Quantcast
Channel: From the Desk of the Director-General of Health Malaysia
Viewing all 1621 articles
Browse latest View live

Kenyataan Akhbar KPK 22 Ogos 2018 – Situasi Terkini Rabies di Sarawak

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 18 Ogos 2018 yang telah memaklumkan mengenai seorang pesakit yang disyaki dijangkiti rabies telah dimasukkan ke wad Hospital Umum Sarawak (HUS) pada 16 Ogos 2018. Hasil ujian sampel klinikal yang dijalankan adalah positif bagi jangkitan rabies. Dukacita dimaklumkan bahawa pesakit ini telah meninggal dunia pada 21 Ogos 2018 jam 10.15 pagi dengan punca kematian akibat Rabies Encephalitis. KKM mengucapkan takziah kepada keluarga beliau.

Kes kematian rabies ini adalah seorang lelaki berumur 44 tahun dari Jalan Matang, Kuching. Berdasarkan maklumat yang diterima, beliau tidak mempunyai sejarah digigit anjing atau haiwan lain namun pernah memukul seekor anjing liar yang telah menggigit isterinya pada 13 Januari 2018. Ketika itu, pesakit mempunyai luka terbuka di tangan kanan beliau. Dilaporkan bahawa anjing tersebut kemudiannya telah mati.

Pesakit tidak mendapatkan sebarang rawatan walaupun telah membawa isteri beliau ke hospital untuk rawatan dan vaksinasi. Beliau mula mengalami sakit di tangan kanannya pada awal Ogos 2018 dan telah mendapatkan rawatan pesakit luar pada 6 Ogos 2018. Keadaannya bertambah teruk sejak 11 Ogos 2018 dan mengalami gejala kebas dan lemah tangan kanan, tidak boleh bergerak, ketegangan di leher dan hidrofobia. Beliau telah dibawa ke Unit Kecemasan HUS untuk mendapatkan rawatan pada 16 Ogos 2018. Ujian ke atas sampel klinikal yang dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) didapati positif bagi jangkitan virus rabies. Untuk makluman, buat masa ini isteri kepada pesakit berada dalam keadaan sihat dan telah melengkapkan jadual vaksinasi anti-rabies beliau sebanyak 4 dos.

rbies

Sejak rabies diisytiharkan wabak di Sarawak pada 30 Jun 2017 sehingga 21 Ogos 2018, jumlah kes dalam kalangan manusia adalah 13 kes termasuk 12 kematian rabies; dengan kadar kematian 92.3 peratus. Hanya terdapat seorang pesakit yang telah didiscaj dari hospital namun dengan komplikasi neurologi yang teruk dan kini dirawat di rumah.

KKM ingin mengingatkan orang awam betapa pentingnya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti berikut bagi mengelakkan daripada jangkitan rabies.

  • Cuci bahagian tubuh yang digigit dengan air mengalir dan sabun selama 15 minit bagi menghilangkan kesan air liur haiwan tersebut;
  • Dapatkan rawatan segera ke klinik kesihatan atau hospital terdekat jika digigit anjing atau haiwan yang agresif;
  • Pastikan anjing peliharaan telah mendapat suntikan anti-rabies di klinik haiwan terdekat dan elakkan ia bergaul dengan haiwan liar;
  • Jika anjing atau kucing peliharaan didapati tidak sihat atau agresif, dapatkan rawatan di klinik haiwan dan laporkan ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar berhampiran;
  • Laporkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan jika terdapat anjing liar yang berkeliaran di kawasan tempat tinggal; dan
  • Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti amalan mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun selepas menyentuh haiwan peliharaan.

KKM terus mempertingkatkan usaha bagi menangani wabak rabies di kalangan manusia daripada terus menular. Namun begitu, usaha ini memerlukan kerjasama padu dari semua pihak yang terlibat dalam memastikan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan virus rabies dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

22 Ogos 2018

 

rabies JKN Sarawak.jpg


Kenyataan Akhbar KPK 28 Ogos 2018 -Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) di Malaysia

$
0
0

Screen Shot 2018-08-28 at 9.27.47 AM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan pada 26 Ogos 2018, sebanyak 138 kes penyakit HFMD dilaporkan di seluruh negara berbanding dengan hari yang sama pada minggu sebelumnya (19 Ogos 2018), iaitu 271 kes. Jumlah ini berkurangan sebanyak 133 kes (49.1%).

Bagi jumlah kes mingguan untuk tempoh 19 Ogos hingga 25 Ogos 2018, sebanyak 2,235 kes dilaporkan dengan pengurangan sebanyak 1,591 kes (41.6%) berbanding dengan minggu sebelumnya (12 Ogos hingga 18 Ogos 2018); iaitu 3,826 kes. Kesemua negeri menunjukkan penurunan kes antara 13.3% hingga 65.5%.

Pada keseluruhannya, kes HFMD dari 1 Januari 2018 sehingga 25 Ogos 2018 adalah 55,391 kes. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah kes pada tahun 2017 iaitu 24,398. Peningkatan kes adalah sebanyak 127.0% atau 30,993 kes. Kesemua negeri menunjukkan pertambahan kes.

Tiada kes kematian HFMD yang baru. Kematian disebabkan HFMD dan jangkitan EV71 kekal dua (2) kes, iaitu masing-masing satu (1) di Sarawak dan satu (1) di Pulau Pinang.

Screen Shot 2018-08-28 at 9.27.34 AM

Memandangkan cuti persekolahan dan cuti Hari Raya Aidil Adha telahpun berakhir, mulai minggu ini kebanyakan ibu bapa telah mula bekerja dan menghantar anak-anak mereka ke sekolah. Justeru itu ibu bapa diminta untuk memastikan semua ahli keluarga khususnya kanak-kanak kecil sentiasa dalam keadaan sihat dan mengamalkan kebersihan diri yang betul. Sekiranya anak didapati tidak sihat dan mempunyai gejala HFMD, bawalah segera ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan. Elakkan menghantar anak yang tidak sihat ke sekolah atau membawa ke tempat-tempat awam yang sesak.

HFMD (1)

KKM ingin menggesa pengusaha dan penjaga kanak-kanak di taska, tadika, tabika atau pra-sekolah agar terus melaksanakan lima (5) amalan amat penting seperti di bawah bagi mengawal dan mencegah jangkitan HFMD iaitu:

  1. Penjagaan kebersihan diri;
  2. Amalan cuci tangan yang betul;
  3. Penjagaan kebersihan persekitaran;
  4. Pemeriksaan/saringan di pintu masuk (gatekeeping screening) taska / tadika / tabika / pra-sekolah dan sekolah; dan
  5. Disinfeksi atau nyahkuman permukaan-permukaan yang tercemar

HFMD 2

KKM juga ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa :

  1. Memastikan kebersihan premis dan peralatan serta perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak dijaga;
  2. Mengamalkan kebersihan diri termasuk cuci tangan selepas menguruskan kanak-kanak sebelum mengendalikan yang lain;
  3. Memastikan lampin pakai-buang dibuang dalam tong sampah bertutup; dan
  4. Melaporkan wabak HFMD kepada pejabat kesihatan daerah berhampiran untuk tindakan kawalan dan pencegahan.

Adalah diharapkan dengan langkah pencegahan yang diambil oleh semua pihak dapat menyekat penularan HFMD ini daripada terus merebak.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

28 Ogos 2018

Kenyataan Akhbar KPK 31 Ogos 2018 – Isu Penjualan Ubat-Ubatan Tidak Berdaftar Oleh Warga Asing

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius berkenaan artikel yang disiarkan oleh akhbar Harian Metro bertarikh 23 Ogos 2018 yang bertajuk “Doktor Bangla” Mini Dhaka.  Artikel tersebut telah melaporkan berkenaan penjualan ubat-ubatan yang tidak berdaftar di kawasan ibu kota Kuala Lumpur yang didalangi oleh warga Bangladesh.

Hasil siasatan awal mendapati sebanyak sepuluh (10) premis yang disyaki digunakan untuk menjual ubat-ubat tidak berdaftar kepada warga asing di sekitar Jalan Tun Tan Siew Sin (Jalan Silang) di ibu kota Kuala Lumpur. Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan membeli-belah warga asing terutamanya warga Bangladesh dan kebanyakan pembeli ubat-ubat tidak berdaftar ini adalah di kalangan warga Bangladesh.

TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis-premis perniagaan berkenaan dan hasil tindakan yang dijalankan sebanyak 280 jenis ubat-ubat tidak berdaftar bernilai lebih RM 200 ribu telah dirampas untuk siasatan lanjut. Ubat-ubat yang tidak berdaftar yang dirampas juga disyaki mengandungi racun berjadual seperti ubat antibiotik (Cefuroxime, Metronidazole), ubat penahan sakit (injeksi Tramadol, injeksi Ketoprofen) dan ubat penenang (injeksi Diazepam). Premis perniagaan ini juga pernah telah diambil tindakan penguatkuasaan pada tahun 2016 dan 2017.

Di bawah Pelan Strategik Program Farmasi 2017- 2020, kawasan ini juga merupakan di antara lapan puluh (80) kawasan Hotspot yang telah dikenalpasti sebagai kawasan tegar penjualan produk tidak berdaftar di seluruh negara. Pelan tindakan ini mensasarkan kawasan Hotspot yang dikenalpasti di seluruh Malaysia bebas dari penjualan produk tidak berdaftar menjelang tahun 2020. Susulan daripada tindakan penguatkuasaan yang dijalankan, premis yang tegar menjual produk tidak berdaftar di kawasan Hotspot seluruh negara telah menurun sebanyak 63.3% pada tahun 2017.

Selain itu, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi turut giat menjalankan pemantauan secara berterusan dengan kerjasama pihak Kastam DiRaja Malaysia melalui aktiviti pemeriksaan / penyaringan semua produk kesihatan di semua pintu masuk bagi mengawal kemasukan produk kesihatan yang tidak berdaftar dengan KKM ke dalam pasaran Malaysia.

Penjualan ubat – ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a), Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan satu kesalahan di bawah Peraturan 30(1) peraturan yang sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 12(1) Akta Jualan Dadah 1952. Pengambilan ubat yang mengandungi racun berjadual sebagai ubat terkawal oleh orang awam juga mestilah melalui diagnosis seorang pengamal perubatan berdaftar untuk tujuan rawatan atau dibekalkan oleh seorang ahli farmasi berlesen dengan preskripsi yang sah.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya. Bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

NASIHAT KEPADA ORANG AWAM

Pihak kementerian menasihatkan orang ramai supaya memastikan produk-produk yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang berkuatkuasa. Pengguna seharusnya bersikap bijak dalam memilih produk-produk kesihatan di pasaran. Semua produk ubat-ubatan di Malaysia perlu berdaftar dengan KKM terlebih dahulu sebelum dipasarkan termasuklah produk yang dibuat di luar negara. Produk berdaftar mempunyai nombor pendaftaran MAL dan label Hologram Meditag pada pembungkusannya. Pengguna boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk dengan melayari www.npra.moh.gov.my / ATAU dengan menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

Enforcement Pharmacy Numbers

Orang ramai digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan sebagai usaha bersama pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk kesihatan yang tidak dibenarkan bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam. Aduan dan maklumat tersebut boleh disalurkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM melalui laman sesawang http://www.pharmacy.gov.my ATAU melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di http://moh.spab.gov.my. ATAU mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi yang berdekatan ATAU melalui talian 03-78413200 agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras penjualan produk tidak berdaftar di pasaran.

 

Sekian, terima kasih

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Ogos 2018

Kenyataan Akhbar KPK 31 Ogos 2018 – Kejadian Wabak Mumps (Beguk) di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak

$
0
0

Pada 29 Ogos 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta telah menerima laporan mengenai kejadian wabak mumps (beguk) di kalangan pelajar Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak. Kejadian tersebut melibatkan 21 pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun daripada sejumlah 660 orang pelajar dan kakitangan sekolah yang terdedah (3.2%). Semua kes adalah stabil dan telah diberi rawatan pesakit luar.

Penyakit mumps disebabkan oleh jangkitan virus Paramyxovirus. Pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, sakit otot, keletihan, hilang selera makan dan sakit serta bengkak kelenjar air liur. Ia boleh tersebar melalui titisan cecair pernafasan dan air liur serta melalui sentuhan objek yang tercemar. Jangkitan mumps biasanya adalah ringan dan boleh sembuh sepenuhnya tanpa komplikasi selepas dua hingga tiga minggu. Komplikasi jangkitan pada kelenjar testis, telinga, otak, kelenjar ovari dan buah dada adalah sangat jarang berlaku.

Adalah mustahak untuk ibubapa memastikan anak-anak mereka mendapatkan imunisasi untuk penyakit mumps bagi mengelakkan komplikasi jangkitan. Di Malaysia, imunisasi mumps diberikan dalam bentuk vaksin tiga (3) serangkai Measles-Mumps-Rubella (MMR) sejak tahun 2002. Berdasarkan jadual imunisasi kebangsaan yang terkini mulai April 2016, vaksin ini diberikan sebanyak dua kali iaitu Dos 1 pada usia sembilan (9) bulan dan Dos 2 pada usia satu (1) tahun.

Screen Shot 2018-08-31 at 09.44.08.png

cough etiquette

Masyarakat juga perlu sentiasa memastikan kebersihan diri dan persekitaran serta mengamalkan etika batuk yang betul bagi mengelakkan penularan penyakit ini. Sekiranya mengalami gejala dan tanda-tanda, sila dapatkan rawatan awal di mana-mana fasiliti kesihatan bagi mengelakkan sebarang komplikasi. Pesakit mumps juga perlu diasingkan dan tidak berkunjung ke tempat awam untuk mengelakkan perebakan jangkitan kepada orang lain.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

31 Ogos 2018

Kenyataan Akhbar KPK 4 September 2018 – Pembatalan Pendaftaran Produk Tradisional Tie Da Zhi Tong Gao yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Diphenhydramine

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk tradisional berikut:

Screen Shot 2018-09-04 at 15.57.45.png

IMG_20180214_102411

IMG_20180214_102526

Hasil pemantauan di pasaran mendapati produk tersebut telah dikesan mengandungi racun berjadual, Diphenhydramine di dalam formulasi produk tradisional. Sehubungan itu, pendaftaran produk ini telah dibatalkan oleh Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) pada mesyuaratnya yang ke-326 bertarikh 28 Ogos 2018 berikutan pengesanan racun berjadual tersebut di dalam produk berkenaan yang tidak dibenarkan dalam formulasi produk tradisional.

Produk Tie Da Zhi Tong Gao didaftarkan sebagai produk tradisional untuk kesakitan akibat lebam dan terseliuh serta sakit otot dan sakit sendi. Diphenhydramine merupakan sejenis antihistamin untuk melegakan reaksi alahan yang dikawal di bawah Akta Racun 1952 dan hanya boleh diperolehi daripada doktor atau ahli farmasi. Kesan sampingan Diphenhydramine yang digunakan secara topical (digunapakai ke atas permukaan badan) termasuk ruam, gatal-gatal serta peningkatan kepekaan terhadap cahaya.

PERINGATAN 

Penjual dan pengedar produk ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk tersebut dengan serta-merta. Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Orang awam yang sedang menggunakan produk Tie Da Zhi Tong Gao adalah dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan yang tidak diingini (adverse effect). Selain itu, pengguna dan orang awam adalah dinasihatkan untuk menyemak status pendaftaran sesuatu produk dengan melayari laman sesawang http://npra.moh.gov.my/.

Dalam usaha KKM melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam melalui pemantauan secara berterusan, orang ramai turut digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan sebarang maklumat melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

4 September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 6 September 2018 – Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Isu Keselamatan Import Produk Makanan dari Negara Luar

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum artikel oleh Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bertajuk “Strategi Jamin Bekalan Makanan” yang disiarkan pada 5 September 2018 dalam akhbar Utusan Malaysia yang merujuk kepada laporan akhbar bertarikh 23 Ogos 2018 yang melaporkan kebimbangan longgokan sayur yang kurang bermutu berikutan kelemahan penguatkuasaan terhadap import produk makanan dari negara lain.

Screen Shot 2018-09-06 at 12.29.21

Sumber foto: Utusan.com.my

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bertanggungjawab untuk memastikan produk makanan di pasaran tempatan dan diimport mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah menetapkan kadar maksimum residu racun perosak (maximum residue limits, MRLs) bagi komoditi makanan termasuk sayur-sayuran dan buah-buahan.

Hasil pemantauan KKM dari tahun 2017 sehingga Jun 2018, sebanyak 5144 sampel sayur-sayuran dan buah-buahan telah diambil di pasaran tempatan dan di pintu masuk negara bagi yang diimport untuk dianalisis. Hasil analisis mendapati hanya sebanyak 97 (1.9%) sampel dikesan mengandungi residu racun perosak melebihi kadar maksimum yang dibenarkan. Daripada jumlah ini, sebanyak 526 adalah sampel cili segar di mana sebanyak 9 (1.7%) sampel tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan tindakan penguatkuasaan telah dijalankan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM akan meningkatkan pemantauan ke atas sayur-sayuran termasuk cili dan buah-buahan import di pintu masuk negara dan di pasaran tempatan bagi memastikan pematuhan ke atas Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 SEPTEMBER 2018

Kenyataan Akhbar KPK 7 September 2018 – Makluman Situasi Terkini Mengenai Middle East Respiratory Syndrome (MERS) di Malaysia Selepas Kepulangan Jemaah Haji 1439H / 2018M

$
0
0

MERS COV.jpg

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa memantau dengan rapi perkembangan jangkitan Middle East Respiratory Syndrome (MERS) yang kebanyakannya sedang dilaporkan berlaku di rantau Timur Tengah, khususnya Arab Saudi. Untuk makluman, MERS-Coronovirus (MERS-CoV) adalah salah satu ahli keluarga (strain) dari kumpulan coronavirus yang boleh menyebabkan jangkitan salur pernafasan akut. Semenjak September 2012 sehingga kini, pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah melaporkan sejumlah 2,229 kes yang telah disahkan MERS termasuk 791 kematian dari 27 buah negara di seluruh dunia.

Semenjak Januari 2013 sehingga kini, pihak KKM telah menerima sejumlah hampir 4,435 notifikasi kes Patient Under Investigation for MERS (PUI MERS) dari seluruh negara. Kesemua kes PUI MERS yang dinotifikasikan disahkan sebagai bebas dari jangkitan MERS-CoV melalui ujian makmal yang telah dijalankan, kecuali dua (2) kes positif yang terdahulu yang masing-masing melibatkan jemaah umrah dari Batu Pahat, Johor (April 2014) dan di Klang, Selangor (Disember 2017). Bagi pemantauan melibatkan jemaah haji 1439H / 2018M yang telah pulang ke tanah air bermula pada 29 Ogos 2018 lalu, 27 kes PUI MERS telah dinotifikasikan setakat ini dan kesemua kes tersebut telah disahkan sebagai bebas dari jangkitan terbabit melalui ujian makmal yang dijalankan.

Sebagai langkah kesiapsiagaan bagi musim haji ini dan begitu juga sebelumnya, KKM juga telah bekerjasama rapat dengan pihak Lembaga Tabung Haji (LTH) khusus untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan, memantau pemberian vaksin yang diperlukan dan mengendalikan sesi taklimat mengenai MERS kepada jemaah haji yang meliputi nasihat persediaan sebelum berlepas serta langkah-langkah pencegahan dan kawalan tertentu yang perlu diambil semasa mahupun selepas pulang dari menunaikan haji.

Pasukan perubatan KKM turut dihantar ke Tanah Suci sepanjang tempoh haji bagi menjaga keperluan perubatan jemaah haji. Tahap kesedaran orang awam terhadap kejadian MERS ditingkatkan melalui hebahan pendidikan kesihatan mengenai MERS dan langkah-langkah pencegahan secara berkala melalui laman sesawang KKM, sesi wawancara dan temubual di stesen radio dan televisyen tempatan. Semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta telah diberi penekanan agar sentiasa berada pada tahap optimum dalam langkah-langkah kesiapsiagaan dan respon termasuklah yang melibatkan pencegahan dan kawalan infeksi di semua peringkat fasiliti kesihatan.

MERS COV2

Susulan tamat musim haji 1439H / 2018M, KKM ingin mengingatkan agar jemaah haji yang telah kembali Malaysia sentiasa memantau kesihatan sendiri. Sekiranya mengalami gejala jangkitan respiratori seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak, sila dapatkan rawatan SEGERA dan maklumkan mengenai sejarah perjalanan ke Tanah Suci kepada doktor yang merawat. Jemaah yang tidak sihat diminta untuk mengamalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Tisu yang digunakan perlu dibuang terus ke dalam tong sampah diikuti mencuci tangan dengan air dan sabun atau hand sanitizer. Jemaah yang tidak sihat juga diminta untuk menghadkan pergaulan dengan individu sihat di sekeliling mereka serta memakai penutup mulut dan hidung (mask) apabila terpaksa berhubung / berurusan dengan orang lain. Amalan menjaga kebersihan diri sepanjang masa dapat mencegah penularan jangkitan MERS.

KKM sentiasa bersiapsiaga bagi menghadapi kemungkinan kejadian jangkitan MERS di Malaysia. KKM akan terus memantau situasi kejadian penyakit ini dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Maklumat terkini berkaitan jangkitan MERS boleh diperolehi dari laman sesawang http://www.moh.gov.my .

Sekian dan terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

7 September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 7 September 2018 – Situasi Semasa Kejadian Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada 6 September 2018, sebanyak 399 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan di seluruh negara iaitu berkurangan sebanyak 135 kes (25.3%) berbanding 534 kes pada hari yang sama pada minggu sebelumnya (30 Ogos 2018).

Tren pelaporan kes HFMD mingguan menunjukkan penurunan sejak 5 Ogos 2018. Bagi minggu 36 (2 September hingga 6 September 2018), sebanyak 1,475 kes dilaporkan, iaitu pengurangan sebanyak 140 kes (8.7%) berbanding 1,615 kes pada tempoh yang sama pada minggu sebelumnya (26 Ogos hingga 30 Ogos 2018).

Jumlah keseluruhan kes HFMD dari 1 Januari 2018 sehingga 6 September 2018 adalah 58,693 kes. Jumlah ini adalah lebih tinggi berbanding dengan jumlah kes tahun 2017 dan kesemua negeri menunjukkan pertambahan kes.

Screen Shot 2018-09-07 at 16.41.28

Tiada kes kematian HFMD yang baru dilaporkan. Kematian disebabkan HFMD dan jangkitan EV71 kekal dua (2) kes, iaitu masing-masing satu (1) di Sarawak dan satu (1) di Pulau Pinang.

Memandangkan pada bulan September 2018, terdapat beberapa cuti panjang pada hujung minggu, dijangka orang ramai akan mengunjungi tempat-tempat awam termasuk taman permainan. Justeru itu, ibu bapa diminta untuk memastikan semua ahli keluarga khususnya anak-anak kecil sentiasa dalam keadaan sihat dan mengamalkan kebersihan diri yang betul. Sekiranya anak didapati tidak sihat dan mempunyai gejala HFMD, mereka hendaklah dibawa segera ke klinik untuk menerima rawatan. Elakkan menghantar mereka ke sekolah atau membawa ke tempat-tempat awam yang sesak termasuk kawasan permainan.

HFMD 2

Kawasan permainan khususnya indoor playground yang tidak bersih boleh menjadi punca penularan penyakit berjangkit termasuk HFMD. KKM menyeru pengusaha-pengusaha indoor playground supaya memberi penekanan kepada lima (5) perkara utama berikut, iaitu:

  1. Meletakkan papan tanda mengingatkan tanggungjawab semua pihak untuk menjaga kebersihan kawasan permainan tersebut;
  2. Menyediakan hand sanitiser di pintu masuk indoor playground dan memastikan kanak-kanak menggunakannya sebelum masuk dan apabila keluar dari taman permainan ini;
  3. Membuat saringan gejala HFMD di pintu masuk indoor playground dan membenarkan kanak-kanak yang sihat sahaja masuk;
  4. Memastikan kebersihan indoor playground sentiasa dijaga; dan
  5. Menjalankan nyah kuman (disinfection) peralatan mainan setiap hari.

Diharapkan langkah pencegahan yang diamalkan oleh semua pihak dapat menyekat penularan HFMD ini daripada merebak, seterusnya menyumbang kepada penurunan kes HFMD di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

7 September 2018


Kenyataan Akhbar KPK 8 September 2018 – Perkembangan Terkini Isu Penjualan Udang Galah Murah yang Didakwa Memudaratkan Kesihatan

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin merujuk kepada kenyataan akhbar Ketua Pengarah Kesihatan bertarikh 14 Ogos 2018 mengenai isu yang tular di media sosial dan laporan pihak media massa pada 13 Ogos 2018 berkaitan isu lambakan udang galah murah di Malaysia yang didakwa telah menyebabkan gatal-gatal, badan bengkak, bengkak hidung, mata berair serta cirit-birit dan muntah.

Udang galah viral

Sebagai pemakluman perkembangan terkini, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan ke atas produk tersebut di pasaran tempatan. Hasil analisis ke atas 56 sampel produk tersebut didapati kesemua sampel berkenaan mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 dan ianya selamat dimakan.

KKM akan terus menjalankan pemantauan ke atas produk tersebut dan produk makanan lain di pasaran serta di pintu masuk bagi memastikan ianya mematuhi perundangan makanan.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan satu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat, atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

8 September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 13 September 2018 – Isu ‘Adulterant’ Produk Tidak Berdaftar Garcinia Cambogia Booster Capsule & SS-II Cosmetic 5 In I Serlahkan Kejelitaanmu-Herbal Cream

$
0
0

Kenyataan ini dikeluarkan susulan daripada Kenyataan Akhbar Kementerian Kesihatan Brunei bertarikh 3 September 2018 yang melibatkan isu adulterant bagi produk Garcinia Cambogia Booster Capsule yang mengandungi Sildenafil dan SS-II Cosmetic 5 In I Serlahkan Kejelitaanmu-Herbal Cream yang mengandungi Mercury.

Produk Garcinia Cambogia Booster Capsule dan SS-II Cosmetic 5 In I Serlahkan Kejelitaanmu-Herbal Cream tidak pernah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di Malaysia.

Click to view slideshow.

Screen Shot 2018-09-13 at 18.18.41Screen Shot 2018-09-13 at 18.18.50

PERINGATAN

Sekiranya terdapat penjual dan pengedar produk ini, adalah diberi amaran bahawa pemilikan untuk jualan produk ini melanggar Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya. Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

Jika ada orang awam yang sedang menggunakan produk-produk yang dinyatakan digesa supaya mendapatkan nasihat serta rawatan dari profesional kesihatan dengan SEGERA. Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai produk-produk tidak berdaftar ini dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my agar tindakan sewajarnya dapat diambil bagi membanteras pengedaran produk-produk ini di pasaran.

Orang awam diminta untuk memastikan produk yang diguna adalah produk berdaftar di mana ianya mempunyai pelekat hologram dan dilabel dengan nombor Pendaftaran MAL. Semakan status pendaftaran sesuatu produk boleh dibuat melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di talian 03-78835400.

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

13 SEPTEMBER 2018

Kenyataan Akhbar KPK 18 September 2018 – Kejadian Disyaki Keracunan Metanol di Kuala Lumpur dan Negeri Selangor

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum mengenai kejadian disyaki keracunan metanol sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Selangor. Sehingga pukul 5 petang 18 September 2018, KKM telah menerima notifikasi bagi 51 kes keracunan metanol dari negeri Selangor (45 kes) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (6 kes). Daripada jumlah tersebut, sebanyak 3 orang adalah warganegara Malaysia dan 48 orang adalah bukan warganegara Malaysia (daripada negara Myanmar, Nepal, Bangladesh dan India). Setakat daripada jumlah tersebut juga, sejumlah 19 orang telah meninggal dunia, 14 pesakit dalam keadaan kritikal, 9 pesakit dimasukkan ke wad untuk rawatan dan pemerhatian, dan 9 orang pesakit dibenarkan pulang setelah menjalani rawatan. Jumlah kes dijangkakan mungkin meningkat apabila lebih ramai pesakit datang mendapatkan rawatan bagi kes keracunan metanol.

Kesemua mereka mempunyai sejarah pengambilan minuman beralkohol jenis sebatian minuman keras (compounded hard liquor). Kesemua mereka telah menunjukkan tanda-tanda dan gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dan ada yang mengalami sesak nafas, kekejangan dan tidak sedarkan diri. Tanda-tanda dan gejala awal keracunan dialami satu (1) atau dua (2) hari selepas tarikh akhir meminum minuman tersebut. Ujian makmal seperti ujian darah, air kencing telah diambil dari pesakit dan dihantar ke makmal forensik Hospital Sungai Buloh untuk dianalisa. Selain dari itu, KKM telah memaklumkan kepada semua fasiliti kesihatan untuk kesiapsiagaan rawatan kes-kes sekiranya mereka hadir di klinik dan hospital dengan tanda dan gejala keracunan metanol.

Hasil siasatan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor dan Pejabat Kesihatan Daerah yang terlibat mendapati kesemua pesakit yang terlibat telah membeli minuman sebatian keras di premis-premis di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Sampel minuman alkohol yang diambil semasa siasatan kes dan pemeriksaan premis-premis jualan telah dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh (MKAK) untuk ujian analisa kandungan minuman.

Laporan polis telah dibuat oleh pihak KKM untuk mengenalpasti pengedar, pengilang minuman tersebut dan punca keracunan dan seterusnya menyekat pembekalan sebatian minuman keras yang tercemar ini di pasaran. KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 terutama ke atas produk minuman beralkohol yang disyaki dan semua jenama lain yang didapati tidak mematuhi keperluan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM ingin menasihatkan masyarakat agar menjauhi daripada mengambil sebarang minuman beralkohol yang mungkin mengandungi metanol yang mendatangkan masalah kesihatan dengan tanda-tanda dan gejala seperti sesak nafas, sakit perut, loya atau muntah, cirit-birit, pening atau sakit kepala yang teruk, kabur penglihatan dan kekejangan serta boleh mengakibatkan maut.

KKM akan terus bekerjasama dengan pihak Polis DiRaja Malaysia dan semua Agensi yang terlibat bagi mengawal serta memantau perkembangan situasi kejadian keracunan ini. Situasi terkini kejadian ini akan dimaklumkan kepada umum dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

18 September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 20 September 2018 – Isu Jarum dalam Buah Strawberi Segar Keluaran Negara Australia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan berita bertajuk “Jarum dalam strawberi, Australia tingkatkan siasatan” yang disiarkan melalui Astro Awani pada 17 September 2018. Berita tersebut melaporkan Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Australia telah mengarahkan penarikan balik produk strawberi jenama Berry Obsession, Berry Licious, Love Berry, Donnybrook Berries, Delightful Strawberries dan Oasis yang mengandungi jarum akibat sabotaj.

Sebagai langkah berjaga-jaga, KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah mengenakan pemeriksaan ke atas semua strawberi segar yang diimport daripada Australia di semua pintu masuk negara. Di samping itu, Pihak Berkuasa Australia memberi jaminan bahawa berkuatkuasa 19 September 2018, produk tersebut yang akan dieksport dari Australia bebas dari pencemaran logam melalui pengeluaran Perakuan Permit (Request for Permit – RFPs) kepada pengeksport. Dalam hal ini, KKM bekerjasama rapat dengan Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia berkaitan isu ini.

Semua makanan yang diimport ke negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengimport, agen, penjual dan sebagainya untuk memastikan produk makanan yang diimport dan dijual di pasaran mematuhi perundangan makanan.

Seksyen 13 Akta Makanan 1983 memperuntukkan mana-mana pihak yang terlibat mengimport, mengedar, menyimpan atau menjual makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali. KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sehubungan itu, pengguna tidak perlu khuatir kerana Kementerian Kesihatan sentiasa menjalankan aktiviti penguatkuasaan dan pemantauan ke atas isu-isu yang berhubung dengan keselamatan makanan bagi memastikan kesihatan orang ramai sentiasa terjamin. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, sila hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 SEPTEMBER 2018

Kenyataan Akhbar KPK 20 September 2018 – Perkembangan Terkini Kejadian Keracunan Metanol di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kejadian disyaki keracunan metanol di Malaysia. Bermula dari 15 September sehingga 20 September 2018 jam 12.00 tengahari, KKM telah menerima sejumlah 69 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Daripada jumlah tersebut, sebanyak sebanyak empat belas (14) kes adalah kes baru dilaporkan iaitu tujuh (7) dari negeri Selangor, dua (2) dari Kuala Lumpur dan lima (5) dari negeri Perak. Dengan ini menjadikan jumlah keseluruhan dari negeri Selangor sebanyak 55 kes, sembilan (9) kes dari Kuala Lumpur dan lima (5) kes dari negeri Perak.

Jumlah kematian adalah sebanyak dua puluh satu (21) kes iaitu enam belas (16) kes dari negeri Selangor, tiga (3) kes dari Kuala Lumpur dan dua (2) kes dari negeri Perak. Daripada 21 kes yang meninggal dunia tersebut satu (1) kes dilaporkan dari hospital swasta di Perak.

Bilangan kes dan kematian mengikut kewarganegaraan adalah seperti berikut:

Screen Shot 2018-09-20 at 5.23.29 PM

KKM telah menerima keputusan positif ujian darah klinikal metanol ke atas lapan kes dari negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Namun begitu, keputusan ujian sampel yang diambil bagi kes yang disyaki di negeri Perak belum diperolehi.

KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara. Minuman yang disyaki adalah berjenama Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky, Joker Whisky dan bir berjenama Kingfisher dan Volcano.

WhatsApp Image 2018-09-20 at 12.49.25 PM

Sehingga 20 September 2018 sebanyak 68 buah premis yang menjual arak telah diperiksa di mana 647 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985 telah disita.

Di bawah Seksyen 13 Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM menasihati masyarakat untuk tidak meminum sebarang minuman beralkohol yang dikhuatiri tercemar dengan metanol. Pemantauan kes akan diteruskan dan segala perkembangan terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

20 September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 21 September 2018 – Perkembangan Terkini Kejadian Keracunan Metanol di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kejadian keracunan metanol di Malaysia. Untuk makluman bermula dari 15 September sehingga 21 September 2018 jam 12.00 tengahari, KKM telah menerima sejumlah 76 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Daripada jumlah tersebutsebanyak tujuh (7) kes adalah kes baru dilaporkan iaitu enam (6) dari Kuala Lumpur dan satu (1) di negeri Perak.  Dengan peningkatan kes ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di Kuala Lumpur adalah sebanyak 15 kes, negeri Selangor kekal sebanyak 55 kes, dan Perak sebanyak enam (6) kes.

Terdapat pelaporan sebanyak lapan (8) kematian keracunan metanol, di mana enam (6) kematian dari jumlah tersebut adalah dari Kuala Lumpur dan dua (2) dari negeri Selangor. Dengan ini, jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan metanol adalah sebanyak 29 kes. Daripada jumlah ini, negeri Selangor mencatatkan jumlah kematian sebanyak 18 kematian, Kuala Lumpur sebanyak sembilan (9) kematian dan Perak sebanyak dua (2) kematian.

Status terkini kes keracunan metanol mengikut kewarganegaraan sehingga 12:00 tengahari pada 21 September 2018:

Screen Shot 2018-09-20 at 5.23.29 PM

Daripada kes-kes yang menerima rawatan di hospital, sebanyak 14 pesakit telah didapati stabil dan didiscaj dari hospital. Sebanyak 33 pesakit masih lagi menerima rawatan di lapan buah hospital di negeri Selangor dan Hospital Kuala Lumpur, di mana 19 pesakit adalah kritikal manakala 14 pesakit menerima rawatan di wad.

KKM melalui Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang meneruskan tindakan penguatkuasaan di seluruh negara. Minuman beralkohol yang disyaki adalah berjenama Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky, Joker Whisky dan bir berjenama King Fisher dan Volcano.

Sehingga 21 September 2018, sebanyak 262 buah premis yang menjual arak telah diperiksa di mana 780botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah disita.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

WhatsApp Image 2018-09-20 at 12.49.25 PM

KKM juga bekerjasama dengan pihak Kedutaan, Kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Kementerian Luar Negara, United Nations High Commissioner for Refugee (UNHCR) dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk terus memantau untuk memastikan kejadian keracunan metanol ini terkawal.

Bagi mereka yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima (5) hari pengambilan minuman beralkohol, hendaklah segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital. KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

21 September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 22 September 2018 – Perkembangan Terkini Kejadian Keracunan Metanol di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kejadian keracunan metanol di Malaysia. Untuk makluman, bermula dari 15 September sehingga 22 September 2018 jam 12.00 tengahari, KKM telah menerima sejumlah 86 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Pada hari ini, satu lagi negeri telah melaporkan kejadian keracunan metanol iaitu dari Negeri Sembilan menjadikan empat (4) buah negeri telah melaporkan kes-kes keracunan metanol. Sejumlah sepuluh (10) kes baru dilaporkan iaitu tujuh (7) dari negeri Selangor, dan masing-masing satu (1) kes dari Kuala Lumpur, negeri Perak dan juga dari Negeri Sembilan. Secara keseluruhan, dengan pertambahan kes-kes baru keracunan metanol ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di negeri Selangor adalah sebanyak 62 kes, Kuala Lumpur sebanyak 16 kes, negeri Perak sebanyak tujuh (7) kes dan Negeri Sembilan sebanyak satu (1) kes.

Tiada penambahan kematian keracunan metanol yang dilaporkan dan dengan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan metanol adalah kekal sebanyak 29 kes iaitu 18 kes di negeri Selangor, sembilan (9) kes di Kuala Lumpur dan sebanyak dua (2) kes di negeri Perak.

Daripada kes-kes yang menerima rawatan di hospital, secara keseluruhannya sebanyak 16 pesakit telah didapati stabil dan didiscaj dari hospital. Sebanyak 41 kes masih lagi menerima rawatan di sebelas (11) buah hospital di negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. Daripada 41 pesakit yang masih dirawat ini, 16 pesakit adalah kes kritikal manakala 25 pesakit masih menerima rawatan di wad.

Berikut adalah taburan kes keracunan metanol mengikut kewarganegaraan:

gg

KKM melalui Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sedang mengambil sampel produk terbabit untuk analisis. Minuman beralkohol yang disyaki adalah berjenama Grand Royal Whisky, Mandalay Whisky, Joker Whisky dan bir berjenama King Fisher dan Volcano. Sehingga kini, hasil analisis yang telah dijalankan di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan Sungai Buloh mengesahkan minuman beralkohol jenama Grand Royal Whisky dan Mandalay Whisky mengandungi metanol masing-masing 169,300 ppm (part per million) atau 16.93% dan 173,600 ppm (17.36%) yang didapati tidak mematuhi Akta Makanan 1983. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pengambilan atau pendedahan kepada metanol yang berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kekal kepada sistem saraf dan penglihatan manusia. Pendedahan kepada metanol pada tahap 300 hingga 1,000 ppm (0.03 hingga 0.1%) boleh menyebabkan koma dan kematian.

Di samping itu, produk berkenaan tidak mematuhi keperluan pelabelan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985 di bawah Akta Makanan 1983 seperti tiada nama dan alamat pengilang, pengimport atau ejen. KKM sedang mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas produk minuman beralkohol terbabit dan produk minuman beralkohol jenama lain yang tidak mematuhi perundangan makanan. Sehingga 22 September 2018, sebanyak 402 buah premis yang menjual arak telah diperiksa di mana 1,471 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah disita.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

KKM akan terus bekerjasama dengan pihak Kedutaan, Kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Kastam Malaysia, Kementerian Luar Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, United Nation High Commisioner (UNHCR) dan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk terus memantau dan memastikan kejadian keracunan metanol ini terkawal.

Bagi mereka yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima (5) hari pengambilan minuman beralkohol, hendaklah segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital.

KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

22 September 2018

 

WhatsApp Image 2018-09-20 at 12.49.25 PM


Kenyataan Akhbar KPK 23 September 2018 – Perkembangan Terkini Kejadian Keracunan Metanol di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kejadian keracunan metanol di Malaysia. Untuk makluman bermula dari 15 September sehingga 23 September 2018 jam 12.00 tengahari, KKM telah menerima sejumlah 87 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Pada hari ini pihak KKM hanya menerima satu (1) kes baru yang diterima dari negeri Perak. Dengan pertambahan ini menjadikan  jumlah  kes keracunan metanol di negeri Perak sebanyak lapan (8) kes, negeri Selangor adalah sebanyak 62 kes, Kuala Lumpur sebanyak 16 kes dan Negeri Sembilan sebanyak satu (1) kes.

Terdapat empat (4) penambahan kematian keracunan metanol yang dilaporkan dan dengan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan metanol adalah sebanyak 33 kematian. Dua (2) kematian dilaporkan dari negeri Selangor dan satu (1) kematian masing-masing dilaporkan dari negeri Perak dan Kuala Lumpur. Dengan pertambahan kematian ini, menjadikan jumlah kematian di negeri Selangor sebanyak 20 kes, dari Kuala Lumpur sebanyak sepuluh (10) kematian dan dari negeri Perak sebanyak tiga (3) kematian.

Daripada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital, secara keseluruhannya terdapat satu (1) pesakit yang telah didapati stabil dan didiscaj dari hospital. Sebanyak 37 pesakit masih lagi menerima rawatan di sebelas (11) buah hospital di sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Daripada 37 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, 13 pesakit adalah kes kritikal manakala 24 pesakit sedang dirawat di wad.

Berikut adalah taburan kes keracunan metanol mengikut kewarganegaraan:

23.9

KKM juga telah menerima keputusan ujian metanol bagi sampel klinikal daripada Makmal Perubatan Forensik, Hospital Sungai Buloh. Daripada sejumlah 69 sampel klinikal yang telah dianalisa, 39 sampel telah dikesan terdapat kehadiran metanol.

Sehingga 23 September 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Kesihatan Awam dan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemeriksaan ke atas 586 buah premis yang menjual arak di mana 1,816 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah disita.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi mereka yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima (5) hari pengambilan minuman beralkohol, hendaklah segera mendapatkan rawatan di mana-mana klinik atau hospital.

KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

23 September 2018

WhatsApp Image 2018-09-20 at 12.49.25 PM

Kenyataan Akhbar KPK 24 September 2018 – Larangan Jualan Produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar Keluaran Sri Saga Marketing S/B

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan ke atas produk Jus Al Sunnah, Jus Al Sunnah Gold dan Jus Penawar keluaran syarikat Sri Saga Marketing S/B mendapati syarikat tersebut tidak wujud, di mana ini melanggar Seksyen 16, Akta Makanan 1983.

Di samping itu, hasil analisis mengesahkan ada di antara produk tersebut mengandungi dexamethasone dan prednisolone iaitu bahan steroid yang dilarang di bawah Akta Makanan 1983. Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983, menyatakan mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Sehubungan itu, KKM melarang penjualan JUS AL SUNNAH, JUS AL SUNNAH GOLD DAN JUS PENAWAR yang dikeluarkan oleh syarikat Sri Saga Marketing S/B. Semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk tersebut diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk tersebut dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan.

jusjus1jus2

Dexamethasone dan prednisolone adalah steroid yang poten dan ia digunakan untuk rawatan masalah pembengkakkan dan radang yang serius. Penggunaan dexamethasone dan prednisolone secara berpanjangan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius yang boleh membahayakan kesihatan seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi, katarak, peningkatan risiko jangkitan dan sindrom cushing. Pesakit yang menghidap kencing manis adalah berisiko tinggi kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya boleh mengakibatkan komplikasi yang serius.

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk ini adalah disarankan supaya SEGERA mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan. Pengguna yang telah mengambil produk ini untuk jangkamasa yang lama digesa supaya TIDAK memberhentikan penggunaannya secara mendadak dan turut mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan. Ini kerana ini boleh menyebabkan masalah seperti kekeliruan dan penurunan tekanan darah yang boleh membahayakan kesihatan (akibat withdrawal syndrome).

KKM ingin menegaskan supaya semua makanan yang dijual di negara ini perlu mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak terlibat seperti pengilang, pembungkus, pengedar, ejen pemasaran dan penjual untuk memastikan produk makanan yang dijual mematuhi perundangan makanan.

KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mempunyai sebarang kemusykilan berhubung sebarang isu keselamatan makanan, pengguna boleh hubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau hubungi KKM melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

24 September 2018

Kenyataan Akhbar KPK 25 September 2018 – Penjualan Produk Yang Mempunyai Tuntutan Perubatan

$
0
0

Sejak peningkatan penyakit berjangkit dan juga tidak berjangkit yang berlaku di negara kita, terdapat beberapa syarikat mengambil kesempatan menjual produk dengan tuntutan perubatan yang meragukan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius perkara ini kerana ia boleh mengelirukan orang awam. Seterusnya ia akan memberi persepsi salah yang akan mengakibatkan orang awam mengabaikan prinsip asas pencegahan penyakit berjangkit iaitu kebersihan diri dan persekitaran, serta juga tindakan pencegahan penyakit tidak berjangkit dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

Produk-produk seperti ini tidak mempunyai bukti yang kukuh bagi menyokong bahawa ia berkesan dalam mencegah jangkitan. Sebarang produk yang mempunyai bukti tuntutan perubatan untuk merawat dan mencegah penyakit perlu dinilai dan seterusnya didaftarkan dengan pihak berkuasa KKM. Sehubungan itu, pihak syarikat yang melabelkan produk mereka dengan dakwaan boleh merawat dan mencegah penyakit (misalnya anti-penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD), anti-kanser, dan sebagainya) dinasihatkan untuk memberhentikan amalan yang tidak beretika ini dengan serta merta; dan menggunakan tuntutan umum yang bersesuaian di label produk.

KKM ingin menggesa orang awam agar tidak mudah percaya dengan tuntutan perubatan yang dibuat pada sebarang produk yang meragukan. Dalam usaha KKM melindungi kesihatan dan kesejahteraan orang awam melalui pemantauan berterusan produk-produk seumpamanya di pasaran, orang ramai juga diminta untuk membantu dengan mengemukakan aduan dan menyalurkan sebarang maklumat berkaitannya melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di alamat http://moh.spab.gov.my. Sesungguhnya kesihatan semua rakyat Malaysia adalah tanggungjawab kita bersama.

 

Sekian, terima kasih.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

25 September 2018

Jus Alsunnah Infografik v5-01DEsO1YpVwAAkEN9waspada-fullnetizen-full

Kenyataan Akhbar KPK 25 September 2018 – Perkembangan Terkini Kejadian Keracunan Metanol di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kejadian keracunan metanol di Malaysia. Untuk makluman bermula dari 15 September sehingga 25 September 2018 jam 12.00 tengahari, KKM telah menerima sejumlah 93 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM. Semenjak daripada 23 September 2018 12:00 tengahari, sebanyak enam (6) notifikasi kes baru yang telah diterima iaitu empat (4) dari negeri Perak dan satu (kes) masing-masing dari Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Dengan pertambahan ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di Kuala Lumpur adalah sebanyak 17 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada dua (2) kes manakala negeri Selangor dan negeri Perak kekal sebanyak 62 dan 12 kes masing-masing.

Terdapat empat (4) kematian keracunan metanol dilaporkan iaitu tiga (3) kematian dari Selangor dan satu (1) kematian dari Kuala Lumpur. Dengan pertambahan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan metanol terkini adalah sebanyak 37 kematian, di mana sebanyak 11 kematian dari Kuala Lumpur, 23 kematian dari negeri Selangor dan tiga (3) dari negeri Perak.

Daripada pesakit yang menerima rawatan di hospital, terdapat lapan (8) pesakit yang telah didapati stabil dan didiscaj. Sebanyak 23 pesakit masih lagi menerima rawatan di 12 buah hospital di sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. Daripada 23 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, lapan (8) pesakit adalah kes kritikal.

Berikut adalah taburan kes keracunan metanol mengikut kewarganegaraan sehingga 25 September 2018:

ss2

KKM sedang berusaha untuk menyebarluas maklumat berkaitan keracunan metanol ini kepada masyarakat terutamanya kepada golongan yang berisiko. Sesi penerangan dan pendidikan kesihatan berkaitan keracunan metanol disasarkan kepada pekerja-pekerja di kilang-kilang dan juga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kes. Penyebaran maklumat adalah melalui edaran risalah, nasihat individu, sesi ceramah, temu bual di radio dan juga informasi secara infografik di media sosial.

WhatsApp Image 2018-09-25 at 4.01.25 PM(1)

Sehingga 25 September 2018, KKM melalui Bahagian Kesihatan Awam dan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemeriksaan ke atas 988 buah premis yang menjual arak di mana 4,489 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit yang tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 telah disita.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Masyarakat diseru untuk membawa segera ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima (5) hari pengambilan minuman beralkohol ke mana-mana klinik atau hospital terdekat untuk menerima rawatan.

KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini.

Sekian, terima kasih.

 

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

25 September 2018

 

WhatsApp Image 2018-09-25 at 4.01.25 PM

Kenyataan Akhbar KPK 27 September 2018 – Perkembangan Terkini Kejadian Keracunan Metanol di Malaysia

$
0
0

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kejadian keracunan metanol di Malaysia. Untuk makluman bermula dari 15 September sehingga 27 September 2018 jam 12.00 tengahari, KKM telah menerima sejumlah 95 notifikasi kes keracunan metanol daripada fasiliti-fasiliti kesihatan KKM.Jumlah keseluruhan kes keracunan metanol di negeri Selangor sebanyak 63 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada tiga (3) kes, Kuala Lumpur dan Perak kekal sebanyak 17 dan 12 kes masing-masing.

Terdapat pertambahan sebanyak tiga (3) kematian akibat keracunan metanol yang telah dilaporkan iaitu satu kematian masing-masing dari negeri Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Dengan ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat keracunan metanol telah meningkat kepada 40 kes. Terkini, jumlah kematian akibat keracunan metanol di negeri Selangor adalah seramai 24 kematian, negeri Perak empat (4) kematian, Kuala Lumpur seramai 11 kematian, manakala satu (1) kematian di Negeri Sembilan.

Bagi pesakit-pesakit yang menerima rawatan di hospital, terdapat lapan (8) pesakit yang telah didapati stabil dan didiscaj. Sehingga 12:00 tengahari tadi, seramai 17 orang pesakit masih dirawat di enam (6) buah hospital di sekitar negeri Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan. Daripada 17 orang pesakit ini, tujuh (7) pesakit adalah kes kritikal.

Berikut adalah taburan kes keracunan metanol mengikut kewarganegaraan sehingga 27 September 2018:

Screen Shot 2018-09-27 at 4.44.35 PM

KKM sedang berusaha untuk menyebarluas maklumat berkaitan keracunan metanol ini kepada masyarakat terutamanya kepada golongan yang berisiko.  Sesi penerangan dan pendidikan  kesihatan berkaitan keracunan metanol disasarkan kepada pekerja-pekerja di kilang-kilang dan juga kepada ahli keluarga dan rakan-rakan kes. Penyebaran maklumat adalah melalui edaran risalah, poster, nasihat individu, sesi ceramah, temu bual di radio dan juga informasi secara infografik di media sosial.

WhatsApp Image 2018-09-25 at 4.01.25 PM(1)

Sehingga 27 September 2018, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) telah menjalankan pemeriksaan ke atas 1,581 buah premis yang menjual arak di mana 5,905 botol minuman beralkohol pelbagai jenama termasuk jenama terbabit telah disita kerana tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Di bawah Seksyen 13, Akta Makanan 1983 telah menetapkan bahawa mana-mana orang yang menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang ada dalam atau padanya apa-apa bahan yang beracun, merosakkan atau selainnya memudaratkan kesihatan adalah melakukan kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pengguna perlu pastikan bahawa setiap produk makanan atau minuman yang dibeli mempunyai label yang mengandungi maklumat seperti pengeluar, pengimpot, agen dan penyenaraian bahan ramuan.

WhatsApp Image 2018-09-25 at 4.01.25 PM

Masyarakat diseru untuk membawa segera ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima (5) hari pengambilan minuman beralkohol ke mana-mana klinik atau hospital terdekat untuk menerima rawatan.

KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

27 September 2018

Viewing all 1621 articles
Browse latest View live