farmasi iaitu Pilih Ubat Berdaftar. Lihat video JOM KENAL UBAT.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

4 Julai 2016


Kenyataan Akhbar KPK 7 Julai 2016 – Situasi Semasa Demam Denggi dan Zika di Malaysia bagi Minggu 26/2016

$
0
0

5

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati dalam tempoh sebulan kebelakangan ini, terdapat peningkatan tren Demam Denggi yang dilaporkan di seluruh negara bermula dari minggu ke-22. Pada minggu ke-26 iaitu dari 26 Jun hingga 2 Julai 2016, sebanyak 2,017 kes Demam Denggi dilaporkan berbanding 1,777 kes pada minggu sebelumnya iaitu peningkatan sebanyak 13.5%. Sebanyak sembilan (9) buah negeri menunjukkan peningkatan kes iaitu Selangor (22.2%), Pahang (69.6%), Kelantan (45.7%), Pulau Pinang (40.9%), Perak (13.6%), Sarawak (13.3%), Kedah (13.5%), Perlis (500.0%) dan Johor (1.2%). Manakala bagi jumlah kumulatif kes Demam Denggi dari Januari hingga 2 Julai 2016, adalah sebanyak 57,782 kes berbanding 59,365 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, iaitu berkurangan sebanyak 2.7% (1,583 kes).

denggi26-6

Terdapat sepuluh (10) kematian yang dilaporkan pada minggu ke-26. Jumlah kumulatif kematian Denggi dari Januari sehingga 2 Julai 2016, menunjukkan 20.0% (33 kematian) penurunan iaitu, 132 kematian berbanding 165 kematian bagi tempoh sama tahun 2015. Selain daripada peningkatan kes, lokaliti wabak juga didapati turut meningkat. Pada minggu ke-26, jumlah lokaliti wabak adalah 660, iaitu peningkatan sebanyak 2.0%, berbanding 647 lokaliti pada minggu ke-25. Namun begitu, jumlah lokaliti hotspot didapati menurun daripada 74 lokaliti pada minggu sebelumnya kepada 73 lokaliti pada minggu ke-26. Kejadian lokaliti hotspot melibatkan tujuh (7) buah negeri iaitu di Selangor, Johor, Perak, Sarawak, WP Kuala Lumpur & Putrajaya, Negeri Sembilan dan Sabah.

Daripada pemantauan KKM, kes Demam Denggi kebiasaannya akan meningkat selepas musim perayaan. Oleh itu, KKM ingin menasihatkan pihak masyarakat agar peka terhadap gejala dan tanda-tanda Demam Denggi seperti demam, sakit otot dan tulang, ruam, sakit di belakang mata serta sakit kepala. Ini juga termasuk tanda-tanda amaran Demam Denggi seperti sakit perut, kerap muntah, resah, sangat lemah dan pendarahan gusi atau hidung. Sekiranya menghidap gejala dan tanda-tanda tersebut, segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran kerana pengesanan dan rawatan awal dapat menyelamatkan nyawa.

13522801_10153551094321237_3288746174797593702_o

Bagi situasi terkini penyakit Zika, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu dari 1 Januari 2007 sehingga 29 Jun 2016 terdapat sebanyak 61 buah negara yang terlibat. Manakala di Malaysia, sehingga kini tiada jangkitan penyakit Zika dikesan melalui ujian dijalankan oleh Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan juga Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) ke atas 507 sampel darah daripada Jun 2015 sehingga 2 Julai 2016. Di samping itu, saringan yang dilakukan ke atas pelawat di Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) menunjukkan tiada pelawat yang disyaki dijangkiti virus Zika.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan

Kementerian Kesihatan Malaysia

7 Julai 2016

denggi26-1

denggi26-2denggi26-3denggi26-4denggi26-5


Kenyataan Akhbar KPK 8 Julai 2016 – Isu Penjualan Air Kangen Dengan Pelbagai Akuan Kesihatan

$
0
0

IMG_50516114605157hp

Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil maklum laporan mengenai penjualan air Kangen dengan pelbagai akuan kesihatan yang telah menjadi perbincangan hangat netizen dan telah “viral” di media sosial. Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan Malaysia memandang serius pengiklanan makanan yang mengelirukan orang ramai dengan pelbagai akuan kesihatan.

Peraturan 360B, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa air minuman berbungkus yang dijual perlu dilesenkan terlebih dahulu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun, serta air minuman berbungkus tidak berlesen yang dijual boleh rampas. Di samping itu, Seksyen 17 Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa iklan sesuatu makanan tidak boleh mempunyai sebarang akuan kesihatan. Kegagalan mematuhi seksyen tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh dikenakan penjara selama tidak lebih daripada tiga (3) tahun atau denda atau kedua-duanya.

5477615151423469274

 

Setelah diteliti, penjualan dan pengiklanan air Kangen didapati tidak mematuhi peruntukan undang-undang seperti di atas dan Kementerian Kesihatan Malaysia sedang mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sediada terhadap penjualan dan pengiklanan air Kangen yang didakwa mempunyai pelbagai akuan kesihatan.

Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang aduan mengenai penjualan/pengiklanan air Kangen atau mana-mana produk makanan/minuman lain yang diragui akuannya untuk menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau menyalurkan aduan tersebut melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 

8 Julai 2016

13615452_1239495519407667_5807473366969403332_n


Kenyataan Akhbar KPK 10 Julai – Isu Kandungan Logam Berat dan Bahan Kimia dalam Perkakas Dapur Seramik

$
0
0

thestar

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan oleh akhbar The Star pada 9 Julai 2016 di mukasurat 14 bertajuk “Health risk in household ware”. Laporan itu menyatakan bahawa kajian awal yang dijalankan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users bersama Greenfinite Sdn Bhd mendapati bahawa kesemua lapan (8) perkakas dapur seramik yang diuji mereka dengan kaedah X-ray Fluorescence Spectrometry mengandungi logam berat dan bahan kimia pada paras yang tinggi.

Mengikut subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983, barangan seramik yang digunakan dalam penyediaan, pembungkusan, penstoran, penyerahhantaran atau pendedahan makanan perlu diuji mengikut Malaysian Standard MS 1SO 6846-1 Ceramic ware, glass ceramic ware and glass dinnerware in contact with food – Release of lead and cadmium – Part 1: Test method. Jumlah plumbum dan cadmium yang dibebaskan daripada barangan seramik tersebut tidak boleh melebihi  kadar maksimum yang dibenarkan sebagaimana yang ditetapkan dalam peraturan tersebut. Kegagalan mematuhi peraturan tersebut adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara tidak melebihi tempoh dua (2) tahun.

IMG_2379

Kementerian Kesihatan ingin menjelaskan bahawa kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry yang digunakan oleh pihak Malaysian Association of Standard Users adalah berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan. Malaysian Association of Standard Users menggunakan kaedah analisis X-ray Fluorescence Spectrometry untuk mengukur kandungan logam berat yang terdapat dalam perkakas dapur seramik dan bukannya kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik. Dalam hal ini, kaedah analisis yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan sepertimana yang diperuntukkan dalam subperaturan 28(4), Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah lebih sesuai kerana ia menganalisa kandungan logam berat yang dibebaskan oleh perkakas dapur seramik ke dalam makanan bagi tujuan menilai risiko kepada pengguna.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan telah menjalankan pemantauan ke atas perkakas dapur seramik yang dijual di pasaran dan sehingga kini hasil pemantauan menunjukkan bahawa hanya satu (1) perkakas dapur seramik dikesan membebaskan logam berat plumbum melebihi had yang dibenarkan.

Crockery in cool colours

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna. Dengan penguatkuasaan yang bersungguh dan berterusan, Kementerian Kesihatan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal. Pengguna boleh menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri atau  Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat atau melalui laman web http://moh.spab.gov.my atau laman Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan www.facebook.com/bkkmhq jika terdapat aduan berkaitan keselamatan makanan. 

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

10 Julai 2016


Situasi Denggi Terkini hingga 9 Julai 2016: 59,294 Kes & 134 Kematian

$
0
0

 

Mesyuarat Petugas Khas Denggi Peringkat Kementerian Bil 12/2016 pada 12 Julai 2016

Daripada pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Minggu Epid 27 bagi tahun 2016, iaitu bagi tempoh 3-9 Julai 2016 sebanyak 1,512 kes telah dilaporkan, penurunan 505 kes (25.0%) secara keseluruhan berbanding dengan Minggu Epid 26 iaitu 2,017 kes, menunjukkan penurunan sebanyak 25%. Sehingga Minggu Epid 27, jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah 59,294 kes, berbanding 62,648 kes bagi tempoh yang sama tahun 2015, penurunan sebanyak 5.4% (3,354 kes).

Click to view slideshow.

Jumlah kumulatif kematian Denggi sehingga Minggu Epid 27 adalah sebanyak 134 kematian, berbanding 173 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2015, menurun sebanyak 39 kematian (22.5%). Tren penurunan ini adalah berkait rapat dengan musim perayaan di mana tren yang sama dilihat pada tahun 2014 dan 2015.

Pada hari raya ini ramai orang akan berkunjung ke rumah terbuka saudara mara dan rakan-rakan. Penggunaan bekas-bekas makanan dan minuman semasa hari terbuka ini juga akan menambahkan sampah domestik di kawasan kediaman. Adalah dikhuatiri ini mungkin bakal menjurus kepada pembiakan nyamuk Aedes dan seterusnya peningkatan kes Denggi. Sehubungan dengan itu Pihak Berkuasa Tempatan perlu memastikan kutipan sampah dilakukan di kawasan berkenaan bagi mengelak pembiakan nyamuk Aedes.

Selain itu fenomena La Nina yang dilapor bakal melanda negara kita dijangka membawa penurunan hujan yang lebih tinggi bagi beberapa bulan yang akan datang, di mana ini mungkin akan memberi kesan kepada tren kes denggi di Malaysia.

denggi3.JPG

Tren peningkatan kes denggi bagi 5 minggu ini menunjukkan corak yang sama pada tahun lepas. Oleh yang demikian aktiviti–aktiviti pencegahan perlu ditingkatkan seperti aktiviti pembersihan tempat-tempat pembiakan dan mempertingkatkan kempen-kempen kebersihan di peringkat kebangsaan, negeri dan daerah. Aktiviti kempen kebersihan perlu memfokuskan kepada mesej jangan membuang sampah merata-rata dan memusnahkan tempat pembiakan Aedes. Selain itu, pencegahan denggi juga perlu dilaksanakan di peringkat Kementerian, Pihak Berkuasa Tempatan serta lain-lain agensi.

denggi4.JPG

Aktiviti pencegahan yang berkesan juga memerlukan kerjasama dan sokongan daripada semua anggota masyarakat. COMBI adalah salah satu contoh kerjasama antara KKM dan anggota masyarakat. Pasukan COMBI mesti memainkan peranan untuk mengerakkan komuniti dengan bekerjasama dengan agensi–agensi terlibat.

Adalah diharapkan aktiviti pencegahan dan kawalan denggi dapat diperkukuhkan secara bersepadu. Peranan Kementerian dan agensi lain amat diperlukan agar kes denggi di seluruh Negara dapat diatasi dengan kadar segera.


Press Statement DG of Health 13 July 2016: MOH Proposed Guidelines & Audit on Water Birth

$
0
0

Ministry of Health is aware that water birth has been practiced in some private hospitals in Malaysia for several years. However there are growing concerns that more women are opting for this kind of birthing method. Although the numbers are still small, it is of utmost importance that this method must be ensured to be safe for both the mother and the baby. This concern for patient safety has led the Ministry of Health’s effort to formalise a set of guidelines and audit to ensure the safety of women choosing this option of water birthing as their mode of delivery.

WB1 WB2

In 2013, the Ministry of Health convened a meeting with a group of experts in this field to review the water birth practise in both local and international setting. They concluded that there is no significant benefit of water birth over conventional birthing process. However, there are concerns of the increased risk of complications to both mother and baby who opted water birth. Furthermore, there is a significant gap in the local setting as water births are not part of the local training curricula of the advanced diploma in midwifery, nor in the training of Obstetricians and Gynaecologist in Malaysia.

Therefore, any hospital that wishes to offer water birth facilities and services need to fulfil certain criteria, among others are:

  1. The mothers’ pregnancy should be a straightforward pregnancy.
  2. The facility must have the ability to treat any emergency that may arise to either the mother or the baby during and after the process of labour.
  3. The facility must have appropriate equipment (capable for underwater fetal monitoring) which can be used to monitor the progress of both mother and baby during the process of labour.
  4. All healthcare personnel including doctors, midwives and nurses involved in the process of water birth must have adequate training in the method.
  5. Necessary precautionary measures are in place to reduce the risk associated with water birth, for instance infection control measures.

These are some of the criteria, which have been proposed by the expert committee to be incorporated into the guideline for water birth in Malaysian hospital. This guideline and audit framework is currently in the final stage of formalisation and once implemented, hospital that wishes to provide water birth facilities and services may apply to the Ministry of Health. If they satisfactorily comply with the stipulated requirements, they may be allowed to provide this service. Patient safety is of paramount importance to the Ministry of Health in regulating any birthing method.

download

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Director-General of Health Malaysia

13 July 2016



Kenyataan Akhbar KPK 17 Julai 2016: Status Terkini Kes Difteria di Malaysia

$
0
0

IMG_2888

Pada 16 Julai 2016, seorang suri rumah berumur 41 tahun disahkan difteria telah dilaporkan, menjadikan ini kes difteria pertama di kalangan orang dewasa di Malaysia pada tahun 2016. Beliau mula mengalami demam pada 11 Julai 2016 dan mengadu tonsil membengkak, serak suara dan sukar menelan. Pesakit telah mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai 2016. Beliau disyaki menghidap difteria dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, dan kemudiannya dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan. Keadaan pesakit adalah stabil. Pada 16 Julai 2016, ujian makmal mengesahkan bahawa beliau positif difteria. Ini adalah kes sporadik (terpencil). Rawatan profilaksis telah diberikan kepada semua kontak pesakit ini termasuk ahli keluarga serta kakitangan kesihatan dan hospital, juga lain-lain langkah kawalan sedang dijalankan.

Kes baru ini menjadikan jumlah kes sebanyak 15 dengan lima (5) kematian. Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Kedah tujuh (7) kes dengan satu (1) kematian, Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian dan Negeri Sembilan satu (1) kes.

Pada hari ini juga, Hospital Universiti Sains Malaysia pula melaporkan satu kes disyaki diferia. Pesakit merupakan seorang kanak-kanak lelaki berumur 8 tahun, mengalami demam dan sakit tekak semenjak 13 Julai 2016. Beliau juga mengalami bengkak muka dan leher. Keputusan ujian makmal belum diperolehi. Pesakit dalam keadaan stabil dan telah diberi rawatan anti-toksin difteria.

12

Bakteria Corynebacterium diphtheriae boleh menjangkiti tekak orang dewasa dan kanak-kanak. Apabila status kesihatan individu tersebut tidak optima, bakteria akan berkembang biak dan menyebabkan gejala. Ia boleh disebarkan melalui titisan respiratori dan akan memberi risiko kepada orang lain, khususnya kanak-kanak yang kurang daya tahan tubuh dan mereka yang tiada antibodi kerana tidak mendapatkan imunisasi atau status imunisasi tidak lengkap.

Justeru, sekali lagi saya menyeru agar ibubapa memastikan anak-anak di bawah umur 7 tahun telah mendapat imunisasi 5-serangkai yang lengkap. Ia bagi memberi perlindungan optima dan mengelakkan anak dari mendapat jangkitan. Semoga langkah pro-aktif semua pihak akan dapat meningkatkan imuniti anak serta imuniti kelompok, seterusnya membendung kejadian difteria dari terus menjadi masalah kesihatan awam.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

17 Julai 2016

13502856_1197891086896764_7502195795323689300_o


Press Statement DG of Health 18 July 2016 – Launching of the CPG on Early Management of Head Injury in Adults

$
0
0

13567528_639735319542269_3617987317996663146_n

Head injury is one of the commonest and probably the most preventable medical conditions. Road traffic accident is the commonest cause of head injury globally, besides accident at home, workplace and during sports event. This neglected global epidemic has been the concern of the World Health Organization and was highlighted in 1961 World Health Day with a theme of “Accident and Their Prevention”. Accident was among the leading cause of death at that time and a new “epidemic” of public health importance. It is sad to know that after a lapse of 55 years, accident is still the most unsolved epidemic.

According to World Health Organization Road Safety 2015 Report, the global rate of road traffic deaths was 17.4 per 100,000 populations, while the Malaysian estimate rate was 24 per 100,000 populations. This rate is considerably high for our country despite having well equipped with efficient emergency access and care for road traffic victims. These include single universal access telephone number, efficient ambulance services, and availability of trained doctors and paramedics in emergency medicine.

In Malaysia Health Information Management System (HIMS) 2014 Report, trauma contributed to 11.65% from a total of attendances to emergency department at Ministry of Health (MoH) hospitals. Injury was the second highest principle cause of new attendances at specialist clinic visits and third highest principle reason for emergency department visits at MoH hospitals.

13606767_640068466175621_3684319891935602599_n

Head injury is the commonest admission diagnosis to neurosurgical ward in all MoH hospitals. In 2014, 80.3% of emergency neurosurgeries involved head injuries and 8.7% deaths from a total of admissions to neurosurgical wards were due to head injuries.

Mortality and morbidity due to head injury can be reduced by minimising the degree of secondary brain injury. Effective pre-hospital care and transportation of patient are two important factors in determining the best outcomes in patients with head injury upon arrivals at the emergency department. Improvements in the emergency health care services are also essential. The knowledge and training in the management of acute trauma cases among all healthcare providers are vital.

13600264_640645769451224_2512514191720963433_n

The introduction of evidence-based guidelines in the early management of head injury in adults is timely. Systematic referral system which includes utilisation of teleconsultation and protocols for safe transfer of patients outlined in the guidelines are important to optimise the limited number of hospitals with neurosurgical subspecialty services. This will help to establish the missing links in our efforts to provide a safe and effective early management of head injury. The utilisation of the CPG by all healthcare providers may also help to reduce current clinical practice variations and to provide optimum care for all patients with head injury.

The MOH aims to provide neurosurgery subspecialty managing complicated head injury in Hospital Kuala Lumpur and all 13 states hospitals. This was outlined in the specialty and subspecialty framework in 10th Malaysia Plan (2010 – 2015) Report.

13590518_641160406066427_1883251116690325507_n

The CPG on Early Management of Head Injury in Adults covers various aspects of early management of head injury such as initial assessment, triaging, imaging, general management, use of certain medications such as anticoagulant or antiplatelet, discharge advice and follow-up. There are many algorithms and appendices to provide better understanding of the management of head injury.

The MOH is always supportive of any effort aimed at improving delivery of healthcare services. This includes the various implementation strategies of the CPG which helps to equip healthcare providers with relevant knowledge and skills when managing patients with head injury. In relation to that, training of core trainers nationwide based on the CPG training module will be conducted soon after this launching.

Thank you.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Director-General of Health Malaysia

18th July 2016

10447160_498085696991528_4756228097638522690_n


KENYATAAN AKHBAR KPK 22 JULAI 2016 – STATUS TERKINI KES DIFTERIA DI MALAYSIA

$
0
0

IMG_2888s

Dari 18 sehingga 21 Julai 2016, sembilan (9) kes baru disahkan difteria telah dilaporkan, iaitu enam (6) kes dari Negeri Sembilan, dua (2) dari Pulau Pinang dan satu (1) kes dari Kedah. Ini menjadikan kumulatif kes difteria kepada 24 kes termasuk lima (5) kematian. Pecahan kes mengikut negeri adalah Kedah lapan (8) kes dengan satu (1) kematian, Negeri Sembilan tujuh (7) kes dan tiada kematian, Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian, Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian dan Pulau Pinang dua (2) kes dan tiada kematian.

Sembilan (9) kes baru ini berumur dalam lingkungan 8 hingga 50 tahun. Enam (6) daripadanya memberi sejarah telah mendapat imunisasi difteria lengkap. Empat (4) dari enam (6) kes baru dari Negeri Sembilan adalah anak-anak kepada kes wanita dari Rembau dan dua (2) kes lagi merupakan kakitangan Klinik Kesihatan Rembau yang menjadi kontak kepada kes pertama ini. Manakala kes dari Kedah dan Pulau Pinang merupakan kes terpencil (sporadik) dan tiada kaitan dengan kes-kes yang telah dilaporkan sebelum ini. Kesemua kes dilaporkan dalam keadaan stabil, telah diisolasikan dan diberikan rawatan antibiotik.

Manakala kes yang disyaki difteria yang dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia yang dilaporkan dalam Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia bertarikh 17 Julai 2016 adalah negatif bagi ujian makmal difteria.

diff

Seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini, orang dewasa dan kanak-kanak yang pernah mendapat vaksinasi lengkap masih boleh dijangkiti dengan bakteria. Namun begitu gejala yang dialami mereka adalah ringan dan risiko komplikasi akibat toksin yang dihasilkan oleh bakteria berkenaan adalah rendah. Semua kes yang membawa maut dan menunjukkan gejala serius adalah dari kalangan mereka yang tidak mendapat pelalian atau pelalian yang tidak lengkap, khususnya di kalangan kanak-kanak. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia menyeru agar ibubapa segera membawa anak-anak yang belum menerima pelalian atau belum lengkap, ke mana-mana klinik yang berhampiran bagi memastikan anak-anak mereka dilindungi dari jangkitan ini.

IMG_3431

hand-hygiene-practices-17-728

Saya menyeru semua kakitangan kesihatan dan perubatan yang merawat pesakit agar sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk memakai alat perlindungan diri khususnya topeng mulut dan hidung (mask) dan mengamalkan amalan membasuh tangan selepas merawat pesakit. Manakala orang ramai yang mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan disarankan agar memakai topeng mulut dan hidung (mask) bagi mengelakkan penyebaran bakteria dan virus melalui sekresi respiratori. Hendaklah sentiasa mengamalkan kebersihan diri termasuk etika batuk/bersin yang betul, elakkan keluar ke tempat awam (terutama tempat-tempat sesak) seperti pusat jagaan kanak-kanak, tadika dan lain-lain serta mendapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami gejala tersebut. Ibubapa dengan anak-anak di bawah umur 7 tahun pula diseru untuk mendapatkan imunisasi 5-serangkai yang lengkap bagi mengelakkan jangkitan difteria dan komplikasinya.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

22 Julai 2016


Kenyataan Akhbar KPK 21 Julai 2016 – Punca Kematian Bayi Difteria Dalam Penyiasatan Lanjut

$
0
0

Untitled

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, pada tengahari 24 Julai 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah telah melaporkan satu (1) kematian, kanak-kanak lelaki berusia 11 bulan yang pernah dirawat sebagai kes difteria pada 21 Jun 2016. Beliau telah menerima rawatan antitoksin dan antibiotik yang lengkap. Keputusan dua (2) swab tekak dua (2) minggu selepas selesai rawatan antibiotik adalah negatif terhadap bakteria Corynebacterium diphtheriae. Rawatan ke atas kanak-kanak tersebut diteruskan di Unit Rawatan Rapi (ICU) sehingga dia didiscaj pada 20 Julai 2016 dengan bekalan antibiotik untuk tempoh satu (1) minggu.

Pada 24 Julai 2016, awal pagi ibu kanak-kanak itu mendapati anaknya tidak bertindakbalas dan kebiruan (cyanosed). Beliau terus dibawa ke jabatan kecemasan Hospital Kerajaan pada pagi tersebut dan telah diberi rawatan kecemasan. Walau bagaimanapun pesakit gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia. Post-mortem telah dijalankan dan penyebab kematian ini akan dimaklumkan setelah menerima laporan rasmi.

Pihak KKM telah mengadakan lawatan ke rumah keluarga ini dan bekerjasama dengan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi memberikan khidmat kaunseling dan sokongan yang sewajarnya. Perkhidmatan kaunseling akan diteruskan bagi memberi sokongan kepada keluarga ini di saat kesukaran yang sedang dihadapi.

IMG_3643

Sehingga hari ini, bilangan kes disahkan difteria di Malaysia masih kekal 24 kes termasuk 5 kematian. Sebarang perkembangan berkaitan status kes difteria di Malaysia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

24 Julai 2016


Kenyataan Akhbar KPK 27 Julai 2016 – Status Kes Difteria di Malaysia

$
0
0

IMG_3857

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 26 Julai 2016, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah melaporkan satu (1) kes disahkan difteria. Kes seorang kanak-kanak warganegara berumur 6 tahun yang telah menerima imunisasi tiga (3) dos utama tetapi cicir dos tambahan pada usia 18 bulan. Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan selsema pada 11 Julai 2016. Pesakit telah mendapatkan rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Likas dan telah dimasukkan ke wad pada 17 Julai 2016. Kini pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi. Ujian kultur swab tekak kes ini adalah positif bakteria Corynebacterium diphtheria. Kes telah menerima rawatan antitoksin dan masih diberi antibiotik.

Sehingga hari ini, bilangan kes disahkan difteria di Malaysia meningkat kepada 25 kes termasuk 5 kematian; iaitu Kedah lapan (8) kes dengan satu (1) kematian, Negeri Sembilan tujuh (7) kes dan tiada kematian, Sabah lima (5) kes dengan tiga (3) kematian, Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian dan Pulau Pinang dua (2) kes dan tiada kematian.

herdimm4

KKM ingin memberi penekanan tentang betapa pentingnya anak-anak di bawah umur 7 tahun diberikan imunisasi 5-serangkai dengan lengkap bagi mengelakkan jangkitan difteria dan komplikasinya. Ibubapa adalah dinasihatkan agar menyemak semula status imunisasi anak-anak masing-masing dan membawa mereka mendapatkan imunisasi sekiranya belum lagi mendapatkannya atau tidak mengambil dengan lengkap.

Sebarang perkembangan berkaitan status kes difteria di Malaysia akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

27 Julai 2016

herdimm3


Viewing all 1621 articles
Browse latest View live